Monday, October 30, 2023

Drama Thailand Popular Tersedia Di Viu

Drama Thailand Popular Tersedia Di Viu | Assalamualaikum... Hai, hari ini Cik Ash nak kongsi antara cerita bersiri Thailand yang popular yang di Viu menawarkan pelbagai pilih drama terbaik.


Drama Thailand Popular Tersedia Di Viu


Viu menawarkan sarikata bahasa malaysia, bahasa Inggeris dan bahasa Indonesia untuk memudahkan peminat drama Thailand yang tidak memahami bahasa Thailand. Ciri ni membuat Viu menjadi platform streaming yang ideal bagi penggemar drama Thailand di seluruh dunia. Berikut adalah Drama Thailand yang popular itu. 


Devil In Law

1. Devil In Law - Sebuah drama adaptasi novel, Devil-in-Law mengisahkan Nopphanai/Nai (Pon Nawasch) dan Srikanda (Ice Athichanan) yang berkahwin atas dasar cinta meskipun keluarga menghalang hubungan mereka. Cerita ni geram tengok mak mentua jahat hahaha.


The Betrayal

2. The Betrayal - Drama adaptasi Doctor Foster, pernah mencetuskan femonena versi korea dengan tajuk A World Of Married Couple. sekarang dalam versi thailand pulak. Cerita ni kalau tengok memang sakit hati hahaha. (Drama ni hanya orang dewasa la boleh tengok tak sesuai untuk kanak-kanak)


Doctor Detetive

3. Doctor Detetive - Kisah Doktor penyelidik ataupun epidemiogists yang berjaya mengesan virus Ebola pada seorang lelaki yang ditemui meninggal dunia di sebuah bilik hotel. Best cerita ni Cik Ash tengok asyik  tersenyum jah hahaha.


Bad Romeo

4.  Bad Romeo - Mengisahkan cinta yang penuh dengan cabaran dan dugaan antara seorang perempuan hotel dan mekanik. Cerita ini tengok memang sedih juga. 


Di atas antara  4 drama Thailand yang Cik Ash sempat layan dekat  viu semuanya best, memiliki cerita yang menarik dan pelakon  yang hebat walaupun tidak kenal sangat pelakonnya hihihi.


Baca Juga : Drama Thailand Yang Best Untuk Di Tonton

Sunday, October 29, 2023

Lirik Lagu Cintaku Sampai Ke Ethiopia

Lirik Lagu Cintaku Sampai Ke Ethiopia | Assalamualaikum.... Hai, lagu tengah trending dekat TikTok ni  selepas Cik Ash terdengar lagu sampai terjoin nyanyi sekali hahaha, sedap juga lagu ni bila layan. 


cintaku sampai ke Ethiopia


Ada Cik Ash tengok video fyp seorang suami menyiburkan isteri nurse nak pergi kerja hahaha. Punya cari kenapa lagu ni tengah trending rupanya lagu ini merupakan lagu choir jururawat menyanyi semasa konvo tu. Dalam video yang trending konvo tu pada tahun 2013. Masa zaman tu mana ada lagi TikTok kan. 10 tahun berlalu bila masuk di TikTok jadi trending lagu ni. Lagu ini lagu dari negara seberang iaitu Indonesia. Kat bawah ni adalah lirik lagu itu. 


Tajuk Lagu :Cintaku Sampai Ke Ethiopia

Penyanyi : Ria Resty Fauzi 

Pencipta : Younky RM


Kalau kau benar sayang padaku..

Dan kalau kau benar cinta..

Ucapkanlah..janji setiamu..

Kalau kau benar sungguh mau..

Semua milikku untukmu..

Jiwa dan ragaku..semuanya milikmu..


Bukanlah emas permata..(intan berlian)

Juga bukan gemerlap dunia..(bintang-bintang)

Bulan madu..aku pun tak minta..

Asalkan kita dapat berdua..

Aku pun bahagia..

Ke mana pun kau pergi.. ku kan ikut kamu..

Walau..ke hujung dunia..


Jangankan gunung Fujiyama.. (Fujiyama)

Puncak Himalaya ku ikut kamu..

