Hari Ini Buat Apa| Assalamualaikum, Hai selamat petang taip pagi lagi entri ni tapi biasa la bila sibuk dengan urusan kat rumah lupa publish hahaha. Sekejap rasa dah hari Jumaat hari ini. Aktiviti hari ini Cik Ash basuh kain hihihi. Seperti biasa rutin pagi Cik Ash buat sarapan pagi . Hari ini Cik Ash masak bihun goreng singapura.
Aktiviti pagi hari ini Cik Ash dan suami nak pergi cuci mata dekat pasar pagi Jumaat dekat taman perumahan ni. Macam-macam ada orang jual kat sana. Kadang tu Cik Ash pening nak beli makanan apa hahaha. Sampai bawa balik tangan kosong jer. Hari ini pergi ada barang yang Mok mentua kirim suruh beli petai satu ikat rm5.00, kulat sisir 100gm rm10, ikan kering rm7.
Menu sebelah tengahari ataupun petang Cik Ash buat sambal ikan bilis petai hihihi. Menu tambah selera ni makan nasi. Lagi pulak menu febret suami dan Mok mentua ni.
Baca Juga :-
👉Resepi Sambal Ikan Bilis Petai
Lepas asar sekejap lagi suami ajak keluar naik kereta nak bawa round Mok mentua jalan-jalan tengok dunia luar, kesian juga kat dia terkurung dalam rumah.
Ibu pon masak sambal petai...sedappp
ReplyDeleteWah sedap sambal petai tu
DeleteSedap tu cikash.. makan gan nasi panas2 perghhh
ReplyDeleteHa ah sedap
Deletebaru makan ulam petai hari tu...
ReplyDeleteMusim petai
Delete