Saturday, November 25, 2023

Nieyl Mencari Bloglist Baru

Nieyl Mencari Bloglist Baru | Assalamualaikum...Hai, selamat pagi, hari ini kita support blogger Nieyl ada buat segmen nak cari bloglist baru. 





Pencarian bloglist untuk blog nieyl bermula pada 23 November 2023 sehingga 27 November 2023 . Semua blogger dijemput join.

 

Syarat-syaratnya :


1.       Follow blog seindahcerita Follow Instagram @nieylanadia 

2.      Blog yang aktif dan rajin tinggalkan komen

3.     Buat entri bertajuk Nieyl Mencari Bloglist Baru

4.     Jangan lupa buat entry di Blog Masing-masing

5.     Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen ini okay



Jemput la korang join segmen ni. Nak join klik banner dekat atas tu ya.


Wednesday, November 22, 2023

Shapewear Outfits That Will Make a Lasting Impression

Shapewear has always been a great option for those women want to look amazing during the special event but shapewear has evolved so much with the years that now they are not only used by a few people but by everyone who wants to have an amazing figure and not only during these types of event. 


Shapewear Outfits That Will Make a Lasting Impression

As previously mentioned, shapewear used to be used by selected few, especially because of the sizing, but nowadays we can see every single body tyoe being able to wear wholesale shapewear outerwear and shapewear in general.


Wholesale One-shoulder Cut Out Waist and Abdomen Compression Shapewear Bodysuit

image product https://www.waistdear.com/products/wholesale-one-shoulder-cut-out-waist-and-abdomen-compression-shapewear-bodysuit


Shapewear outerwear are pieces of shapewear that have the appearance of normal, everyday clothing. Even if they would love as normal clothing they will provide you with their promised shaping effect, depending on the compression. This new shapewear category has become very popular in the last year and we will be seeing it all around social media.


It includes pieces like bodysuits, built-in shaper dress, leggings, pants, tops, and many other pieces that will give the best shaping effect without having to wear a shapewear underneath your favorite outfit. 


One of the most popular pieces that we will see online and in many different outfits are the bodysuits. They look amazing with high-waisted jeans and blazers, and depending on how good and comfortable are you wearing heels, you can pair them with heels or your favorite chunky sneakers


Wholesale Waist Trimming Straight-leg pants with Built-in Shaping Shorts

image product https://www.waistdear.com/products/wholesale-waist-trimming-straight-leg-pants-with-built-in-shaping-shorts


Outfits that will make a lasting impression 


Thanks to shapewear outerwear we can improve how we look, as these pieces will not only become the main part of our outfits but also will provide an amazing shaping effect giving you an amazing hourglass figure, that you’ll want to flaunt everywhere. 


If you are looking for outfits that feel bossier and are perfect to wear at the office, then a pair of shaping trousers, preferably, high-waisted. A nice oversized blazer and a nice pair of heels or heeled sandals will be perfect and make you look like you are the boss. 


If you want a more casual but edgy look you can add either a pair of leather trousers or a leather jacket with a white bodysuit that will make you look like you are ready to rock, and probably attend your favorite rock band concert too. 


Image Product https://www.waistdear.com/products/wholesale-eco-friendly-seamless-outerwear-jumpsuit-shapewear


More casual outfits to wear every day are the shaping dresses. You can pair them with sneakers or sandals and you can run errands and enjoy the day or lounge in them if you want. 


Dresses can be a good option to have brunch or lunch with your besties and if you want to go to a bar for casual drinks with them, add a denim jacket to keep you a little bit warmer. 


As you can see there are plenty of outfit ideas you can implement and even you can create your own, depending on your own style and preferences. In the end, fashion is all about portraying your personality with clothes. So, pick the pieces that make you feel the most comfortable and the most like yourself. 





You won’t regret getting these pieces as they will save you a lot of time in figuring out what to wear, wearing an extra layer, meaning your shapewear under the outfit. We believe that everything that saves us a little bit of time is always worth trying and if it’s clothes that give us hourglass figures, even better. 


If you want to get the best shapewear and specifically very stylish shapewear outerwear, we highly recommend you to try Waistdear, they are our favorite wholesalers. They offer a wide range of products with the highest quality and the lowest wholesale prices. 

Sunday, November 19, 2023

Jenis-Jenis Siput Babi

 Jenis-Jenis Siput Babi | Assalamualaikum...Hai, Hari ini Cik Ash nak kongsi mengenai jenis-jenis siput babi. Mungkin ada yang tidak tahu sebenarnya siput babi banyak jenis. Cik Ash ni kiranya pertama kali juga baru tahu siput babi banyak jenis. 