Jangankan ke Kemboja.. (ke Kemboja)

Ke Ethiophia ku ikut kamu..

Kalau memang kamu cinta aku..

Ke kutub utara..aku ikut kamu..


Jangan..jangan..janganlah kau ragu ragu sayang..

Jangan..jangan..jangan ragu kan cintaku

Jangan..jangan..janganlah bimbang dan ragu sayang..

Sungguh mati..aku cinta kepadamu..


Bukanlah emas permata..

Juga bukan gemerlap dunia..

Bulan madu..aku pun tak minta..

Asalkan kita dapat berdua..

Aku pun bahagia..

Ke mana pun kau pergi.. ku kan ikut kamu..

Walau..ke hujung dunia..


Jangankan gunung Fujiyama.. (Fujiyama)

Puncak Himalaya ku ikut kamu..

Jangankan ke Kemboja.. (ke Kemboja)

Ke Ethiophia ku ikut kamu..

Kalau memang kamu cinta aku..

Ke kutub utara..aku ikut kamu..


Jangankan gunung Fujiyama.. (Fujiyama)

Puncak Himalaya ku ikut kamu..

Jangankan ke Kemboja.. (ke Kemboja)

Ke Ethiophia ku ikut kamu..

Kalau memang kamu cinta aku..

Ke kutub utara..aku ikut kamu..


Jangan..jangan..janganlah kau ragu ragu sayang..

Jangan..jangan..jangan ragu kan cintaku

Jangan..jangan..janganlah tinggalkan aku sayang

Jangan..jangan..janganlah kau lupa janjimu


Jangan..jangan..janganlah kau ragu ragu sayang..

Jangan..jangan..jangan ragu kan cintaku

Jangan..jangan..janganlah tinggalkan aku sayang

Jangan..jangan..janganlah kau lupa janjimu


Jangan..jangan..janganlah kau ragu ragu sayang..

Jangan..jangan..jangan ragu kan cintaku

Jangan..jangan..janganlah tinggalkan aku sayang

Jangan..jangan..janganlah kau lupa janjimu


Lagu ni memang berhantu hahaha Cik Ash asyik menyanyi jer lagu ni, pasang kat YouTube cari yang full hahaha. 


#liriklagu

#cintakusampaikeethiopia

Friday, October 20, 2023

PAN MEE GORENG PERISA AYAM PENYET


"Aromatic Melange"


The Funsion East Javanese and Chinese Flavors of Mesmerized by the unique taste profile, intriguing blend of the strikingly Pan Mee and Indonesia's famous Ayam Penyet, crispy fried chicken cooked with aromatic spices. 


Concept: "Aromatic Melange" becomes a symbol of cultural harmony and culinary innovation redefnes the boundaries of culinary artistry, demonstrating how to seemingly disparate cultures can unite to form something truly extraordinary.


A Pan Mee Instant Noodle Ayam Penyet that bridges the cultural gap, captivating taste buds, and fostering a greater understanding among diverse communities. 


Pan mee goreng ayam penyet appears to be combination of two Malaysian dishes "Pan Mee" and "Ayam Penyet."


Pan Mee Goreng Perisa Ayam Penyet Recipe


Ingrediant : 


a) Pan Mee Goreng Ayam Penyet

b) Paste and seasoning Ayam Penyet

c) Garnishing (Fried shallot)


Method : 


1) Boil pan mee ayam penyet for 3 minutes until soft 

2) Drain the boiled of instant pan mee

3) Add the seasoning paste of ayam penyet 

4) Add garnishing 

5) You can also add on minced Chicken, Minced meat, poached edd and Pak Choy Vege 

6) Mix well and ready to eat


Enjoy!!

Thursday, October 19, 2023

Dapat Hadiah Dari Dubai

 Dapat Hadiah Dari Dubai | Assalamualaikum...Cerita dah lama baru nak kongsi dalam blog ni hahaha, rezeki kami suami isteri dapat hadiah dari Dubai. 


Dapat Hadiah Dari Dubai


Hari ini Cik Ash nak kongsikan hadiah daripada Dubai, hadiah yang Cik Ash dapat jubah untuk suami dan perfume untuk Cik Ash. 


