Saturday, September 14, 2024

author photo

 Muzikal Lawak Superstar Musim Ke 4 | Assalamualaikum... Buat peminat rancangan lawak ada berita baik Cik Ash nak berkongsi dengan korang semua, Muzikal Lawak Superstar 4 kembali lagi menemui korang pada 22 September 2024 hari Ahad.

 


 


Untuk tahun ni Cik Ash nampak ada muka baru yang masuk,mereka terdiri daripada pelawak-pelawak lama, penyanyi, pelakon, dan content creator ataupun personaliti media sosial.


Barisan juri yang terlibat adalah Saiful Apek ,Harith Iskandar, dua legenda dalam dunia komedi Malaysia akan bersama di kerusi juri nanti. Tak lupa mereka berdua akan ditemani dengan pelakon wanita tengah popular, Anna Jobling. Manakala pengacara utama MLSM 4 ini adalah Dato' Ac Mizal.


Untuk undian program musim ini masih mengekalkan 70% permarkahan daripada juri, manakala 30% lagi undian itu ditentukan oleh undian penonton menerusi laman web Astro Gempak. Undian akan dibuka setiap minggu.


Hadiah bakal pemenang pulak adalah untuk Juara akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM150,000 manakala naib juara pula akan meraih RM75,000. Untuk tempat ketiga dan keempat, masing-masing akan membawa pulang wang tunai RM50,000 dan RM25,000 dan kesemuanya pulang bersama trofi.


Senarai Peserta Muzikal Lawak Superstar 3

 

Berikut adalah senarai 10 kumpulan yang bakal berentap nanti,

 

Deroyan : Has Arteh, Dewa Arteh, Eric Fuzi

Padie : Namie,Fad Bocey,Aretow

Putehh : Ali Puteh, Man Raja Lawak, Aya Amiruddin

Zuara : Nizam Jentik-Jentik, Chiwan, Zulin Aziz

Gebu : Mamak Puteh, Ilham Abata, Puteri Sarah Liyana

Kilo : Tapai, Harris Anuar, Tajuddin Bakar

Soda : Sofwan Soda, Danny Soda, Yah Kucai

Sarkas : Danial Zaini, Shashic, Acap S

Gabai : Fuad Gahai, Usop Gahai, Isyariana

Bravo : Ammar, Azhar Jalil, Nasz Sally


‘Muzikal Lawak Superstar 4’ akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras dan boleh juga distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang lebih fleksibel.

This post have 0 komentar

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

This Is The Newest Post
Previous article Previous Post