Tuesday, August 27, 2024

Antara Unit K9 Yang Terlibat Perbarisan Hari Kebangsaan 2024

Antara  Unit K9 PDRM Yang Terlibat Perbarisan Hari Kebangsaan 2024 | Assalamualaikum.. Lagi beberapa hari negara kita akan menyambut Hari Kebangsaan ke-67. Tak sabar nak tengok perarakan nanti walaupun tengok dalam televisyen nanti. 


Antara  Unit K9 Yang Terlibat Perbarisan Hari Kebangsaan 2024


 

Untuk makluman korang, sambutan Hari Kebangsaan 2024 akan diadakan di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos nanti. Untuk raptai pulak bermula 27 Ogos sehingga 29 Ogos 2024. 


Seperti tahun sebelum ni pengunjung yang memeriahkan sambutan hari kebangsaan mesti teruja nak tengok secara terdekat Unit K9 Malaysia yang terlibat dengan pembarisan nanti. Antara mereka yang terlibat dalam pembarisan nanti daripada Unit K9 PDRM , Unit K9 Bomba, Unit K9 ATM. Unit K9 Kastam. Dekat bawah ni Cik Ash hanya dapat kongsi Unit K9 PDRM. Jom la usha Hero K9 Malaysia ni dekat bawah.

















Itu jer sebahagian gambar K9 yang Cik Ash  yang ada dalam koleksi Cik Ash ni. Gambar-gambar ni semua daripada sumber pengawai unit k9 juga.


Thursday, August 22, 2024

Koleksi Masakan Daripada #DapurCikAsh Bahagian 3

Koleksi Masakan Daripada #DapurCikAsh  Bahagian 3 | Assalamualaikum, Hai korang sebenarnya rutin harian  Cik Ash dekat rumah mesti akan memasak menu untuk suami dan mak mentua. Kalau rajin tu ada post status kat whatsapp ,tiktok dan instagram jer.


Koleksi Masakan Daripada #DapurCikAsh  Bahagian 3


Kali ke 3 kongsi koleksi masakan by dapurcikash ni, kalau korang belum tengok koleksi yang sebelum ni boleh singgah baca dekat Koleksi Masakan Daripada #DapurCikAsh dan Koleksi Masakan Daripada #DapurCikAsh 2 . Simpan sini la gambar-gambar masakan. Nanti bila tak tahu nak masak apa boleh kita intai sini. Kadang pening dah nak masak menu apa kat rumah ni. 


ayam sos mangga

hati ayam goreng kunyit

kari udang

ketam masak lemak cili padi

kulat sisir goreng telur

gulai ayam, ayam berempah

menu raya haji 2024

nasi goreng butter sosej

nasi lemak

sambal ikan bilis petai

solok lada

sotong goreng kunyit

telur goreng kicap

telur dadar lemak cili padi

telur goreng sosej



Yang ni ada ada dalam simpanan yang sempat Cik Ash snap gambar, kadang masak-masak lupa nak snap hahaha, selamat menjamu mata tengok menu-menu dekat atas tu. Nanti kalau rajin Cik Ash kongsi lagi menu-menu yang Cik Ash masak.

Wednesday, August 14, 2024

Wordless Wenesday #116| Menu Hari Ini

 


Nasi Lemak Pandan ( Sarapan Pagi)

Cempedak Goreng (Tengahari)


Sup Cendawan dan Ayam Bakar Mayonis/Ayam goreng kunyit (Petang)