Thursday, October 5, 2023

Selamat Hari Khamis

 Selamat Hari Khamis |Assalamualaikum, Hai selamat pagi Khamis, aktiviti hari ini tak ada nak  buat apa nak cabut rumput dan nak sapu daun-daun kering  kat luar rumah tak boleh tanah basah maybe semalam hujan kan.  Cik Ash  berpanasan di bawah matahari pagi . Saja nak bagi kena vitamin pagi kan. 

Selamat Pagi Khamis


Pagi ni Cik Ash buat sarapan nasi goreng kerabu letak pewarna biru sikit hahaha walaupun tak cukup satu barang iaitu kelapa tapi bila rasa tu memang dah sedap ditambah  dengan telur goreng hancur dengan keropok keping goreng. Dah siap makan nasi goreng kerabu ni pukul 9.30 pagi tadi hihihi suami baru balik kerja malam. 


Baca Juga 

👉Resepi Nasi Kerabu Goreng

👉Tukar Selera Buat Nasi Kerabu Goreng




Alhamdulillah happy hari ini dapat peluang tengok sambutan Maulidur Rasul Sekolah Rendah Taman Mutiara buat perarakan hihihi dekat depan rumah Cik Ash ni. Biasa la bila rumah  berhadapan dengan jalan besar Boleh dengar alunan suara budak-budak selawat nabi SWT. 


6 comments:

ash.rie8506@gmail.com