Kulat Sisir Goreng Sos Tiram | Assalamualaikum..Hai, menu ini dah lama buat baru nak kongsi dalam blog biasa la sempat ambik gambar lepas tu lupa nak kongsi hahaha.
Ada yang pernah makan kulat sisir ni, kulat sisir ini adalah satu jenis kulat yang sering digunakan dalam hidangan masakan. Ianya dikenali sebagai nama saintifik Hericium erinaceus, kulat sisir memiliki bentuk yang unik ianya menyerupai sisir dengan duri-duri putih yang menonjol. Rasanya yang lazat dan teksturnya yang lembut menjadikan kulat sisir pilihan popular dalam pelbagai hidangan.
Kulat sisir mempunyai keunikan tersendiri, baik dari segi rupa mahupun rasa. Bentuknya yang seperti sisir menjadikan kulat ini menarik untuk digunakan sebagai bahan dalam masakan. Duri putih yang menonjol memberikan tekstur yang unik dan sensasi yang menyenangkan apabila dikunyah. Selain itu, kulat sisir juga mempunyai rasa yang tersendiri, menjadikannya sesuai untuk diproses dalam pebalgai jenis masakan.
Rupanya banyak yang boleh buat dengan kulat sisir ni, kalau sebelum ni Cik Ash pernah cuba masak kulat sisir cara yang berbeza boleh la cuba masak dekat entri Telur Dadar Kulat Sisir,Kulat Sisir Goreng Telur Hancur, Pucuk Paku Goreng Telur Dan Kulat Sisir,Kulat Sisir Goreng Telur Dan Kacang Buncis. Kali ini Cik Ash masak kulat sisir goreng sos tiram pulak. Jom la lihat cara membuatnya di bawah ni.
Resepi Kulat Sisir Goreng Sos Tiram
Bahan-bahan
Kulat Sisir
Minyak masak secukupnya
1 biji bawang putih (dicincang halus)
Lada sulah
Cili merah besar
1 sudu besar Sos tiram
Sedikit garam
Air
Cara Memasaknya :-
1. Mula-mula kita basuh dahulu kulat sisir tu sehingga bersih pastikan tidak ada kotoran.
2. Panaskan minyak masak dalam kuali dengan api yang sederhana.
3. Tumis bawang putih yang dicincang halus hingga naik bau dan bertukar warna.
4. Masukkan kulat sisir ke dalam kuali dan kacau sehingga masak.
5. Masukkan sos tiram,garam,garam dan lada sulah secukupnya ke dalam kuali. Kacay rata supaya rempah masak sekata.
6. Tuangkan air secukupnya dan biarkan sos pekat.
7. Angkat kulat sisir goreng dengan sos tiram dari kuali dan boleh dihidangkan di atas pinggan dan makan dengan nasi yang panas.
Kulat sisir goreng sos tiram hidangan yang sangat menyelerakan boleh bertambah nasi bila makan, tak ada lauk lain pun tak pe. Kelembutan kulat sisir yang digoreng dengan rasa sos tiram tu. Sebenarnya kulat sisir ini ada mempunyai khasiat yang patut kita tidak boleh abaikan. Kulat sisir ini mengandungi pelbagai nutrien penting seperti protein,serat dan vitamin B. Nutrien yang adalam kulat sisir ini dapat membantu menguatkan sistem imum, meningkatkan kesihatan penghadaman, dan mengekalkan kesihatan jantung.
Kulat sisir dengan sos tiram ini adalah hidangan yang menyelerakan dengan gabungan sempurna rasa masam dan manis. Keunikan kulat sisir dalam bentuk seperti sikat memberikan kesan visual yang menarik. Dengan mengikuti langkah pembuatan yang mudah, sesiapa sahaja boleh menikmati hidangan masakan yang lazat.
This post have 4 komentar
Jujur saya masih tak yakin dengan kulat sisir ini. Soalnya browsing Kat google dalam bahasa Indonesia namanya cendawan Surai singa, yg mana saya tak pernah jumpa pula 😅. Jadi tak tahu rasanya seperti apa. Sepertinya menarik di masak pakai sos tiram.
Replysy suka goreng dengan telur aje. sedap mkn dgn nasi panas.
ReplyCuya tk pernah dengar la... tapi macam best je nak try hehe
Replyfirst time tau pasal kulat sisir ni.. Tak pernah makan lagi..
Replyash.rie8506@gmail.com
EmoticonEmoticon