Thursday, October 19, 2023

Dapat Hadiah Dari Dubai

 Dapat Hadiah Dari Dubai | Assalamualaikum...Cerita dah lama baru nak kongsi dalam blog ni hahaha, rezeki kami suami isteri dapat hadiah dari Dubai. 


Dapat Hadiah Dari Dubai


Hari ini Cik Ash nak kongsikan hadiah daripada Dubai, hadiah yang Cik Ash dapat jubah untuk suami dan perfume untuk Cik Ash. 


Hadiah ini adalah hadiah pemberian oleh anak saudara suami yang sulung yang ada buat lawatan berkerja di Dubai pada bulan Ogos aritu. Alhamdulilah rezeki kami suami isteri walaupun tak dapat pergi Dubai dapat juga merasa barang dari Dubai tu. Hihihi.


Suami siap kata baju raya tahun depan dia dah ada hahaha, senangnya suami Cik Ash tak perlu pening nak cari baju dekat dia, kena cari baju Cik Ash la nanti nak matching dengan bajunya. Tapi tak tahu warna apa tengok sekali macam warna khaki, sekejap macam warna Nude. pening fikir bab warna ni hahaha.

8 comments:

  1. untungla ada sedara belikan baju raya dari Dubai., hehe

    ReplyDelete
  2. Lelaki biasanya memang tak payah pikirkan baju kan. Kita sebagai wanita ni, yang suka pening nak cari warna matching dll dengan spouse pula🤣🤣.

    ReplyDelete
  3. wahhh dtg dr jauh punya baju raya thn depan😀

    ReplyDelete

ash.rie8506@gmail.com