Friday, April 26, 2024

Cerita Hari Jumaat

Assalamualaikum, Hai semua, selamat hari jumaat. Rasanya lama dah tak buat cerita-cerita aktiviti jumaat kat blog ni. Hari ini kebetulan jatuh suami off kerja dapat la peluang pergi pasar pagi kat taman perumahan Cik Ash ni.


Cerita Hari Jumaat


Aktiviti  pagi Cik Ash hari ini basuh baju kerja suami dan baju pakaian harian Cik Ash dan Mok mentua. Mesin basuh manual ni kita kena jaga mesin basuh tu tak boleh buat kerja lain nanti lupa hahaha , Surirumah kan ada kerja nak buat walaupun tiada anak pun sibuk kerja rumah. Rumah luas biasa la kadang tu ada mari perasaan malas kemas rumah Cik Ash layan drama Korea,China sampai berepisod2 hahaha, nasib baik Mok mentua Cik Ash sporting hahaha, dia pun faham Cik Ash seorang jer sibuk buat kerja kat rumah mesti la penat. 


Berbalik cerita pasal pergi jalan-jalan cuti mata kat pasar pagi tadi, Kami beli nasi  kat pasar pagi nasi sambal ayam  dan mok mentua sambal ikan masin dan nasi tambah nasi lemak bilis telur. Semua tu RM10.50.  Dekat pasar pagi tadi sempat juga beli ayam gunting yang tak pedas dan pedas satu RM18. Disebabkan screen protector phone dan casing Cik Ash  dah rosak tukar juga la tadi harga RM28. 

 

Untuk menu petang ni tak tahu nak masak apa lagi, kita tengok lauk apa yang ada dalam peti ais tu kita masak jer. Lagipun suami  lepas jumaat ada dapat jemputan rumah jiran kenduri tahlil. Tengok la macam mana tanya dia nanti.  


Ni sebab ada peluang cuba juga tulis cerita kat blog ni 😆, aktiviti hari jumaat , kalau waktu petang ni suami selalu bawa Cik Ash naik motor ronda-ronda dalam taman jer hirup udara luar dah kira ok la tenangkan jiwa tengok dunia luar. 


Ok la korang itu jer cerita hari Jumaat Cik Ash, jumpa lagi di hari yang lain InsyaAllah kalau ada kerajinan ada la tu entri baru ☺️.

Wednesday, April 24, 2024

Wordless Wenesday #115| DIY Baju Kurung Lama

 Wordless Wenesday #115| DIY Baju Kurung Lama. Assalamualaikum...Hai, dekat bawah ni adalah hasil diy baju kurung zaman kerja-kerja dulu buat baju pakai dekat rumah. 



Wordless Wenesday #115| DIY Baju Kurung Lama


2024 Giveaway by asyiqin.com

 2024 Giveaway by asyiqin.com | Assalamualaikum...Selamat pagi semua, pagi ni awal buka blog, terjumpa rakan blogger ada buat giveaway jom la memeriahkan support beliau. Syarat untuk join pun mudah.
 
 
2024 Giveaway by asyiqin.com

 




SYARAT YANG LAGI MUDAH DAN SENANG JE (:

1. Follow Blog ini
2. Buat entry '2024 Giveaway by asyiqin.com'
3. Copy dan paste banner dan backlink ke sini.
4. Komen dekat bawah ni dengan link entry penyertaan korang.

Tarikh Giveaway : 23 April 2024 sehingga 7 Mei 2024 (2 Minggu)
 
 
Jom la korang memeriahkan giveaway ni, mana la tahu korang salah sorang pemenang nanti. 

Monday, April 22, 2024

Kempen Mari Beli Lokal - Ramadan Raya 2024 Kembali Lagi BELI LOKAL " KEMBALI LAGI

 Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyasarkan RM2.5 juta hasil jualan usahawan tempatan melalui Kempen Mari Beli Lokal — Ramadan & Raya Tahun 2024. KUSKOP memperkenalkan kempen Mari Beli Lokal – Ramadan & Raya untuk kali kedua susulan kejayaan kempen tersebut pada tahun 2023 yang meraih nilai jualan sehingga RM2.5 juta. Seperti tahun 2023, kempen Mari Beli Lokal – Ramadan & Raya turut dikuasakan oleh platform digital tanpa caj iaitu MyMall.



