Monday, April 7, 2025

PULANGNYA AYAHANDA KE RAHMATULLAH

PULANGNYA AYAHANDA KE RAHMATULLAH |Assalamualaikum, Al-Fatihah buat ayahanda Cik Ash yang telah kembali ke Rahmatullah pada 2 April 2025 (Rabu) bersamaan 3 Syawal 1446H. Cik Ash bersyukur ke hadrat llahi kerana diberi kesempatan oleh yang Maha Esa berada disisi aboh masa dekat hospital sempat jaga aboh di saat akhir walaupun sekejap jer. Aboh sempat solat asar masa waktu Cik Ash jaga, aboh buat isyarat jari terlunjuk, Cik Ash pertama kali juga jaga aboh sakit, tidak faham bahasa isyarat mujur la ada Abe Mie waktu  itu dia faham, arwah sempat berpaut pada lengan Cik Ash dah siap bersila mungkin masa tu nak duduk antara sujud kut, selepas selesai sembahyang beliau pun baring semula, 



Sebenarnya perancangan Cik Ash tahun ni nak raya dekat Kedah, kalau ikut sebelum ni  tak pernah pun raya puasa nak raya di kedah macam mana tahun ni gatal mulut nak beraya kat kedah, last minute dapat berita dari kampung aboh masuk wad semula pada 30hb Mac 2025 disebabkan kurang oksigen. Petang 31 Mac 2025  itu last puasa cik ash nak siapkan menu untuk berbuka, dapat panggilan daripada adik ipar di kampung memberitahu aboh dah tenat jadi malam tu cancel semua menu yang nak masak bagitahu suami esok kita balik Kelantan terus. Nak balik bertolak malam suami Cik Ash tak boleh bawa kereta malam. Malam kalut-kalut simpan baju yang mana nak bawa dalam kepala ni duk teringat kat aboh jer. Kami bertolak dari Kedah pukul 9.30 pagi selepas hantar mok dekat rumah kak ipar yang ke 2. Selalunya setiap kali Cik Ash balik Kelantan mesti tinggal rumah kak ipar yang pertama kebetulan dia beraya di kelantan. Balik raya emergency di hari raya pertama buat kami suami isteri.. Kami sampai di kedah pukul 3.00 petang. 


Allahyarham aboh Cik Ash dilahirkan pada 26 Jun 1954  dan perginya pada umur 70 tahun. Allahyarham sebenarnya ada masalah kesihatan dah lama iaitu buah pinggang sebelum ni tahap 2 last aritu di tahap 5, dalam bulan puasa aritu Allahyarham dikejarkan hospital disebabkan kurang oskigen. Hasil ct scan dalam bulan puasa aritu aboh telah disahkan kanser paru-paru  tahap 4, dalam bulan puasa aritu kesihatan aboh sangat merosot, tetapi aboh tetap juga menunaikan ibadah puasa, aboh seorang yang kuat seorang perajurit negara yang banyak berjasa. arwah aboh bagitahu puasa itu adalah pengubat penyakit. Selalu pesan Cik Ash jangan lupa solat, zikir,InsyaAllah aboh akan ingat pesan aboh tu. 


Semasa pemergian aboh Cik Ash tak ada disisi balik rumah nak berehat dah seharian duk dekat sana , bagi tugas dekat adik Cik Ash dan abang-abang jaga. Pada pukul 1.15 pagi gitu dapat call daripada adik lelaki dia mengatakan aboh dah meninggal dunia, Allahuakbar bila dengar berita tu Cik Ash nangis sepuasnya di depan adik ipar. Masa itu Cik Ash tak kuat nak bagitahu ma, adik perempuan, adik bongsu lelaki (anak moknik) dia yang bagitahu. Kami semua bersiap nak pergi hospital untuk tengok jenazahnya. Tapi tak sempat tengok jenazah dah pergi kat forensik, Cik Ash, adik, adik ipar balik ke rumah untuk kemas rumah. Siap kemas rumah, Cik Ash rasa mengantuk tidur la sekejap sebab nak tunggu jenazah di mandikan mesti lambat juga, urusan mandi jenazah kami adik beradik berpakat pihak hospital yang urus. Dalam jam 5.30 pagi gitu la jenazah aboh pun sampai dekat rumah kami. Ramai sanak saudara, rakan taulan aboh yang datang menziarahi jenazah aboh tak sempat nak layan sibuk urus apa yang patut. Alhamdulillah semua selesai dengan sempurna Jenazah aboh di semadi di tempat yang selalu dia bagitahu nak disemadikan di sebelah kubur arwah mok dia.


Kami semua masih terkejut dengan permegiannya Allahyarham aboh, 3 tahun  yang lalu kami kehilangan Kak Poh. Aboh kami semua sayang aboh, berehat di rumah baru aboh yang diterangi cahaya syurga yang indah, aboh seorang yang baik sebab itu pergi dengan mudah sekali. Banyak kebaikan aboh yang kami baru dengar Subhanallah... 