Jenis-Jenis Siput Babi


Siput babi, juga dikenali sebagai siput landak atau siput bola, adalah sejenis siput darat yang terkenal dengan ciri-cirinya yang unik dan menarik. Siput babi adalah haiwan hermaphroditic, bermakna ia mempunyai kedua-dua organ seksual jantan dan betina. Terdapat pelbagai jenis siput babi yang boleh di temui di seluruh dunia. Di bawah ini Cik Ash kongsikan beberapa jenis siput babi yang menarik. 


google image


1. Siput Babi Hitam ( Achatina Fulica) 

- Siput babi hitam adalah salah satu jenis yang paling biasa dan mudah dicari.

- Ia mempunyai cangkerang berwarna gelap dengan corak yang menarik.

- Siput ini mampu membesar dengan saiz yang besar dan mempunyai keupayaan untuk bergerak dengan pantas.


kdrt google image


2. Siput Babi Albino (Achatina immaculata)

- Siput babi Albino mempunyai cankerang putih dan badan kuning pucat.

- Ia kurang biasa daripada siput babi hitam.

- Siput ini mempunyai saiz yang lebih kecil dan biasanya lebih sukar dilihat pada waktu siang.


kredit google image

3. Siput Babi Afrika Gergasi (Achatina achatina)

-Siput babi Afrika gergasi adalah salah satu jenis siput terbesar di dunia.

-Ia boleh mencapai saiz yang sangat besar, dengan cangkerang shingga 20 cam panjang.

-Siput ini mempunyai corak yang menarik pada cangkerangnya dan selalunya dipelihara sebagai haiwan peliharaan.


krdt  google image


4. Siput Babi Kuning (Limicolaria flammea)

- Siput babi kuning mempunyai cangkerang kuning dengan corak merah jambu

- Ia lebih kecil daripada siput babi jenis lain, dengan saiz cangkerang hanya kira-kira 5 cm

- Siput ini biasanya terdapat di kawasan hutan tropika.


Cara Siput Babi Hidup 

- Siput babi ialah haiwan yang hidup di persekitaran darat terutamanya di zon tropika.

- Mereka mempunyai badan yang lembut dan memerlukan kelembapan yang tinggi untuk hidup.

- Siput babi aktif pada waktu malam dan mencari makanan seperti  sayur-sayuran, buah-buahan dan tumbuhan lain.


Keistimewaan Siput Babi

- Siput babi mempunyai keupayaan untuk memulihkan kerosakan pada cangkerangnya.

-  Mereka mampu merembeskan bahan kapur dari badan mereka untuk membaiki cengkerang yang retak atau rosak. 

-Siput ini juga boleh mengeluarkan lendir licin untuk mengurangkan geseran semasa bergerak.

- Ini membolehkan mereka merangkak dengan lancar pada permukaan yang kasar. 


Di atas itu adalah beberapa jenis siput yang menarik seperti siput babi hitam,siput babi albino, siput bai Afrika gergasi, dan siput babi kuning. Siput babi merupakan haiwan yang mempunyai keunikan tersendiri dan mempunyai pelbagai bentuk dan saiz. Dengan ciri unik dan keboleh suaian yang tinggi, siput babi merupakan haiwan yang menarik untuk dikaji dan dijaga. 

#siputbabi

#jenis-jenissiputbabi

Wednesday, November 15, 2023

Novel Laksamana Sunan Nurkilan Ramlee Awang Murshid

 Novel Laksamana Sunan Nurkilan Ramlee Awang Murshid | Assalamualaikum... Hai, hari ini Cik Ash nak kongsi koleksi novel daripada Ramlee Awang Murshid, kesinambungan novel Saifuddin Jalis . 


Novel Laksamana Sunan Nurkilan Ramlee Awang Murshid


Alhamdulilah untuk kali ke-3 kelabRAM buat pre order untuk novel Laksamana Sunan baru berkesempatan untuk order. Novel ni Cik Ash beli secara online di laman web KelabRAM. Tempah novel pada 9.11.23 dan pada 11.11.23 novel ni sampai pada Cik Ash.