Hampir 500 usahawan dijangka akan menyertai Kempen Mari Beli Lokal – Ramadan & Raya pada kali ini yang menawarkan pelbagai produk seperti pes masakan segera, produk runcit, pakaian raya dan kuih raya. Kempen ini juga disertai jenama-jenama terkenal seperti Lima Waktu, Bulan Bintang, Shasya Habib, Primavalet, Bunga, Nur Aisyah, Ola Oli, V3, SKNN, Qi Rahman dan Agarbomb.


YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, sebagaimana pelaksanaan pada tahun 2023, Kempen Mari Beli Lokal Ramadan & Raya ini bertujuan menarik sokongan orang ramai kepada produk tempatan yang dikeluarkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta koperasi di negara ini. Melalui adaptasi jualan dalam talian dengan menggunakan platform MyMall, secara langsung inisiatif ini membantu proses pendigitalan PMKS dan koperasi di Malaysia.




Usahawan dan koperasi tempatan yang ingin mengembangkan perniagaan mereka dijemput untuk menyertai platform jualan digital MyMall dengan mendaftarkan peniagaan mereka di www.mymallmalaysia.my. Manakala bagi yang berminat mendapatkan kelengkapan Ramadan dan Raya sepertj makanan, pakaian, perhiasan dan pelbagai keperluan lain boleh membuat pesanan menerusi www.mymallmalaysia.my atau aplikasi MyMall 2.0 yang boleh dimuat turun di Playstore atau AppStore.




Selain menyediakan platform @-dagang tanpa Caj, MyMall turut menawarkan akses terhadap pembangunan kapasiti, pembiayaan perniagaan dan pemasaran kepada usahawan dan koperasi tempatan. KUSKOP terus komited dalam membantu pembangunan usahawan dan koperasi dengan pelbagai inisiatif terkini dan berimpak tinggi. Langkah ini bertepatan dengan konsep Malaysia MADANI, iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.

Thursday, April 18, 2024

Suasana Hari Raya Aidilfitri 2024

 Suasana Hari Raya Aidilfitri 2024 |Assalamualaikum... Hai, terlebih dahulu Cik Ash ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat rakan-rakan blogger yang mengenali blog ni. Alhamdulillah dapat menunaikan ibadat puasa dengan baik dan menyambut hari raya Aidilfitri tahun ni. Tahun ni masih beraya di Kelantan,Raya puasa ni  dapat lah peluang balik  lama sikit. Kalau ikut tak puas lagi balik ni sebab tak dapat nak makan dan pergi tempat makan yang best-best,  biasa la bila balik hari raya ni kebanyakkan kedai tutup pada hari raya pertama dan kedua.


Suasana Hari Raya Aidilfitri 2024
 
 

Mujur tahun ni raya tak kelam kabut macam raya 2022 dan raya teka-teki  pada raya tahun  2023, tahun ni kita beraya tepat hihihi, Cik Ash dan suami bertolak dari Kedah pukul 8.30 pagi lepas selesai hantar Mok mentua dekat rumah kak ipar. Kucing Cik Ash dah siap hantar pada 8hbl lagi. Perjalanan kami suami isteri dipermudahkan sampai awal kat sana dalam pukul 2.05 petang. Sempat juga pergi bazar ramadan dekat taman perumahan tu. Dekat Bazar Ramadan tu Cik Ash beli  nasi air, air mangga, air green tea dan murtabak. Menu berbuka aritu Cik Ash sempat masak tomyam ayam jer, menu lain Aboh beli ayam panggang pasu. Last puasa tu kebanyakkan menu yang beli ada ada anak saudara ma beli air teh ais, kuih-muih Kelantan. Selesai makan masa untuk clear dan basuh-basuh segala pinggang mangkuk kat dapur. Sambil membasuh dengar sorakan dari ahli keluarga kat luar di ringin dengan  bunyi letupan mercun dekat luar. 1 syawal 2024 jatuh pada 10 April 2024. 

