Friday, April 26, 2024

author photo

Assalamualaikum, Hai semua, selamat hari jumaat. Rasanya lama dah tak buat cerita-cerita aktiviti jumaat kat blog ni. Hari ini kebetulan jatuh suami off kerja dapat la peluang pergi pasar pagi kat taman perumahan Cik Ash ni.


Cerita Hari Jumaat


Aktiviti  pagi Cik Ash hari ini basuh baju kerja suami dan baju pakaian harian Cik Ash dan Mok mentua. Mesin basuh manual ni kita kena jaga mesin basuh tu tak boleh buat kerja lain nanti lupa hahaha , Surirumah kan ada kerja nak buat walaupun tiada anak pun sibuk kerja rumah. Rumah luas biasa la kadang tu ada mari perasaan malas kemas rumah Cik Ash layan drama Korea,China sampai berepisod2 hahaha, nasib baik Mok mentua Cik Ash sporting hahaha, dia pun faham Cik Ash seorang jer sibuk buat kerja kat rumah mesti la penat. 


Berbalik cerita pasal pergi jalan-jalan cuti mata kat pasar pagi tadi, Kami beli nasi  kat pasar pagi nasi sambal ayam  dan mok mentua sambal ikan masin dan nasi tambah nasi lemak bilis telur. Semua tu RM10.50.  Dekat pasar pagi tadi sempat juga beli ayam gunting yang tak pedas dan pedas satu RM18. Disebabkan screen protector phone dan casing Cik Ash  dah rosak tukar juga la tadi harga RM28. 

 

Untuk menu petang ni tak tahu nak masak apa lagi, kita tengok lauk apa yang ada dalam peti ais tu kita masak jer. Lagipun suami  lepas jumaat ada dapat jemputan rumah jiran kenduri tahlil. Tengok la macam mana tanya dia nanti.  


Ni sebab ada peluang cuba juga tulis cerita kat blog ni 😆, aktiviti hari jumaat , kalau waktu petang ni suami selalu bawa Cik Ash naik motor ronda-ronda dalam taman jer hirup udara luar dah kira ok la tenangkan jiwa tengok dunia luar. 


Ok la korang itu jer cerita hari Jumaat Cik Ash, jumpa lagi di hari yang lain InsyaAllah kalau ada kerajinan ada la tu entri baru ☺️.

This post have 4 komentar

avatar
fanny Nila (dcatqueen.com) delete April 29, 2024 at 1:28 AM

Saya paliiiing suka kalo sedang di KL atau Penang pergi ke market atau daerah sekitaran hotel, lalu hunting nasi lemak 😄. Kami sekeluarga sukaaa sangat, apalagi anak bungsu saya. Rasanya mau beli di mana pun, nasi lemak di sana semua sedap😄

Reply
avatar
fanny Nila (dcatqueen.com) delete May 4, 2024 at 10:02 PM

Kalau MIL supporting begitu pasti best. Apalagi kalo sama2 suka nonton serial Korea kah, China atau apapun. Jadi ingat mama mertua saya dulu selalu jadi teman discuss saya utk nonton serial Indonesia dan Korea 😄

Reply
avatar
Cik Ash delete May 13, 2024 at 8:08 AM

Betul tu sini menu nasi lemak meriah semua ada jual

Reply
avatar
Cik Ash delete May 13, 2024 at 8:09 AM

Mil akak dia tengok YouTube dekat tv, akak layan Korea dekat laptop

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post