Kalau korang yang ingin mengikuti kisah Laksamana Sunan korang perlu dapatkan kesemua novel  Siri Laksamana Sunan di laman web kelabRAM. Antara novel Ramlee Awang Murshid yang berada dalam koleksi Cik Ash sempat buat review dekat blog :-




Monday, November 13, 2023

Nak Beli Rumah Jom Kira Harga Pasaran Hartanah Dahulu

Nak Beli Rumah Jom Kira Harga Pasaran Hartanah Dahulu | Assalamualaikum..,Hai korang semua seperti  yang kita tahu semasa COVID-19, 3 tahun yang lepas melanda dunia kita, kebanyakan negara memberikan kesan kepada kita dari segi pekerjaan dan sebagainya. Kerana situasi macam ini banyak yang perlu kita kena fikir untuk mempertimbangkan sebagai contoh pembelian rumah. 


Sebenarnya beli rumah baru ini bukan untuk kita nampak kaya banyak duit, ianya adalah salah satu aset paling berharga dalam hidup kita. Pembelian rumah ini melibatkan pelbagai faktor dan keputusan kewangan yang penting. Dalam usaha untuk membantu kita membuat keputusan yang lebih baik, ada satu website yang saya jumpa iaitu https://www.mortgagecalculator.uk/ yang mempunyai sumber maklumat cara pengiraan pinjaman perumahan.


Apa itu Mortagege Calculator UK 


MortgageCalculator.uk adalah laman web yang menyediakan alat pengiraan mudah digunakan bagi individu yang ingin mendapatkan maklumat tentang pinjaman perumahan. Laman web ini menawarkan pengiraan yang teliti dan cepat bagi mereka yang ingin mengetahui jumlah bulanan yang perlu dibayar untuk pembelian rumah.


Kelebihan MortgageCalculator.uk


1.  Pengiraan Yang Mudah Digunakan

Laman web ini menawarkan alat pengiraan yang mudah digunakan dengan antara muka yang mesra pengguna. Individu hanya perlu memasukkan maklumat seperti jumlah pinjaman, tempoh bayaran, dan kadar faedah untuk mendapatkan hasil pengiraan secara automatik.


2. Cara Pengiraan Yang Teliti

 MortgageCalculator.uk menggunakan formula dan kaedah pengiraan yang tepat untuk memberikan hasil yang tepat dan terperinci. Ini membantu individu membuat keputusan kewangan yang lebih baik berdasarkan keadaan mereka.


3. Maklumat Lengkap

Selain alat pengiraan, laman web ini juga menyediakan maklumat terperinci tentang jenis-jenis pinjaman perumahan, petua memilih pinjaman yang betul, dan panduan menguruskan kewangan perumahan.



Cara Mengunakan MortagageCalculator.uk?


1. Masukkan jumlah pinjaman yang diperlukan

2. Tentukan tempoh bayaran yang diinginkan

3. Pilih kadar faedah yang paling sesuai

4. Klik pada butang "Kira" untuk mendapatkan hasil pengiraan.


MortgageCalculator.uk adalah laman web yang sangat berguna untuk mereka yang ingin membuat keputusan pembelian hartanah yang lebih baik dan bijak. Dengan alat pengiraan yang mudah digunakan, sesorang individu dapat mendapatkan maklumat tentang jumlah bayaran bulanan yang perlu mereka tanggung. Laman web ini juga menyediakan maklumat terperinci tentang pinjaman perumahan, membantu individu menguruskan kewangan mereka dengan baik.


Dengan MortgageCalculator.uk, pembelian hartanah tidak lagi menjadi suatu teka-teki. Dapatkan maklumat yang diperlukan dan buat keputusan yang tepat untuk masa depan kewangan anda.

Sunday, November 12, 2023

Senarai Hero K9 Malaysia

 Senarai Hero K9 Malaysia |Assalamualaikum....Hai, hari ini Cik Ash nak kongsi dengan korang senarai K9 Malaysia yang boleh dikatakan popular la. K9 terdiri daripada pasukan PDRM,ATM , dan Bomba.


Senarai Hero K9 Malaysia

Mereka merupakan pahlawan yang setia dan berdedikasi dalam menjalankan tugas mereka. Dekat bawah ni adalah senarai Hero K9 Malaysia yang sempat Cik Ash jumpa di Tiktok. Hero K9 Malaysia terkenal dan menunjukkan betapa pentingnya peranan mereka dalam menjaga keamanan dan ketenteraman rakyat Malaysia. 


