Sambut Tahun Baru Di Cameron Highlands | Assalamualaikum... Hai, Tahun ini pertama kali buat Cik Ash sambut tahun baru 2024 dekat tempat tinggi sejuk. Sebenarnya Cik Ash tak tahu pun yang suami rancang nak bercuti dekat Cameron Highland ni. Suami Cik Ash dia rancang dengan kak ipar yang sulung secara rahsia.
Masa suami bagitahu nak kena booking hostel mekcik (Kucing) selama 4 hari tu ingat ke suami saja-saja bergurau ke, suami kata nak sambut tahun baru dekat luar Kedah. Mula-mula Cik Ash macam tak percaya pun hahaha, ia la sepanjang perkahwinan kami mana pernah nak sambut tahun baru dekat luar, disebabkan setiap tahun baru suami kerja shift malam esok baru balik.
Memang tahun ni sangat special buat Cik Ash dapat kejutan daripada suami hihihi, boleh terkantoi nak bercuti dan sambut tahun baru dekat Cameron Highlands ni kakak ipar yang kedua tersasul bagitahu mok mentua Cik Ash.Bila dengar tu gembiranya Cik Ash tempat yang lama nak pergi, memang Cik Ash tak pernah sampai dekat Cameron Highlands, umur 30an baru sampai hahaha.
Perancangan suami nak bertolak ke Cameron Highland pada 31/12/23, pada 30/12/23 sebelah petang kami hantar mekcik (kucing) dekat hostel berdekatan rumah kami jer senang nak pergi ambil nanti.
Day 1 : 31 December 2023
Kami bertolak dari Kedah awal pagi lebih kurang pukul 7.30 pagi, disebabkan nak sampai sana terus check in. kami ada juga berhenti rehat nak makan sarapan dekat rnr Bukit Gantang yang kami bawa bekal.
Kami sampai di Cameron Highland lebih kurang pukul 11.15 pagi berhenti di ladang teh Cameron Valey Tea Sempat juga terokai ladang tea dan bergambar dekat sana. Segar dan tenang sedut udara sejuk dekat Cameron Highland.
Detinasi seterusnya kami singgah makan di Kedai Opah Strawbery, dekat sana bab memilih menu suami dan anak saudara suami yang pilih Cik Ash tahu makan jer hahaha.
Siap makan di Kedai Opah Strawbery kami ke destinasi yang seterusnya iaitu Big Red Strawbery Farm, ada nampak kat dalam tiktok tempat dia menarik, tetapi ada perkara yang terjadi semasa dekat sana, kereta suami Cik Ash tak lepas nak naik bukitnya tinggi sangat, 2 kali cubaan kereta terus tak boleh nak hidup. Kami tunggu dekat sana sampai 5.30petang laluan nak naik ditutup. Kami terpaksa mintak kebenaran dengan abang yang jaga tempat naik untuk turun secara songsang bukan naik dari atas bukit. Mujur la abang itu bagi lepas turun. Lokasi seterusnya kami nak pergi check in homestay tempat kami nak bermalam, alahai dalam perjalanan kat sana ada masalah yang sama berlaku suami panik tak lepas juga naik bukit. aduhaiii cubaan sungguh dekat cameron hinghlad ni, suami call abang ipar mari ambik kami kat bawah. Alhamdulilah untuk cubaan ke 2 kereta suami boleh lepas naik bukit.
Sebelah malam pulak kami suami isteri dan kakak ipar dah suami rancang nak pergi jalan-jalan dekat bawah tempat kami bermalam dekat homestay ni, masa dalam perjalanan nak naik ke homestay kami nampak kawasan berdekatan ada tempat yang menarik dan cantik tempat tu iaitu Centrum Brinchang. Selepas itu singgah di pasar malam sempat beli makanan dekat pasar malam jagung cheese, coklat strawbery dan lain-lain. Tapi gambar sempat snap coklat jer hahaha.
Day 2 : 1 Januari 2024
Sebelah pagi kak ipar dan suami ajak kami suami isteri pergi cari makan dekat kedai yang berdekatan di Avilion Cameron Highland. Kedai gerai no berapa Cik Ash tak ingat, boleh jumpa kedai ni ada nampak video dekat tiktok senok perut ada review kedai makan dekat situ tetapi kedai makan yang dia review tutup masa Cik Ash pergi kat sana. Makan di kedai sebelah yang buka masa tu, Jumlah menu makan dekat sana habis dalam RM23.00.Murahnya boleh dengan menu yang dipilih kita orang makan tu.
Kenyang makan kami pun balik semula dekat homestay berehat sekejap sebelum chek in pukul 12.00 pm. Simpan segala peralatan yang kami bawa, kemas juga homestay kami tempah, satukan segala sampah. Lebih kurang 12.15 kami bertolak untuk ke destinasi seterusnya iaitu Kea Farm Market Cameron Highland. Sebelum masuk dekat situ kami singgah beli aiskrim dekat Popstick Aiskrim. Kami suami isteri sempat la bergambar makan dengan aiskrim tetapi gambar hanya simpanan kami jer la hihihi. Siap makan aiskrim tu, kami jalan-jalan masuk dalam Kea Farm Market tu, jalan-jalan sempat beli jagung mentah RM20 dan strawbery RM40.
Destinasi seterusnya kami pergi ke ladang teh Cameron Valey dekat sana sempat minum air teh susu n teh strawbery. Sempat juga shopping teh cameron highland untuk buat kenangan.