Sunday, June 23, 2024

Suasana Hari Raya Aidiladha 2024

Suasana Hari Raya Aidiladha 2024 | Assalamualaikum, Hai korang semua apa khabar, Alhamdulilah raya haji tahun ni Cik Ash beraya di Kedah. Raya ni masak menu banyak daripada biasa, Mok mentua Cik Ash la teringin nak jemput saudara mara dia ada dekat sini. Fuhh semangat penat nak siapkan semua menu tapi berbaloi menu semuanya habis. Pertama kali pulak masak banyak macam ni. 


Suasana Hari Raya Aidiladha 2024

Menu semua malam raya Cik Ash buat, ada dah buat awal pagi, macam acar timun+carrot,sambal ikan dah siap awal pagi lagi, nasi impit rebus waktu petang tu,start memasak kuah kacang, ayam masak merah, gulai kopeh dari pukul 9.00 malam lebih kurang pukul 12 malam baru la siap semua, bila dah siap clearkan dapur dekat-dekat pukul 1 lebih juga la tidur. 

 


 

Hari raya pertama Cik Ash  bangun pukul 6 pagi bangun sembahyang subuh dulu, dekat-dekat pukul 7.30 pagi baru masak nasi hujan panas, nasi putih. Alhamdulillah siap semua menu dalam pukul 9.00 pagi suami pun jemput la saudara mara mari makan. Menu raya pertama rumah Cik Ash nasi impit, kuah kacang, sambal ikan, ayam masak merah, nasi hujan panas, nasi putih, gulai kopeh ayam. Sebelah petang bawa Mok raya rumah kak ipar yang sulung jer, tak ada pergi mana-mana, lepas makan terus balik rumah, penat masih ada nak berehat la juga kan.




Hari raya kedua  belah pagi kami sarapan nasi hujan panas Cik Ash buat nasi goreng jer. Mok pulak makan nasi impit dengan kuah kacang, sambal ikan. Siap makan Cik Ash kemas-kemas dapur clear segala periuk, bekas dan lain-lain ke tempat asal. Lepas tu sambung basuh baju. Tengahari ni Cik Ash tak masak sebab nak pergi hadirkan diri dekat kenduri rumah pak saudara suami (Pok Do) ada buat majlis bertunang anak perempuannya. Kenyang makan kami pun bersurai, ajak suami pergi kulim cari barang kat farmasi. 


Hari raya ketiga sarapan kami bertiga makan menu-menu menu sama yang masih ada 🤣. Tak masak pun panaskan menu yang ada tu. Siap makan sambung basuh baju 😂. Lepas tu rehat baring-baring sampai tertidur 🤣. Tengahari ni makan jer makanan yang ada kat rumah ni. Belah petang ni lepas asar ada jamuan raya juga rumah pak saudara suami (Pok Muda). Selesai makan kami pun balik. 


Habis dah cerita raya haji Cik Ash, hari Khamis kembali rutin harian sebagai surirumah tangga 🤣. Bangun awal pukul 5 pagi masak sarapan untuk suami dan mak mentua. Itu jer kisah suasana raya haji dekat kedah tahun ni.

Thursday, June 6, 2024

Makan Di Bendang Steamboat & Grill

 Assalamualaikum, Hai semua, masih panas lagi nak bercerita pasal ni, pada hari Sabtu iaitu 1 Jun 2024 suami Cik Ash bawa pergi Cik Ash makan di Bendang Steamboat & Grill di Sungai Petani.

 

Makan Di Bendang Steamboat & Grill


Bab makan ni selalu Kakak ipar (Sulung) yang ajak pergi makan, suami Cik Ash on jer bab makan Steamboat ni, Cik Ash pun apa lagi suka la dapat juga la pergi jalan-jalan jauh dari Kulim, kalau tak jarang sangat nak keluar pergi ke mana, suami kerja jer cuti 2 hari tu pun ada urusan lain.

 

Kami bertolak dari rumah pukul 6.30 petang, sampai dekat tempat destinasi lebih kurang 7.20 malam sedang nak waktu maghrib masuk cari tempat duduk dulu, tunggu suami sembahyang dulu, Cik Ash pilih ayam untuk dibakar, lepas suami dah siap, Cik Ash pulak pergi sembahyang. 

