Friday, October 18, 2024

author photo
Drama Kelas Tahanan Cikgu Hiragi

Drama Kelas Tahanan Cikgu Hiragi | Assalamualaikum...Hai korang semua,drama tengah trending di astro ria sekarang iaitu kisah seorang Cikgu Hiragi. Drama yang penuh dengan plot-plot yang mendebarkan juga.


Drama ini merupakan adapitasi daripada drama Jepun bertajuk 'Mr.Hiiragi's Homeroom' sebuah karya Shogo Muto terbitan Nippon TV. Manakala untuk drama Kelas Tahanan Cikgu Hiragi diarahkan oleh Micheal Ang. Antara barisan pelakon yang menjayakan drama ini adalah seperti Nadhir Nasar, Erysha Emyra, Arena Wan, Qistina Rania, Evertts Gomes, Arabella Ellen, Cahaya Nila dan ramai lagi.


Drama Kelas Tahanan Cikgu Hiragi telah memulakan siaran pada 25 Sepetember 2024 pada setiap hari Rabu dan Khamis jam 9 malam menerusi slot Dramayaganza di Astro Ria (saluran 104) ataupun boleh strim di Astro GO dan Sooka.


Sinopsis Drama Kelas Tahanan Cikgu Hiragi

Drama ini mengisahkan Cikgu Hiragi (Nadhir Nasar) ialah seorang guru seni dan merupakan guru kelas Tingkatan 5A yang baru sahaja mengajar di Sekolah Raja Ishak selama 2 tahun. 

 

Sepuluh hari sebelum mereka tamat persekolahan, pelajar-pelajar kelas 5A berkumpul di dalam kelas atas arahan Cikgu Hiragi. 

 

Tanpa disangka, pelajar-pelajar ini menjadi tahanannya untuk merungkai insiden hitam lama yang berlaku kepada salah seorang pelajar daripada kelas itu. 

 

Kematian pelajar ity menjadi misteri apabila semua rakan-rakannya mendiamkan diri tentang apa yang berlaku.

 

Tiada  siapa yang akan dapat menyelamatkan diri mereka daripada Cikgu Hiragi sehinggalah kebenaran mengenai insiden itu dibongkar.

 

Boleh Baca :

👉Senarai Drama China Best

👉 Drama Thailand Popular Di Viu

👉Drama Korea Best


This post have 0 komentar

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

This Is The Newest Post
Previous article Previous Post