Monday, November 18, 2024

Keputusan Pemenang Muzikal Lawak Superstar Musim Ke 4

 

Juara Sarkas


Assalamualaikum, setelah 9 minggu bertanding, akhirnya terjawab sudah siapa pemenang Muzikal Lawak Superstar 4 pada malam ni.


Kelainan untuk tahun ini Cik Ash nampak ada muka yang masuk, mereka semua terdiri daripada pelawak-pelawak lama, pelakon, dan content creator ataupun personaliti media sosial. 


Barisan juri yang terlibat adalah Saiful Apek, Anna Jobling, Harith Iskandar, Tak lupa juga pengacara iaitu Datuk Ac Mizal. 


Keputusan Pemenang Muzikal Lawak Superstar 


Juara - Sarkas membawa pulang hadiah wang tunai RM150,000 berserta trofi. 


Naib Juara - Padie membawa pulang wang tunai RM75,000 berserta trofi. 


Tempat Ketiga - Putehh membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi. 


Tempat Keempat - Deroyan membawa pulang wang tunai RM25,000 serta trofi. 


Tempat Kelima - Zuara membawa pulang wang tunai RM5,000 dan trofi. 


Manakala ahli kumpulan Zuara iaitu Zulin Aziz memenangi anugerah Superstar Paling Gempak MLS4. 


Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. 


Friday, October 18, 2024

Drama Kelas Tahanan Cikgu Hiragi

Drama Kelas Tahanan Cikgu Hiragi

Drama Kelas Tahanan Cikgu Hiragi | Assalamualaikum...Hai korang semua,drama tengah trending di astro ria sekarang iaitu kisah seorang Cikgu Hiragi. Drama yang penuh dengan plot-plot yang mendebarkan juga.


Drama ini merupakan adapitasi daripada drama Jepun bertajuk 'Mr.Hiiragi's Homeroom' sebuah karya Shogo Muto terbitan Nippon TV. Manakala untuk drama Kelas Tahanan Cikgu Hiragi diarahkan oleh Micheal Ang. Antara barisan pelakon yang menjayakan drama ini adalah seperti Nadhir Nasar, Erysha Emyra, Arena Wan, Qistina Rania, Evertts Gomes, Arabella Ellen, Cahaya Nila dan ramai lagi.


Drama Kelas Tahanan Cikgu Hiragi telah memulakan siaran pada 25 Sepetember 2024 pada setiap hari Rabu dan Khamis jam 9 malam menerusi slot Dramayaganza di Astro Ria (saluran 104) ataupun boleh strim di Astro GO dan Sooka.


Sinopsis Drama Kelas Tahanan Cikgu Hiragi

Drama ini mengisahkan Cikgu Hiragi (Nadhir Nasar) ialah seorang guru seni dan merupakan guru kelas Tingkatan 5A yang baru sahaja mengajar di Sekolah Raja Ishak selama 2 tahun. 

 

Sepuluh hari sebelum mereka tamat persekolahan, pelajar-pelajar kelas 5A berkumpul di dalam kelas atas arahan Cikgu Hiragi. 

 

Tanpa disangka, pelajar-pelajar ini menjadi tahanannya untuk merungkai insiden hitam lama yang berlaku kepada salah seorang pelajar daripada kelas itu. 

 

Kematian pelajar ity menjadi misteri apabila semua rakan-rakannya mendiamkan diri tentang apa yang berlaku.

 

Tiada  siapa yang akan dapat menyelamatkan diri mereka daripada Cikgu Hiragi sehinggalah kebenaran mengenai insiden itu dibongkar.

 

Boleh Baca :

👉Senarai Drama China Best

👉 Drama Thailand Popular Di Viu

👉Drama Korea Best


Wednesday, October 9, 2024

What is Butt Lifting Shapewear? These Tips You Should Know

What is Butt Lifting Shapewear? These Tips You Should Know

For those who have been looking to enhance their butt area and the natural curves of their bodies, butt-lifting shapwear has become a trendy solution. This shapewear promises a firmer and more lifted butt but also make it look rounder and fuller.