 


Menu raya pertama Cik Ash dah bincang dengan ma awal lagi nak buat nasi minyak, ayam masak merah, acar timun+carrot. Sebelah malam tu lebih kurang pukul 10 ke atas macam tu Cik Ash mula start goreng ayam dulu , lepas tu tumis bawang besar,bawang putih, halia, cili kering hingga pecah minyak , sesuaikan rasa sambal tu boleh la letak ayam dan gaul sebati. Siap buat ayam goreng pedas , lepas tu buat acar timun, nasi tu Cik Ash buat waktu pagi dalam pukul 7.30 pagi ,nasi siap masak tepat-tepat waktu semua orang dah balik dari sembahyang raya. Cik Ash tak pergi sembahyang raya biasa la kita kan tukang masak raya tahun ni. Dulu kalau ada arwah kak Poh dia yang buat semuanya sekarang  Cik Ash ambik tugas dia. Alhamdulillah masak nasi kali ini masak dengan sempurna kejadiannya. Teh tarik Cik Ash pada hari raya paling laku ramai yang rindu teh tarik Cik Ash. Edisi pagi raya salam bersalaman dan bergambar. Tahun ni ada gambar raya bersama aboh,ma dan lain-lain.  Raya pertama tu dapat luangkan masa beraya di rumah jiran tertangga antara rumah yang sempat Cik Ash singgah adalah rumah Cik Mah, Cik Nor, Kak Dura dan rumah pak saudara sebelah aboh ayah Din di wakaf mek zainab.Dah penat beraya kami balik rumah, rehat, mandi, sembayang, sebab penat beraya kami suami isteri tertidur sedar-sedar jam dah 9 malam hahaha.



Menu raya kedua pulak ma kata nak buat kuah Kuzi , bahagian membuat  kuah Kuzi ma yang buat Cik Ash tolong bila ma memintak pertolongan dari Cik Ash. Manakala roti jala tu adik ipar yang buat. Kalau tak silap Cik Ash 2 kg tepung gandum ,buat roti jala jamu untuk kami beranak-anak dah cukup. Dah siap masak kuzi dan roti jala, Cik Ash dah suami nak pergi beraya rumah mak saudara suami dekat dengan rumah family Cik Ash. Puas kami beraya di rumah mak saudara suami kami suami isteri ronda-ronda jalan sekitar bandar pengkalan chepa, sempat singgah di Pantai Timur Taman Bendahara ada nak beli barang yang ma kirim. Paling gembira malam raya kedua dapat berkumpul 6 adik-beradik dari 7 orang. Keluarga Abe Mie, Abe Adi, Apis, Athirah, aboh,ma,mok(nenek mok ma) dan 11 orang anak saudara dari 17 orang. Lagi 6 orang tu anak arwah kak poh mereka balik beraya di Kedah. Rasa tak lengkap raya kali ni bila arwah kak Poh dan family tak ada bersama, Al-Fatihah buat arwah kak Poh semoga ditempatkan dikalangan orang-orang beriman, Aamiin.


Raya ketiga Cik Ash bangun awal sebelum subuh nak masak gulai ayam dan nasi putih , lagi pun hari raya ketiga Cik Ash dah nak bertolak balik ke Kedah.  Tu yang bangun awal buat gulai ayam dan nasi untuk alas perut. Mana tahu perjalanan balik nanti mesti akan mengalami situasi  kesesakan lalu lintas lagi. Pernah laluinya pada raya tahun 2019 selama 12 jam, 2022 selama 15 Jam. Kami bertolak dari Kelantan pukul 10.30 pagi dan kami sampai dekat Kedah pada pukul 8.05 malam. 10 jam kami mengalami situasi kesesakan lalu lintas pada hari raya ketiga, banyak kereta dah bertolak balik. Kami berhenti dekat Petron Batu Melintang Jeli lebih kurang pukul 2.42 petang untuk isi minyak,berhenti rehat nak pergi tandas dan solat zohor dan jamak solat asar terus. Lebih kurang sejam suku juga kami berehat dekat situ, dalam pukul 4.00 petang baru la kami bertolak semula. Yang paling Cik Ash tak boleh lupa terserempak dengan Abang Kawasan yang sedang melangkah pembahagi jalan tu, kedua-dua kaki dia dah ada kat depan tersangkut kaki belakang tak lepas nak keluar dari situ. Terkejut juga jumpa Abang Kawasan tu. Sepanjang balik laluan Gerik tak pernah jumpa abang kawasan tu. Tak sempat nak ambik gambar takut punya pasal hahaha. Keesokkan itu Cik Ash pergi ambil kucing dekat hostel kucing.

 

Ok la korang semua, Cik Ash nak berhenti menulis dulu kisah raya 2024 dekat blog ni. Rutin harian Cik Ash sebagai surirumah pun dah bermula kembali, Jumpa lagi nanti. Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua.


#cikashberaya

#raya2024