1. Hero K9 Dalam Ingatan 

K9 Blake (Bomba)

2. Hero K9 Yang Terpaling Semuanya Dia 


K9 Teddy (PDRM)

                                            

2. Hero K9 Yang  Hensem 


K9 Leo (PDRM)


3. Hero K9 Yang Sopan Santun

K9 Rocxy a.k.a amoi (PDRM)


                                                          

                                                     

4. Hero K9  yang suka buat lawak 


K9 Fazza (PDRM)

5. Hero K9 Gergirl Paling Comel 


K9 Sue (Bomba)

                                                             

6.  Hero K9 Iklan Gigi ( Dalam Kenangan)


K9 Jenson (Atm)

7. K9 Bff Teddy 


K9 Oskar (PDRM)



Ni antara sebahagian sempat Cik Ash screen shot live handle K9 nanti ada kalau lagi Cik Ash update semua kat sini. Sebenarnya banyak K9 pening nak ingat nama K9  hahaha. Ada nampak sama semuanya hahaha. K9 yang lain baru tahu nama dekat bawah ni. 

K9 Arko (PDRM)

K9 Chip (PDRM)

K9 Falco (PDRM)

K9 Fei Hu (PDRM) dah pencen r.i.p pada 26.5.24.
  
K9 Loki (PDRM)

K9 Reed (PDRM)

K9 Winner (PDRM)

K9 Xanto (PDRM)

K9 Ricks (PDRM)







K9 Ice (ATM)
        


K9 Buddy (ATM)


#K9Malaysia


Monday, November 6, 2023

Kulat Sisir Goreng Sos Tiram

 Kulat Sisir Goreng Sos Tiram | Assalamualaikum..Hai, menu ini dah lama buat baru nak kongsi dalam blog biasa la sempat ambik gambar lepas tu lupa nak kongsi hahaha. 


Kulat Sisir Goreng Sos Tiram

Ada yang pernah makan kulat sisir ni, kulat sisir ini adalah satu jenis kulat yang sering digunakan dalam hidangan masakan. Ianya dikenali sebagai nama saintifik Hericium erinaceus, kulat sisir memiliki bentuk yang unik ianya menyerupai sisir dengan duri-duri putih yang menonjol. Rasanya yang lazat dan teksturnya yang lembut menjadikan kulat sisir pilihan popular dalam pelbagai hidangan.


Kulat sisir mempunyai keunikan tersendiri, baik dari segi rupa mahupun rasa. Bentuknya yang seperti sisir menjadikan kulat ini menarik untuk digunakan sebagai bahan dalam masakan. Duri putih yang menonjol memberikan tekstur yang unik dan sensasi yang menyenangkan apabila dikunyah. Selain itu, kulat sisir juga mempunyai rasa yang tersendiri, menjadikannya sesuai untuk diproses dalam pebalgai jenis masakan. 


Rupanya banyak yang boleh buat dengan kulat sisir ni, kalau sebelum ni Cik Ash pernah cuba masak kulat sisir  cara yang berbeza boleh la cuba masak dekat entri  Telur Dadar Kulat Sisir,Kulat Sisir Goreng Telur HancurPucuk Paku Goreng Telur Dan Kulat Sisir,Kulat Sisir Goreng Telur Dan Kacang Buncis. Kali ini Cik Ash masak kulat sisir goreng sos tiram pulak. Jom la lihat cara membuatnya di bawah ni.


Resepi Kulat Sisir Goreng Sos Tiram


Bahan-bahan 

Kulat Sisir 

Minyak masak secukupnya

1 biji bawang putih (dicincang halus)

Lada sulah

Cili merah besar 

1 sudu besar Sos tiram

Sedikit garam 

Air


Cara Memasaknya :-

1. Mula-mula kita basuh dahulu kulat sisir tu sehingga bersih pastikan tidak ada kotoran.

2. Panaskan minyak masak dalam kuali dengan api yang sederhana.

3. Tumis bawang putih yang dicincang halus hingga naik bau dan bertukar warna.

4. Masukkan kulat sisir ke dalam kuali dan kacau sehingga masak.

5. Masukkan sos tiram,garam,garam dan lada sulah secukupnya ke dalam kuali. Kacay rata supaya rempah masak sekata.

6. Tuangkan air secukupnya dan biarkan sos pekat.

7. Angkat kulat sisir goreng dengan sos tiram dari kuali dan boleh dihidangkan di atas pinggan dan makan dengan nasi yang panas.


Kulat sisir goreng sos tiram hidangan yang sangat menyelerakan boleh bertambah nasi bila makan, tak ada lauk lain pun tak pe. Kelembutan kulat sisir yang digoreng dengan rasa sos tiram tu. Sebenarnya kulat sisir ini ada mempunyai khasiat yang patut kita tidak boleh abaikan. Kulat sisir ini mengandungi pelbagai nutrien penting seperti protein,serat dan vitamin B. Nutrien yang adalam kulat sisir ini dapat membantu menguatkan sistem imum, meningkatkan kesihatan penghadaman, dan mengekalkan kesihatan jantung.