 

It was designed to sculpt and smooth the silhouette. It also offers aesthetic and functional benefits. If you want look more confindent, butt lifting shapewear will be a game changer. But those who don't know how it work and what makes it diffent from other types of shappewear.

 

The functionality and purpose  

This garment has been primarily designed to ehance the shape of the buff without needing invasive procedures, surgery, or even exercise. It offers compression and support in key areas to create a more lifted and defined look. The whole idea is to provide a more flattering but smoother silhouette that accentuates the natural curves while minimizing unwated bulges.

 

It core functonality lies in the construction. They are typically made with special fabric panels or padding that have been strategically palced arround the buttocks area. This will give them a more sculpted and perkier look. Some desihn also include compression panles to push up the buff. Others have padding and cutouts to enhance the volume.

 

The combination of these features in shapewear short will help shape, lift, and smooth the area. You can get a dramatic or sublte change, depending on your own preference and the design of the piece.

 

How does it work ?

Then have a  relatively simple mechanism. Everything relies on structural support and compression to change the way your body looks under clothing. The following are the key elements that make these pieces work.


The first one is compression and using compression fabrics. They'll hug the skin tightly and provide a smooth effect over some parts of the body while also lifting the but. The compression will help contour the area, eliminating lump and bulges and getting a more streamlined silhouette.


Then, there's the use of panels or padding. Many pieces come with padding or bulit-in panels.They are made with soft materials that mimic the netural feel of body while adding extra volume. Some use seams or panels without adding extra volume. 


Some styles feature open-back design or cutouts;they'l separate and lift the butt. It creates a firm under-butt support, pushing the cheeks upward without compressing of flattening them. The result is a lifted and rounded look that has enhanced the natural shape of the buff.


Also, high-quality butt-lifting shapewear incorporates boning, elastic bands, or seams strategically placed to provide additional structure. This will ensure that the gament stays in place while the butt is supported and lifted. It allows for long-lasting wear without discomfort.

 


 

 

The benefits 

The appeal of this shapewear style goes beyond its aesthetic benefits. It is a non-invasive enhancement. Unlike cosmetic procedures. It is a non-invasive way to enhance the appearence. It provide a temporary boots to the curves without the cost, the riks, and any recovery time associated with surgeries.

 

Butt-lifting shapewear delivers immediate results. As soon as you wear it, your butt will get a fuller and lifter appearance. This is convenient for everyday use and special occasions. 

 

Many people say that they feel more confident when their body looks more defined and sculpted. Butt-lifting shapewear will help create a smooth and flattering silhouette, boost your self esteem, and make you feel comfortable.

 

Butt-lifting shapewear can be worn under many different outfits. You can wear them with leggings and casual jeans or even elegant skirts and dresses. They are versatile enough to complement any wardrobe. It also offers a more natural and seamless look.

 

And finally, some design will offer additional posture support thanks to the compression technology as well as their structured design. This will help improve the posture as it provides extra support in the abdominal area and lower back. It is beneficial for those who want to spend long hours standing or sitting. 

 

Baca Juga 👉Shapewear Outfits That Will Make a Lasting Impression

Tuesday, October 1, 2024

Dapat Barang Daripada Libresse

 


Dapat Barang Daripada Libresse  | Assalamualaikum...Hai korang semua, hari ini nak kongsi sesuatu dengan kurang, korang suka tak request barang untuk dicuba dulu, Cik Ash suka request sample percuma, salah satu sample yang selalu daripada Libresse ni. 

 

Tak ingat bila Cik Ash  request lama dah rasanya.  Kalau korang teringin juga nak juga dapat sample percuma macam dekat atas tu korang boleh jer ke website libresse masih ada pautan untuk request sample tu. Boleh juga klik dekar SINI.

 

Aktiviti hari ini Cik Ash tak ada buat apa-apa pun. Layan lagu dekat laptop. Pagi tadi Cik Ash buat sarapan nasi goreng jer. Makan tengahari ni rasanya nak goreng keropok lekor Terenganu, lepas tu belah petang-petang sikit nak buat ayam goreng kunyit febret suami tu, dan untuk mak mentua dia kata nak makan ikan bawal goreng. sayur pulak rasa Cik Ash nak goreng kubis untuk suami dan mok mentua. Cik Ash pulak sayur sawi. Hihihi.