Al-Fatihah buat Allahyarham Aboh semoga rohnya dicucuri rahmat, ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Ok la korang semua Cik Ash undur diri dulu nanti di lain hari Cik Ash update entri baru. 

Wednesday, March 26, 2025

Selamat Pagi

 

Selamat Pagi

Assalamualaikum, Hai korang, Selamat Pagi, rasanya dah lama Cik Ash tak berceloteh dalam blog ni, biasa lah bila mood menulis dah kelaut ni hahaha, 


Hari ini cuba bagi ruang untuk menulis dekat sini, sebenarnya bulan puasa Cik Ash ada jer nak kongsi menu masakan dekat blog ni, tetapi mood untuk kongsi agak kurang bila fikiran kita selalu teringat dekat aboh dan ma dekat kampung. Sebelum puasa aritu Aboh Cik Ash masuk juga wad disebabkan masalah batuk dan sesak nafas.Tambahan pulak kesihatan agak kurang baik lepas balik Kelantan aritu kecemasan tengok Aboh baru lepas keluar wad. Terkejut tengok keadaan Aboh sekarang uzur sangat, Cik Ash tak kuat tengok keadaan Aboh depan Aboh aritu tahan jer air mata nak keluar. 


Alhamdulillah kesihatan Cik Ash dah beransur-ansur pulih tapi suara tu la kadang ok kadang tidak biasa bulan puasa kan tekak kering mungkin la juga. Sepanjang bulan puasa aritu Cik Ash masak jer menu berbuka dan bersahur tapi dah kurang nak ambik gambar hasil masakan hahaha maybe la faktor usia kut dah kurang dah kongsi apa-apa. Ni hasil koleksi masakan yang sempat Cik Ash snap dalam handphone.Jom la usha dekat bawah ni:-


Lagi beberapa hari lagi nak raya ni korang semua dah siap ke persiapan raya, raya mana tahun ni, Cik Ash tahun ni raya di Kedah biasa lah begini lah suami kena ada giliran untuk tinggal Mok dia, walaupun Mok duduk dengan kami sentiasa bila tiba raya kena buat giliran la,kalau kami balik beraya di Kelantan  Mok duduk dengan kakak ipar yang sulung, kucing pulak tinggal dekat hostel. Kalau kami tak balik baru  dengan kami, kakak ipar yang kedua ada jer mok tak nak duduk dia kata tak selesa biasa lah orang tua kan ada la tu yang tak selesa hihihi.


Cik Ash mood raya tu ada jer tapi biasa lah bila dia mari teringat keadaan Aboh dekat kampung tu dia kacau mood la sikit, sabar jer la hati kita duk jauh ni gitu la perasaan, untung la siapa yang ada dekat family boleh la tengok mereka depan mata.


Ok lah korang banyak pulak Cik Ash berceloteh dekat blog ni, nanti kalau ada mood lagi Cik Ash kongsi ya. Jumpa lagi nanti. 

Friday, February 28, 2025

Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Bagi Negeri Kedah 1445/2024M

 

Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Bagi  Negeri  Kedah 1446H/2025M


Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Bagi  Negeri Kedah 1446/H2025M |  Assalamualaikum...lagi beberapa hari kita akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia. Di sini Cik Ash nak berkongsi jadual waktu berbuka dan imsak untuk tahun 2025 yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM) bagi seluruh negeri.

 

Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan tak lama lagi Cik Ash ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam. Semoga puasa tahun ni dipermudahkan buat kita semua. Di negeri Kedah terdapat 7 zon. So korang yang berada di sekitar Kedah boleh tengok di bawah ni.


Zon 1 ( Kota Bharu, Kubang Pasu, Pokok Sena)

 


 

Zon 2 ( Pendang,Kuala Muda,Yan)

 


Zon 3  (Padang Terap, Sik)


 

Zon 4 (Baling)


Zon 5 (Kulim, Bandar Baharu)


 

Zon 6 (Langkawi)

 

 
Zon 7  (Puncak Gunung Jerai)


 

Di atas itu merupakan Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa bagi negeri Kedah untuk tengok negeri yang lain korang boleh rujuk di portal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Boleh klik di SINI untuk maklumat lanjut dan boleh download untuk simpanan korang.

Monday, February 3, 2025

Dapat Hadiah Hari Lahir

Dapat Hadiah Hari Lahir


Dapat Hadiah Hari Lahir | Assalamualaikum... Hai selamat pagi semua, harap semua sihat, simpan sini hadiah hari lahir buat Cik Ash. 

 

 

Hadiah yang Cik Ash dapat iaitu sehelai tudung bawal dari Minaz Hijab, boleh pakai nanti raya ni hahaha. Hadiah ini adalah hadiah pemberian oleh adik perempuan Cik Ash. Terima kasih buat beliau semoga murah rezeki selalu.


