Wednesday, June 5, 2024

author photo

Assalamualaikum, Hai korang semua, hari ini Cik Ash ingin berkongsi cerita 3  ekor K9 PDRM dalam kenangan. Kesemua mereka dah mati kerana faktor usia sakit tua. Antara K9 yang banyak jasa dalam menjalankan tugas sepanjang berkhidmat di unit K9 Malaysia. 

 



Terima kasih kepada handler yang menjaga ketiga-tiga K9 sehingga akhir hayat mereka. Mereka semua ada wira yang banyak berjasa untuk negara. Bidang tugas mereka pun yang beroperasi khidmat jenayah,narkotik, bom dan lain-lain. 
 




K9 Fei Hu - K9 Fei bertugas di Unit K9 Kuching, Sarawak, kehilangan yang paling terkesan bagi Cik Ash sebab selalu tengok live handler selalu tunjuk Fei, walaupun kesihatan tak mengizinkan dan pencen tapi bab suara ketika menyalak memang paling mantap bila nampak K9 Leo dan K9 Roxcy bermain. Mati pada 26 Mei 2024.




K9 Jinuo - K9 Jinuo berkhidmat di unit K9 Johor Baharu,lepas mati baru tahu pasal K9 ni. Mati sebab sakit tua juga. Hari yang sama dengan K9 Fei Hu.
 
 
K9 Alma -K9 Alma ni bertugas di unit K9 Penang yang ni pun Cik Ash tak sempat nak kenal sangat, hanya dengar jer, tahu pun dah mati pada 14 Mei 2024 K9 betina yang  terakhir dalam unit K9 PDRM. Gambar K9 Alma ni tak ada simpinan Cik Ash.
 

Ketiga-tiga K9 ni mati disebabkan sakit tua, mereka semua dan pencen dan tidak bertugas, handler jaga sampai akhir hayat mereka. Semoga handler K9 yang terlibat diberikan kekuatan untuk tempuhi hari-hari yang akan datang. Semoga akan ada sinar baru dapat K9 baru lepas ni. 

Kami sebagai Fans K9 Malaysia memang terasa kehilangan K9 semua, walaupun kenal mereka sekejap dah terasa kenal lama. Jasamu ketiga-tiga K9 akan dikenang sampai bila-bila. 

This post have 2 komentar

avatar
Nieyla Nadia delete June 5, 2024 at 4:52 PM

banyakkan lah laa..anjing ni pun kita syg,apatah lagi kucing haiwan kesayangan nabi tu kan..sedih tgk kes yg aniaya kucing baru2 ni..

Reply
avatar
fanny_dcatqueen delete June 7, 2024 at 4:15 PM

Saya sukaaaa sangat anjing dan kucing juga. Sedih kalo dah denger berita seperti ini, walaupun agak bersyukur mereka mati Krn memang usia dah tua, bukan karena accident atau disiksa. Kalo yg itu memang sedihnya akan bertambah berkali lipat 🤧

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post