 

Ok la korang semua itu jer nak kongsi dapat sample percuma dan cerita Cik Ash hari ini. hihihi.

 

Dah Bulan Oktober 2024

Dah  Bulan Oktober 2024 |Assalamualaikum...Hai korang ,entri pertama di bulan Oktober 2024, sekejap jer rasa dah masuk bulan baru ni. Lagi beberapa bulan kita nak melangkah masuk tahun 2025. Sekejap masa berlalu.

 

Dah  Bulan Oktober 2024

 

 

Untuk bulan September  aritu ada 1 jer entri dekat blog yang sempat Cik Ash kongsikan. Biasa la bila mood dah malas update entri dekat blog tu tak banyak sangat entri. InsyaAllah slow-slow nak start menulis dekat blog harap diberikan kesihatan yang baik Cik Ash. 


Sepanjang bulan September 2024, Cik Ash banyak buat aktiviti dekat rumah dengan melayan cerita korea, thailand, cina dan lain-lain. Ada juga buat aktiviti alter baju kurung lama buat jadi baju nak pakai dekat rumah hihihi. Lepas aktif dekat tiktok layan live K9 Malaysia  Untuk permulaan bulan Oktober ni harap ada mood nak menulis entri dekat blog ni. hahahha

Saturday, September 14, 2024

Muzikal Lawak Superstar Musim Ke 4

 Muzikal Lawak Superstar Musim Ke 4 | Assalamualaikum... Buat peminat rancangan lawak ada berita baik Cik Ash nak berkongsi dengan korang semua, Muzikal Lawak Superstar 4 kembali lagi menemui korang pada 22 September 2024 hari Ahad.

 

Muzikal Lawak Superstar Musim Ke 4

 


Untuk tahun ni Cik Ash nampak ada muka baru yang masuk,mereka terdiri daripada pelawak-pelawak lama, penyanyi, pelakon, dan content creator ataupun personaliti media sosial.


Barisan juri yang terlibat adalah Saiful Apek ,Harith Iskandar, dua legenda dalam dunia komedi Malaysia akan bersama di kerusi juri nanti. Tak lupa mereka berdua akan ditemani dengan pelakon wanita tengah popular, Anna Jobling. Manakala pengacara utama MLSM 4 ini adalah Dato' Ac Mizal.


Untuk undian program musim ini masih mengekalkan 70% permarkahan daripada juri, manakala 30% lagi undian itu ditentukan oleh undian penonton menerusi laman web Astro Gempak. Undian akan dibuka setiap minggu.


Hadiah bakal pemenang pulak adalah untuk Juara akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM150,000 manakala naib juara pula akan meraih RM75,000. Untuk tempat ketiga dan keempat, masing-masing akan membawa pulang wang tunai RM50,000 dan RM25,000 dan kesemuanya pulang bersama trofi.


Senarai Peserta Muzikal Lawak Superstar 3

 

Berikut adalah senarai 10 kumpulan yang bakal berentap nanti,

 

Deroyan : Has Arteh, Dewa Arteh, Eric Fuzi

Padie : Namie,Fad Bocey,Aretow

Putehh : Ali Puteh, Man Raja Lawak, Aya Amiruddin

Zuara : Nizam Jentik-Jentik, Chiwan, Zulin Aziz

Gebu : Mamak Puteh, Ilham Abata, Puteri Sarah Liyana

Kilo : Tapai, Harris Anuar, Tajuddin Bakar

Soda : Sofwan Soda, Danny Soda, Yah Kucai

Sarkas : Danial Zaini, Shashic, Acap S

Gabai : Fuad Gahai, Usop Gahai, Isyariana

Bravo : Ammar, Azhar Jalil, Nasz Sally


‘Muzikal Lawak Superstar 4’ akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras dan boleh juga distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang lebih fleksibel.
 