Kalau tahun lepas suami dapat hadiah dari anak saudara sepasang jubah, raya tahun ni Cik Ash pulak dapat hadiah besday so misi mencari baju raya suami la tahun ni, kalau tahun lepas tak pening dah baju Cik Ash jer yang cari. Dah tak lama dah kita nak berpuasa untuk tahun ni. 

 

Ok la korang itu jer nak kongsi hadiah hari lahir jer,jumpa lagi nanti kalau ada kelapangan mood nak menulis dekat sini.

Saturday, February 1, 2025

Entri Terbaik Sepanjang Tahun Januari 2024 Hingga Disember 2024



Assalamualaikum...Hai, seperti biasa rutin setiap tahun buat entri terbaik sepanjang tahun 2024 dekat blog Cik Ash ni. Di bawah ini Cik Ash kongsi entri terbaik dari bulan Januari hingga Disember 2024. 


Entri Terbaik Januari 2024 Hingga Disember 2024


1.  Cendawan Enoki Goreng Celup Tepung Bestari


2. Senarai Drama Korea Best Tahun 2000-2010


3. Koleksi Drama Dan Filem Lakonan Datuk Adi Putra


4. Bahaasa Syurga


5. Garam Kunyit Style Kelantan


6. Kerabu Suhun Ikan Bilis


7. Drama Cinta Fatagmorgana Episod 1 hingga-27-akhir


8. Nasi Lemak Kelantan


9. Tonton Drama Perempuan Tanpa Dosa


10. Masak Gulai Lemak Kuning Ikan Talang Segar


11.OST Drama Khunsa Che hun che nisa


12.Resepi Kerabu Buah Gajus


Dekat atas itu adalah 12 senarai entri yang popular setiap bulan dan carian dekat blog, rupanya ramai yang suka tengok resepi, sinopsis drama dekat blog ni. Kepada korang belum sempat nak baca entri yang popular itu boleh singgah baca ya. Jumpa lagi nanti.

Friday, January 31, 2025

Dapat Sample Free Pampers Dewasa

 


Dapat Sample Free Pampers Dewasa   | Assalamualaikum...Hai korang semua, hari ini nak kongsi sesuatu dengan korang, korang suka tak request barang untuk dicuba dulu, Cik Ash suka request sample percuma, yang terbaru Cik Ash request ni Pampers dewasa untuk Mok mentua Cik Ash. 


Tak ingat bila Cik Ash request rasanya dah lama. sample Pampers Confidence merupakan brand Kimberly -Clark Corporation yang memfokuskan kepada penjagaan warga emas, terutama lampin dewasa. 


Ok lah itu nak kongsi hari ini, jumpa lagi di siaran post yang lain. 

Thursday, January 30, 2025

Selamat Hari Lahir Buatku


Assalamualaikum, Hari ini melangkah umur baru, selamat hari lahir buat diriku, Alhamdulillah masih diberi kesempatan dan peluang hingga ke usia ini. Terima kasih Ya Allah.


Terima kasih MA melahirkan ku di dunia ni. Tak ada buat sambutan hari lahir pun tahun ni, doakan semuanya dipermudahkan segalanya apa yang Cik Ash lakukan, Semoga Allah SWT melindungi, merahmati setiap langkahku ini, Semoga dipermudahkan segala urusanku. Semoga diri ini berjaya di dunia dan akhirat, dimurahkan rezeki, dipanjangkan usiaku, diberikan kesihatan yang baik. 

Ok lah korang jumpa lagi nanti kalau ada post terbaru Cik Ash post ya.


Sunday, January 19, 2025

Selamat Tahun Baru 2025

 

Tahun Baru 2025

Assalamualaikum, selamat pagi semua lama tak menulis dekat sini, terlambat nak ucap selamat tahun baru buat semua rakan pembaca blog Cik Ash.  


Nak buat macam mana  awal tahun baru aritu kesihatan Cik Ash agak kurang baik sikit dia datang pakej demam, batuk dan selsema, lagi pulak ibu mentua Cik Ash pun  masuk wad sebab masalah asma semakin teruk.


Kalau tahun lepas Cik Ash, suami, Mok  dan family kak ipar sempat  la sambut Awal tahun baru di Cameron Highlands  . Tahun ni tak pergi mana kebetulan pulak suami hari awal tahun baru suami berkerja.

Pejam celik pejam, celik tak lama lagi Ramadan akan menyusul kan, yang mana belum ganti puasa boleh dah start bulan Rejab ni. Cik Ash dan selesai ganti pada tahun lepas lagi Alhamdulillah.. 


Ok lah korang semua Cik Ash undur diri dulu, kalau ada kelapangan nanti Cik Ash coret- coret kan sini.