Kulat sisir dengan sos tiram ini adalah hidangan yang menyelerakan dengan gabungan sempurna rasa masam dan manis. Keunikan kulat sisir dalam bentuk seperti sikat memberikan kesan visual yang menarik. Dengan mengikuti langkah pembuatan yang mudah, sesiapa sahaja boleh menikmati hidangan masakan yang lazat.

Sunday, November 5, 2023

Kenangan Zaman Muda VCD Pertama Cerita Korea Winter Sonata

 Kenangan Zaman Muda VCD Pertama Cerita Korea | Assalamualaikum...Hai,hari ini Cik Ash nak berkongsi sesuatu cerita kenangan zaman muda dulu-dulu suka kumpul koleksi VCD salah satu cerita Korea. Kiranya VCD pertama cerita Korea yang Cik Ash kumpul ni.


Kenangan Zaman Muda VCD Pertama Cerita Korea Winter Sonata


VCD pertama yang Cik Ash beli adalah cerita Winter Sonata, ianya sebuah drama televisyen korea yang telah menjadi ikon dalam industri hiburan Korea. Drama korea yang pertama kali disiarkan pada tahun 2002, dan masa memang drama ni mendapat populariti yang meluas di seluruh dunia. Perasaan mendapatkan VCD pertama drama korea ni memang tak dapat dilupakan.


Pada era 90-an, hiburan di Malaysia masih didominasi oleh drama tempatan, Walau bagaimanapun dengan kemunculan Winter Sonata, terdapat perubahan ketara dalam pilihan hiburan orang ramai. VCD pertama Korea ini membawakan nafas yang segar dengan kisah yang menyentuh perasaan dan watak yang menawan dan hebat.


VCD Winter Sonta ni merupakan satu-satunya naskhah drama yang terdapat dalam bahasa Melayu ketika itu. Dengan pembungkusan yang menarik dan kualiti imej yang baik, VCD ini menjadi kegemaran peminat drama Korea di Malaysia. Harganya yang berpatutan masa itu kalau tak silap Cik Ash la. Dah lupa harga berapa beli tu sebab tahun 2007 dah lama berlalu mana nak ingat harga berapa kebetulan masa itu Cik Ash pernah berkunjung ke KL.


Kenangan mendapatkan koleksi VCD yang pertama ini  memang takkan dilupai, kira cerita korea pertama yang buat Cik Ash jatuh cinta dengan cerita korea sampai la sekarang tengah layan hahaha. Tengok berulang kali pun tak pe. Siap masa tu nak belajar bahasa korea, cuba memasak menu makanan Korea. 


Sekarang tahun 2023 ni dah tak ada VCD itu ,semua dah berubah nak tengok cerita luar negara semuanya di hunjung jari boleh tengok online ada yang berbayar dan percuma. Banyak aplikasi streaming yang boleh kita tengok berbayar dan percuma. Salah satu aplikasi yang Cik Ash suka layan korea adalah Viu,Loklok dan lain-lain. 


Ok la korang itu cerita yang Cik Ash kongsi zaman muda dulu Cik Ash simpan sini buat kenangan hahaha. Mesti korang ada jugak koleksi zaman muda-muda dulu yang korang simpan boleh kongsi dengan Cik Ash. 

Friday, November 3, 2023

Dah Bulan November 2023

 Dah  Bulan November 2023 |Assalamualaikum...Hai korang ,entri pertama di bulan November 2023, sekejap jer rasa dah masuk bulan November 2023 ni. Lagi sebulan kita nak melangkah masuk tahun 2024. Sekejap masa berlalu.


Dah  Bulan November 2023


Untuk bulan Oktober 2023 aritu ada jer entri dekat blog yang sempat Cik Ash kongsikan sebanyak 14 entri. Biasa la bila mood dah malas update entri dekat blog tu tak banyak sangat entri. InsyaAllah slow-slow nak start menulis dekat blog harap diberikan kesihatan yang baik Cik Ash. 


Sepanjang bulan Oktober 2023 , Cik Ash banyak buat aktiviti dekat rumah dengan melayan cerita korea, thailand, cina dan lain-lain. Ada juga buat aktiviti alter baju kurung lama buat jadi baju nak pakai dekat rumah hihihi. Untuk permulaan bulan November 2023 ni rezeki dapat menulis artikel dekat alhamdulilah. Ok la jumpa lagi nanti.