 
Baca Juga 👉 Muzikal Lawak Superstar Musim 3
 

Tuesday, August 27, 2024

Antara Unit K9 Yang Terlibat Perbarisan Hari Kebangsaan 2024

Antara  Unit K9 PDRM Yang Terlibat Perbarisan Hari Kebangsaan 2024 | Assalamualaikum.. Lagi beberapa hari negara kita akan menyambut Hari Kebangsaan ke-67. Tak sabar nak tengok perarakan nanti walaupun tengok dalam televisyen nanti. 


Antara  Unit K9 Yang Terlibat Perbarisan Hari Kebangsaan 2024


 

Untuk makluman korang, sambutan Hari Kebangsaan 2024 akan diadakan di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos nanti. Untuk raptai pulak bermula 27 Ogos sehingga 29 Ogos 2024. 


Seperti tahun sebelum ni pengunjung yang memeriahkan sambutan hari kebangsaan mesti teruja nak tengok secara terdekat Unit K9 Malaysia yang terlibat dengan pembarisan nanti. Antara mereka yang terlibat dalam pembarisan nanti daripada Unit K9 PDRM , Unit K9 Bomba, Unit K9 ATM. Unit K9 Kastam. Dekat bawah ni Cik Ash hanya dapat kongsi Unit K9 PDRM. Jom la usha Hero K9 Malaysia ni dekat bawah.

















Itu jer sebahagian gambar K9 yang Cik Ash  yang ada dalam koleksi Cik Ash ni. Gambar-gambar ni semua daripada sumber pengawai unit k9 juga.

 

Baca  Juga :

👉 K9 PDRM Dalam Kenangan

👉 Dalam Kenangan K9 Cliff



Thursday, August 22, 2024

Koleksi Masakan Daripada #DapurCikAsh Bahagian 3

Koleksi Masakan Daripada #DapurCikAsh  Bahagian 3 | Assalamualaikum, Hai korang sebenarnya rutin harian  Cik Ash dekat rumah mesti akan memasak menu untuk suami dan mak mentua. Kalau rajin tu ada post status kat whatsapp ,tiktok dan instagram jer.


Koleksi Masakan Daripada #DapurCikAsh  Bahagian 3


Kali ke 3 kongsi koleksi masakan by dapurcikash ni, kalau korang belum tengok koleksi yang sebelum ni boleh singgah baca dekat Koleksi Masakan Daripada #DapurCikAsh dan Koleksi Masakan Daripada #DapurCikAsh 2 . Simpan sini la gambar-gambar masakan. Nanti bila tak tahu nak masak apa boleh kita intai sini. Kadang pening dah nak masak menu apa kat rumah ni. 


ayam sos mangga

hati ayam goreng kunyit

kari udang

ketam masak lemak cili padi

kulat sisir goreng telur

gulai ayam, ayam berempah

menu raya haji 2024

nasi goreng butter sosej

nasi lemak

sambal ikan bilis petai

solok lada

sotong goreng kunyit

telur goreng kicap

telur dadar lemak cili padi

telur goreng sosej



Yang ni ada ada dalam simpanan yang sempat Cik Ash snap gambar, kadang masak-masak lupa nak snap hahaha, selamat menjamu mata tengok menu-menu dekat atas tu. Nanti kalau rajin Cik Ash kongsi lagi menu-menu yang Cik Ash masak. 

 

Baca Juga : 

👉 Koleksi Masakan Daripada #DapurCikAsh 2

👉 Koleksi Masakan Daripada #DapurCikAsh 1

Wednesday, August 14, 2024

Wordless Wenesday #116| Menu Hari Ini

 


Nasi Lemak Pandan ( Sarapan Pagi)

Cempedak Goreng (Tengahari)


Sup Cendawan dan Ayam Bakar Mayonis/Ayam goreng kunyit (Petang)


Sunday, June 23, 2024

Suasana Hari Raya Aidiladha 2024

Suasana Hari Raya Aidiladha 2024 | Assalamualaikum, Hai korang semua apa khabar, Alhamdulilah raya haji tahun ni Cik Ash beraya di Kedah. Raya ni masak menu banyak daripada biasa, Mok mentua Cik Ash la teringin nak jemput saudara mara dia ada dekat sini. Fuhh semangat penat nak siapkan semua menu tapi berbaloi menu semuanya habis. Pertama kali pulak masak banyak macam ni. 


