Thursday, January 4, 2024

author photo

JBPM Sarawak beri penghormatan terakhir buat Cliff | Hari ini Cik Ash berpeluang menyaksikan live pengebumian seekor anjing pengesan dari disiplin Cadaver, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Sarawak berlangsung dengan penuh terhormat, dengan diberikan penghormatan terakhir oleh Pengarah JBPM Sarawak Datuk Khirudin Drahman bersama-sama pegawainya.




Upacara pengebumian anjing bernama Cliff itu berlangsung di pekarangan tanah bahagian belakang pusat penyimpaman anjing K9 Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian, kira-kira pukul 10 pagi hari ini.


Paling terkesan dan kelihatan sedih yang Cik Ash nampak dengan pemergian Cliff ialah pelatihnya, Steven Ambu setelah hampir enam tahun bersamanya sejak berpindah balik ke Sarawak pada tahun 2018.


Menurut Steven, Cliff meninggal dunia pada Hari Krismas lalu (25 Disember 2023) tanpa menunjukkan sebarang tanda sakit.


Katanya antara kejayaan Cliff dalam operasi disertainya ialah berjaya menjumpai mangsa bagi dua kes lemas iaitu masing-masing di Nanga Belaik Ulu Skrang dan di Long Miri dan anjing itu telah menyertai lebih daripada 10 operasi kebombaan.



This post have 3 komentar

avatar
Roziah @ Cie delete January 5, 2024 at 8:06 AM

pelatihnya memang sedih la dah sama2 jalankan operasi.

Reply
avatar
Cik Ash delete January 5, 2024 at 10:48 AM

Memang sedih sis, 6 tahun bersama pergi mengejut gitu, jalankan operasi bersama kan

Reply
avatar
fanny Nila (dcatqueen.com) delete February 15, 2024 at 6:24 PM

Saya tak pernah tega baca berita ttg kematian hewan 😔. Apalagi yg dah sangat berguna macam cliff ❤️. Tau sangat perasaan pelatihnya, pasti sesak sedih 😔

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post