PULANGNYA AYAHANDA KE RAHMATULLAH |Assalamualaikum, Al-Fatihah buat ayahanda Cik Ash yang telah kembali ke Rahmatullah pada 2 April 2025 (Rabu) bersamaan 3 Syawal 1446H. Cik Ash bersyukur ke hadrat llahi kerana diberi kesempatan oleh yang Maha Esa berada disisi aboh masa dekat hospital sempat jaga aboh di saat akhir walaupun sekejap jer. Aboh sempat solat asar masa waktu Cik Ash jaga, aboh buat isyarat jari terlunjuk, Cik Ash pertama kali juga jaga aboh sakit, tidak faham bahasa isyarat mujur la ada Abe Mie waktu itu dia faham, arwah sempat berpaut pada lengan Cik Ash dah siap bersila mungkin masa tu nak duduk antara sujud kut, selepas selesai sembahyang beliau pun baring semula,
Sebenarnya perancangan Cik Ash tahun ni nak raya dekat Kedah, kalau ikut sebelum ni tak pernah pun raya puasa nak raya di kedah macam mana tahun ni gatal mulut nak beraya kat kedah, last minute dapat berita dari kampung aboh masuk wad semula pada 30hb Mac 2025 disebabkan kurang oksigen. Petang 31 Mac 2025 itu last puasa cik ash nak siapkan menu untuk berbuka, dapat panggilan daripada adik ipar di kampung memberitahu aboh dah tenat jadi malam tu cancel semua menu yang nak masak bagitahu suami esok kita balik Kelantan terus. Nak balik bertolak malam suami Cik Ash tak boleh bawa kereta malam. Malam kalut-kalut simpan baju yang mana nak bawa dalam kepala ni duk teringat kat aboh jer. Kami bertolak dari Kedah pukul 9.30 pagi selepas hantar mok dekat rumah kak ipar yang ke 2. Selalunya setiap kali Cik Ash balik Kelantan mesti tinggal rumah kak ipar yang pertama kebetulan dia beraya di kelantan. Balik raya emergency di hari raya pertama buat kami suami isteri.. Kami sampai di kedah pukul 3.00 petang.
Allahyarham aboh Cik Ash dilahirkan pada 26 Jun 1954 dan perginya pada umur 70 tahun. Allahyarham sebenarnya ada masalah kesihatan dah lama iaitu buah pinggang sebelum ni tahap 2 last aritu di tahap 5, dalam bulan puasa aritu Allahyarham dikejarkan hospital disebabkan kurang oskigen. Hasil ct scan dalam bulan puasa aritu aboh telah disahkan kanser paru-paru tahap 4, dalam bulan puasa aritu kesihatan aboh sangat merosot, tetapi aboh tetap juga menunaikan ibadah puasa, aboh seorang yang kuat seorang perajurit negara yang banyak berjasa. arwah aboh bagitahu puasa itu adalah pengubat penyakit. Selalu pesan Cik Ash jangan lupa solat, zikir,InsyaAllah aboh akan ingat pesan aboh tu.
Semasa pemergian aboh Cik Ash tak ada disisi balik rumah nak berehat dah seharian duk dekat sana , bagi tugas dekat adik Cik Ash dan abang-abang jaga. Pada pukul 1.15 pagi gitu dapat call daripada adik lelaki dia mengatakan aboh dah meninggal dunia, Allahuakbar bila dengar berita tu Cik Ash nangis sepuasnya di depan adik ipar. Masa itu Cik Ash tak kuat nak bagitahu ma, adik perempuan, adik bongsu lelaki (anak moknik) dia yang bagitahu. Kami semua bersiap nak pergi hospital untuk tengok jenazahnya. Tapi tak sempat tengok jenazah dah pergi kat forensik, Cik Ash, adik, adik ipar balik ke rumah untuk kemas rumah. Siap kemas rumah, Cik Ash rasa mengantuk tidur la sekejap sebab nak tunggu jenazah di mandikan mesti lambat juga, urusan mandi jenazah kami adik beradik berpakat pihak hospital yang urus. Dalam jam 5.30 pagi gitu la jenazah aboh pun sampai dekat rumah kami. Ramai sanak saudara, rakan taulan aboh yang datang menziarahi jenazah aboh tak sempat nak layan sibuk urus apa yang patut. Alhamdulillah semua selesai dengan sempurna Jenazah aboh di semadi di tempat yang selalu dia bagitahu nak disemadikan di sebelah kubur arwah mok dia.
Kami semua masih terkejut dengan permegiannya Allahyarham aboh, 3 tahun yang lalu kami kehilangan Kak Poh. Aboh kami semua sayang aboh, berehat di rumah baru aboh yang diterangi cahaya syurga yang indah, aboh seorang yang baik sebab itu pergi dengan mudah sekali. Banyak kebaikan aboh yang kami baru dengar Subhanallah...
Al-Fatihah buat Allahyarham Aboh semoga rohnya dicucuri rahmat, ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Ok la korang semua Cik Ash undur diri dulu nanti di lain hari Cik Ash update entri baru.
This post have 0 komentar
ash.rie8506@gmail.com
EmoticonEmoticon