Suasana Hari Raya Aidiladha 2024

Menu semua malam raya Cik Ash buat, ada dah buat awal pagi, macam acar timun+carrot,sambal ikan dah siap awal pagi lagi, nasi impit rebus waktu petang tu,start memasak kuah kacang, ayam masak merah, gulai kopeh dari pukul 9.00 malam lebih kurang pukul 12 malam baru la siap semua, bila dah siap clearkan dapur dekat-dekat pukul 1 lebih juga la tidur. 

 


 

Hari raya pertama Cik Ash  bangun pukul 6 pagi bangun sembahyang subuh dulu, dekat-dekat pukul 7.30 pagi baru masak nasi hujan panas, nasi putih. Alhamdulillah siap semua menu dalam pukul 9.00 pagi suami pun jemput la saudara mara mari makan. Menu raya pertama rumah Cik Ash nasi impit, kuah kacang, sambal ikan, ayam masak merah, nasi hujan panas, nasi putih, gulai kopeh ayam. Sebelah petang bawa Mok raya rumah kak ipar yang sulung jer, tak ada pergi mana-mana, lepas makan terus balik rumah, penat masih ada nak berehat la juga kan.




Hari raya kedua  belah pagi kami sarapan nasi hujan panas Cik Ash buat nasi goreng jer. Mok pulak makan nasi impit dengan kuah kacang, sambal ikan. Siap makan Cik Ash kemas-kemas dapur clear segala periuk, bekas dan lain-lain ke tempat asal. Lepas tu sambung basuh baju. Tengahari ni Cik Ash tak masak sebab nak pergi hadirkan diri dekat kenduri rumah pak saudara suami (Pok Do) ada buat majlis bertunang anak perempuannya. Kenyang makan kami pun bersurai, ajak suami pergi kulim cari barang kat farmasi. 


Hari raya ketiga sarapan kami bertiga makan menu-menu menu sama yang masih ada 🤣. Tak masak pun panaskan menu yang ada tu. Siap makan sambung basuh baju 😂. Lepas tu rehat baring-baring sampai tertidur 🤣. Tengahari ni makan jer makanan yang ada kat rumah ni. Belah petang ni lepas asar ada jamuan raya juga rumah pak saudara suami (Pok Muda). Selesai makan kami pun balik. 


Habis dah cerita raya haji Cik Ash, hari Khamis kembali rutin harian sebagai surirumah tangga 🤣. Bangun awal pukul 5 pagi masak sarapan untuk suami dan mak mentua. Itu jer kisah suasana raya haji dekat kedah tahun ni.

Thursday, June 6, 2024

Makan Di Bendang Steamboat & Grill

 Assalamualaikum, Hai semua, masih panas lagi nak bercerita pasal ni, pada hari Sabtu iaitu 1 Jun 2024 suami Cik Ash bawa pergi Cik Ash makan di Bendang Steamboat & Grill di Sungai Petani.

 

Makan Di Bendang Steamboat & Grill


Bab makan ni selalu Kakak ipar (Sulung) yang ajak pergi makan, suami Cik Ash on jer bab makan Steamboat ni, Cik Ash pun apa lagi suka la dapat juga la pergi jalan-jalan jauh dari Kulim, kalau tak jarang sangat nak keluar pergi ke mana, suami kerja jer cuti 2 hari tu pun ada urusan lain.

 

Kami bertolak dari rumah pukul 6.30 petang, sampai dekat tempat destinasi lebih kurang 7.20 malam sedang nak waktu maghrib masuk cari tempat duduk dulu, tunggu suami sembahyang dulu, Cik Ash pilih ayam untuk dibakar, lepas suami dah siap, Cik Ash pulak pergi sembahyang. 

 


 

Eh berbalik pada cerita pergi makan dekat Bendang Steamboat & Grill ni, memang puas hati makan dekat sini sampai kenyang perut 🤣. Kalau pergi makan dekat Steamboat sebelum ni ada makanan yang tak sempat nak makan perut tak tahan nak sumbat makanan. 



