Wednesday, March 26, 2025

author photo

 

Selamat Pagi

Assalamualaikum, Hai korang, Selamat Pagi, rasanya dah lama Cik Ash tak berceloteh dalam blog ni, biasa lah bila mood menulis dah kelaut ni hahaha, 


Hari ini cuba bagi ruang untuk menulis dekat sini, sebenarnya bulan puasa Cik Ash ada jer nak kongsi menu masakan dekat blog ni, tetapi mood untuk kongsi agak kurang bila fikiran kita selalu teringat dekat aboh dan ma dekat kampung. Sebelum puasa aritu Aboh Cik Ash masuk juga wad disebabkan masalah batuk dan sesak nafas.Tambahan pulak kesihatan agak kurang baik lepas balik Kelantan aritu kecemasan tengok Aboh baru lepas keluar wad. Terkejut tengok keadaan Aboh sekarang uzur sangat, Cik Ash tak kuat tengok keadaan Aboh depan Aboh aritu tahan jer air mata nak keluar. 


Alhamdulillah kesihatan Cik Ash dah beransur-ansur pulih tapi suara tu la kadang ok kadang tidak biasa bulan puasa kan tekak kering mungkin la juga. Sepanjang bulan puasa aritu Cik Ash masak jer menu berbuka dan bersahur tapi dah kurang nak ambik gambar hasil masakan hahaha maybe la faktor usia kut dah kurang dah kongsi apa-apa. Ni hasil koleksi masakan yang sempat Cik Ash snap dalam handphone.Jom la usha dekat bawah ni:-


Lagi beberapa hari lagi nak raya ni korang semua dah siap ke persiapan raya, raya mana tahun ni, Cik Ash tahun ni raya di Kedah biasa lah begini lah suami kena ada giliran untuk tinggal Mok dia, walaupun Mok duduk dengan kami sentiasa bila tiba raya kena buat giliran la,kalau kami balik beraya di Kelantan  Mok duduk dengan kakak ipar yang sulung, kucing pulak tinggal dekat hostel. Kalau kami tak balik baru  dengan kami, kakak ipar yang kedua ada jer mok tak nak duduk dia kata tak selesa biasa lah orang tua kan ada la tu yang tak selesa hihihi.


Cik Ash mood raya tu ada jer tapi biasa lah bila dia mari teringat keadaan Aboh dekat kampung tu dia kacau mood la sikit, sabar jer la hati kita duk jauh ni gitu la perasaan, untung la siapa yang ada dekat family boleh la tengok mereka depan mata.


Ok lah korang banyak pulak Cik Ash berceloteh dekat blog ni, nanti kalau ada mood lagi Cik Ash kongsi ya. Jumpa lagi nanti. 

1 komentar:

avatar
Nieyla Nadia delete March 26, 2025 at 11:19 AM

Semoga abah sihat2 sahaja di kampung..
Cik Ash pun jaga kesihatan ya..

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

This Is The Newest Post
Previous article Previous Post