Wednesday, December 27, 2023

Dapat Gift Dari Sahabat Tiktok

 Dapat Gift Dari Sahabat Tiktok | Assalamualaikum...Hai korang, hari ini Cik Ash saja-saja nak kongsi dengan korang semua dapat gift daripada sahabat yang baru dikenali dekat tiktok. 


Dapat Gift Dari Sahabat Tiktok



Bagaimana Cik Ash boleh kenal dengan sahabat ni, kebetulan masa tu join live K9 Leo live dari sana kami berkenalan sehingga ke hari ini. Semoga persahabatan ni terus berkekalan. 


Kalau sebelum ni memang tak aktif tiktok sejak join live K9 ni mesti ada aktiviti malam Fan K9 buat live mesti Cik Ash join. Masuk live asyik nak ketawa  happy semuanya boleh dikata sporting la. Ada jer benda lawak dengan pelbagai filter diaorg guna. Kadang-kadang Cik Ash join juga masuk kotak.Kalau ikut sebenarnya Cik Ash ni seorang yang agak kata agak kurang nak masuk join live orang tetapi bila masuk live diaorang boleh dikatakan boleh masuk group biasa saja-saja untuk suka-suka kan.



Eh terlebih bercerita pulak pasal live tu, sebenarnya Cik Ash nak ucapkan terima kasih buat sahabat yang sudi bagi gift buat Cik Ash. Cik Ash sangat hargai dan simpan kenangan hadiah ni dekat blog.


Ok la semua Cik Ash undur diri dulu, dilain hari kalau ada masa dan ruang Cik Ash kongsikan lagi cerita-cerita yang menarik.

Monday, December 25, 2023

Zip Pek Vit's Italian Mi Goreng Carbonara

 Zip Pek Vit's Italian Mi Goreng Carbonara | Gabungan lazat mi segera dengan keenakan krim carbonara pasti akan mentarifkan semula pengalaman anda. Dengan terciptanya produk ini, kini mudah untuk anda menikmatinya kerana ia didatangkan dalam bentu zip pek dan mudah untuk dimasak di mana sahaja anda berada. 

Zip Pek Vit's Italian Mi Goreng Carbonara

Keju yang berkualiti tinggi dan gabungan herba serta rempah ratus tempatan digunakan untuk membuat Vit's Italian Mi Goreng Carbonara. Disediakan menggunakan campuran herba, rempah tempatan dan keju. Mi Goreng Carbonara sedap apabila ia masih hangat, dan harus dihidangkan segera untuk mengekalkan teksturnya yang berkrim. Ianya adalah hidangan yang popular dan digemari ramai kerana dianggap salah satu hidangan mewah. 


Dengan menggunakan 400ml air masak, anda boleh hidangkan Zip Pek Vit's Italian Mi Goreng Carbonara  dengan sepantas 4 minit! Pembungkusan Zip pek ini sesuai terutamanya kepada mereka yang sibuk bekerja, mereka yang suka melancong dan mereka yang tidak mampu menghabiskan masa berjam-jam untuk memasak. 


Vit's ialah salah satu jenama tempatan pertama yang mencipta siri Itali seperti Carbonara, Bolognese, dan Aglio Olio. Lebih mudah untuk meletakkan produk segera atau sedia untuk dimakan kerana hanya mengambil masa yang lebih singkat dan lebih mudah untuk menarik orang ramai membeli produk ini kerana Zip Pek Mi Goreng Carbonara adlaah pilihan terbaik kepada mereka yang ingin mencuba makanan segera.


Cara Penyediaan Zip Pek Vit's Italian Mi Goreng Carbonara


Langkah Pertama :

Koyakkan garis pertama untuk membuka pek. 


Langkah Kedua :

Tuangkan 400ml air mendidih ke dalam pek sehingga menutupi mi dan zipkan, biarkan selama 4 minit sehingga mi lembut.


Langkah Ketiga 

Koyakkan garis kedua untuk membuang air.


Lankah Keempat

Masukkan serbuk perencah, minyak perasa dan ramuan tambahan ke dalam pek dan gaulkan dengan mi sehingga sebati. Vit's Italia Mi Goreng Carbonara sedia untuk dihidangkan.


Produk ini korang boleh dapatkan di pasaraya Aeon dan online store Shopee, Lazada & Tiktok dengan hanya RM3.94.


Baca : PAN MEE GORENG PERISA AYAM PENYET

Sunday, December 24, 2023

Alhamdulillah Rezeki Dapat Bekalan Barang Makanan

Alhamdulillah Rezeki Dapat Bekalan Barang Makanan | Assalamualaikum, Hai, lama tak kongsi cerita kat blog ni, biasa la mood dah kelaut ni ada jer nak kongsi tetapi malas nak taip hahaha.  




Baru-baru ini rumah kami didatangi kenalan lama mak mentua yang sudah lama tidak berjumpa. Cik Ash terkejut sangat kedatangannya bukan saja untuk berjumpa dengan mak mentua tetapi di sertakan dengan bekalan barang keperluan dapur kami bertiga. Alhamdulillah rezeki mak mentua dan kami suami isteri. Jimat dah duit untuk beli bekalan makanan kat rumah.


Barang makanan yang ada dalam senarai tu semua barang keperluan harian yang kita guna tu iaitu 1 botol kicap, 1 botol sos cili, 1 botol  sos tomato, 3  bihun, 1 sardin tin , 6 tin susu pekat, 2 paket beras, 1 papan telur , minyak masak paket 2kilo, gula 4 kilo dan lain-lain. 


Terima kasih kepada diucapkan buat pemberi keperluan makanan harian kat rumah ini, semoga dimurahkan rezeki selalu.

Wednesday, December 13, 2023

The Masked Singer Malaysia Musim Ke-4

 The Masked Singer Malaysia Musim Ke-4 kembali dengan lebih hebat dan pasti teruja. . Tak sabar nak tengok mereka berentap disebalik topeng. Untuk rekaan kali ini nampak kostum yang menarik dan comel-comel pulak. Tak sabar nak teka siapa disebalik topeng ni.


The Masked Singer Malaysia Musim Ke-4
Kredit Gambar : Gempak.com

The Masked Singer Malaysia Musim Ke 4 akan bersiaran pada 17 Disember 2023 setiap hari Ahad. Menampilkan 15 orang selebriti dan personaliti tempatan dengan gabungan dua akan memperagakan 14 kostum unik pada musim ini iaitu Musang, Sang Kancil, Putera Katak, Mat Helang, Abang Jagung, Roti John, Bawang Putih, Kak Cat, Ikan Emas, Teratai, Bunga Matahari, Pom Pom Kin, Biskut Aiskrim dan buat julung kalinya astro mempekenalkan pasangan dua Cili Padi di pentas The Masked Singer Malaysia.


Untuk barisan kerusi Juri tetap The Masked Singer Malaysia ini terdiri daripada personaliti hiburan  muka baharu diperkenalkan iaitu Datuk Aznil Nawawi, Erra Fazira, Elly Mazlein,Nabila Huda, Angah, Micheal Ang, Zizan Razak, Rozita Che Wan dan Sherry Al-Hadad.