Kawasan Bendang Steamboat & Grill ni berdekatan dengan sawah padi Cik Ash tengok, sebab tu diberi nama bendang Kut. Bagi Cik Ash la tempat dia ok dah luas untuk bawa keluarga pergi makan Steamboat waktu hujan paling best makan sejuk makan pulak makanan panas ni. 


Dari segi makanan dekat sini yang Cik Ash tengok ada pelbagai jenis makanan yang segar  antaranya udang , anak udang lobster, sotong,ketam,lokan,kupang,lala,siput buluh, ikan dah siap perap kita bakar sendiri, nasi Briyani,nasi goreng, mee goreng, spaghetti,sup daging, rendang kambing, shellout, kambing grill, pilihan air macam-macam ada yang sempat Cik Ash minum teh tarik, jagung, sirap,kopi, keladi, abc,laici kang, cuma makanan frozen jer tak banyak pilihan. 

 

Kedai Steamboat ni pun dekat sungai petani juga, Bagi Cik Ash best dekat sini, Tempat parking pun luas dan mudah ada staff dia jaga, sebelum masuk kena bayar dulu. Tempat untuk solat dan tandas pun ada disediakan kelihatan pun tempat bersih jer. Layanan pelayan mereka pun ramah dan mesra sangat. , makanan  yang disediakan ada kena selera tekak la juga, Paling terbaik service mereka memang mantap la, cepat je clearkan pinggan yang kotor, Harga untuk makan di sana RM42 dan kena bayar service charge tax 6% dah termasuk.


Ok la korang itu jer nak kongsi pasal makan Steamboat jer pun. gambar mana yang sempat jer ambik, biasa la bila dah jumpa makanan lupa bab gambar, lagipun perut dah lapar kan rela tak makan untuk bagi perut kosong 🤣 baru la syok nak makan Steamboat macam-macam kan. Jumpa lagi nanti. 

Wednesday, June 5, 2024

K9 PDRM Dalam Kenangan

Assalamualaikum, Hai korang semua, hari ini Cik Ash ingin berkongsi cerita 3  ekor K9 PDRM dalam kenangan. Kesemua mereka dah mati kerana faktor usia sakit tua. Antara K9 yang banyak jasa dalam menjalankan tugas sepanjang berkhidmat di unit K9 Malaysia. 

 



Terima kasih kepada handler yang menjaga ketiga-tiga K9 sehingga akhir hayat mereka. Mereka semua ada wira yang banyak berjasa untuk negara. Bidang tugas mereka pun yang beroperasi khidmat jenayah,narkotik, bom dan lain-lain. 
 




K9 Fei Hu - K9 Fei bertugas di Unit K9 Kuching, Sarawak, kehilangan yang paling terkesan bagi Cik Ash sebab selalu tengok live handler selalu tunjuk Fei, walaupun kesihatan tak mengizinkan dan pencen tapi bab suara ketika menyalak memang paling mantap bila nampak K9 Leo dan K9 Roxcy bermain. Mati pada 26 Mei 2024.




K9 Jinuo - K9 Jinuo berkhidmat di unit K9 Johor Baharu,lepas mati baru tahu pasal K9 ni. Mati sebab sakit tua juga. Hari yang sama dengan K9 Fei Hu.
 
 
K9 Alma -K9 Alma ni bertugas di unit K9 Penang yang ni pun Cik Ash tak sempat nak kenal sangat, hanya dengar jer, tahu pun dah mati pada 14 Mei 2024 K9 betina yang  terakhir dalam unit K9 PDRM. Gambar K9 Alma ni tak ada simpinan Cik Ash.
 

Ketiga-tiga K9 ni mati disebabkan sakit tua, mereka semua dan pencen dan tidak bertugas, handler jaga sampai akhir hayat mereka. Semoga handler K9 yang terlibat diberikan kekuatan untuk tempuhi hari-hari yang akan datang. Semoga akan ada sinar baru dapat K9 baru lepas ni. 

Kami sebagai Fans K9 Malaysia memang terasa kehilangan K9 semua, walaupun kenal mereka sekejap dah terasa kenal lama. Jasamu ketiga-tiga K9 akan dikenang sampai bila-bila.