 


 

Eh berbalik pada cerita pergi makan dekat Bendang Steamboat & Grill ni, memang puas hati makan dekat sini sampai kenyang perut 🤣. Kalau pergi makan dekat Steamboat sebelum ni ada makanan yang tak sempat nak makan perut tak tahan nak sumbat makanan. 



Kawasan Bendang Steamboat & Grill ni berdekatan dengan sawah padi Cik Ash tengok, sebab tu diberi nama bendang Kut. Bagi Cik Ash la tempat dia ok dah luas untuk bawa keluarga pergi makan Steamboat waktu hujan paling best makan sejuk makan pulak makanan panas ni. 


Dari segi makanan dekat sini yang Cik Ash tengok ada pelbagai jenis makanan yang segar  antaranya udang , anak udang lobster, sotong,ketam,lokan,kupang,lala,siput buluh, ikan dah siap perap kita bakar sendiri, nasi Briyani,nasi goreng, mee goreng, spaghetti,sup daging, rendang kambing, shellout, kambing grill, pilihan air macam-macam ada yang sempat Cik Ash minum teh tarik, jagung, sirap,kopi, keladi, abc,laici kang, cuma makanan frozen jer tak banyak pilihan. 

 

Kedai Steamboat ni pun dekat sungai petani juga, Bagi Cik Ash best dekat sini, Tempat parking pun luas dan mudah ada staff dia jaga, sebelum masuk kena bayar dulu. Tempat untuk solat dan tandas pun ada disediakan kelihatan pun tempat bersih jer. Layanan pelayan mereka pun ramah dan mesra sangat. , makanan  yang disediakan ada kena selera tekak la juga, Paling terbaik service mereka memang mantap la, cepat je clearkan pinggan yang kotor, Harga untuk makan di sana RM42 dan kena bayar service charge tax 6% dah termasuk.


Ok la korang itu jer nak kongsi pasal makan Steamboat jer pun. gambar mana yang sempat jer ambik, biasa la bila dah jumpa makanan lupa bab gambar, lagipun perut dah lapar kan rela tak makan untuk bagi perut kosong 🤣 baru la syok nak makan Steamboat macam-macam kan. Jumpa lagi nanti. 

Wednesday, June 5, 2024

K9 PDRM Dalam Kenangan

Assalamualaikum, Hai korang semua, hari ini Cik Ash ingin berkongsi cerita 3  ekor K9 PDRM dalam kenangan. Kesemua mereka dah mati kerana faktor usia sakit tua. Antara K9 yang banyak jasa dalam menjalankan tugas sepanjang berkhidmat di unit K9 Malaysia. 

 



Terima kasih kepada handler yang menjaga ketiga-tiga K9 sehingga akhir hayat mereka. Mereka semua ada wira yang banyak berjasa untuk negara. Bidang tugas mereka pun yang beroperasi khidmat jenayah,narkotik, bom dan lain-lain. 
 




K9 Fei Hu - K9 Fei bertugas di Unit K9 Kuching, Sarawak, kehilangan yang paling terkesan bagi Cik Ash sebab selalu tengok live handler selalu tunjuk Fei, walaupun kesihatan tak mengizinkan dan pencen tapi bab suara ketika menyalak memang paling mantap bila nampak K9 Leo dan K9 Roxcy bermain. Mati pada 26 Mei 2024.




K9 Jinuo - K9 Jinuo berkhidmat di unit K9 Johor Baharu,lepas mati baru tahu pasal K9 ni. Mati sebab sakit tua juga. Hari yang sama dengan K9 Fei Hu.
 
 
K9 Alma -K9 Alma ni bertugas di unit K9 Penang yang ni pun Cik Ash tak sempat nak kenal sangat, hanya dengar jer, tahu pun dah mati pada 14 Mei 2024 K9 betina yang  terakhir dalam unit K9 PDRM. Gambar K9 Alma ni tak ada simpinan Cik Ash.
 

Ketiga-tiga K9 ni mati disebabkan sakit tua, mereka semua dan pencen dan tidak bertugas, handler jaga sampai akhir hayat mereka. Semoga handler K9 yang terlibat diberikan kekuatan untuk tempuhi hari-hari yang akan datang. Semoga akan ada sinar baru dapat K9 baru lepas ni. 

Kami sebagai Fans K9 Malaysia memang terasa kehilangan K9 semua, walaupun kenal mereka sekejap dah terasa kenal lama. Jasamu ketiga-tiga K9 akan dikenang sampai bila-bila.