Hadiah ini adalah hadiah pemberian oleh anak saudara suami yang sulung yang ada buat lawatan berkerja di Dubai pada bulan Ogos aritu. Alhamdulilah rezeki kami suami isteri walaupun tak dapat pergi Dubai dapat juga merasa barang dari Dubai tu. Hihihi.


Suami siap kata baju raya tahun depan dia dah ada hahaha, senangnya suami Cik Ash tak perlu pening nak cari baju dekat dia, kena cari baju Cik Ash la nanti nak matching dengan bajunya. Tapi tak tahu warna apa tengok sekali macam warna khaki, sekejap macam warna Nude. pening fikir bab warna ni hahaha.

Wednesday, October 18, 2023

Kulat Sisir Goreng Telur Dan Kacang Buncis

 Kulat Sisir Goreng Telur Dan Kacang Buncis | Assalamualaikum, Hai, hari ini nak kongsi menu kulat sisir menu paling sedap boleh tambah nasi kalau makan lauk ni. Tak ada lauk lain pun tak pe. 


Kulat Sisir Goreng Telur Dan Kacang Buncis
Kulat Sisir Goreng Telur Dan Kacang Buncis

Rumah ni sentiasa ada stock kulat sisir, sebab ibu mentua Cik Ash suka makan kulat sisir ni, kalau ikut Cik Ash tidak pun makan kulat sisir ni, sejak dah jadi surirumah tangga ni baru kenal kulat sisir dan boleh makan  kulat sisir ni. Kalau sebelum ni Cik Ash selalu masak kulat sisir buat telur dadar , kulat sisir  pucuk paku dan kulat sisir telur hancur


Kali ini nak cuba buat kulat sisir campur telur dan kacang buncis pulak, memang masak menu ni dah tak perlu lauk lain dah, Makan nasi pun bertambah kalau makan menu ni. Cik Ash masak menu pada 15hb sarapan pagi. Jom la tengok cara ringkas nak masak menu ni. 


Bahan-bahan 

1 biji telur

Kacang Buncis 

Kulat sisir (agak-agak segengam tangan) 

1 biji bawang putih 

1 biji bawang besar

sedikit garam dan pati sedap 

Sedikit kunyit 

1 sudu kecil secukup rasa

2 biji cili padi

Minyak untuk menumis


Cara Memasak : 

1. Rendam kulat sisir dahulu, lepas tu cuci-cuci bagi hilang segala kotoran ya.

2. Panaskan minyak dalam kuali goreng kulat sisir dahulu.

3. Dalam kuali yang sama tumis bawang putih, bawang besar, cili padi hingga kekuningan, masukkan kulat sisir dan kunyit. Goreng hingga kulat sisir agak layu. 

4. Masukkan telur dalam kuali biarkan sekejap telur baru la di gaul bersama-sama dengan kulat sisir dan kacang buncis.

5. Perasakan dengan garam dan secukup rasa.

6. Tutup api apabila kulat sisir dan bersalut dengan telur dan kacang buncis.

7. Sedia untuk dihidangkan dengan nasi panas.


Tambahan pulak dekat kedah sekarang musim hujan sedap la makan kulat sisir ni, walaupun resepi simple boleh buat bertambah nasi kalau kena dengan menu ni. Sebab Cik Ash kalau makan menu ni memang makan bertambah-tambah hahaha. 

Tuesday, October 17, 2023

Drama Korea Behind Your Touch

 Drama Korea Behind Your Touch | Assalamualaikum...Hai, Drama korea ini boleh dikategorikan drama thriller komedi. Sebanyak 16 episode. 


Behind Your Touch


Drama Behind Your Touch memang sangat menghiburkan tak pasal-pasal Bong Ye Bun di gelara nama perempuan gatal oleh Detetive Moon seorang polis yang ditukarkan ke Kampung Mujin. Sebabnya asyik terkantoi bila Bong Ye Bun cuba nak pengang punggung crush dia Kim Seon Woo hahaha. 


Masa tengok drama ni memang kelakar asyik tergelak bila babak Be Yun nak pegang punggung haiwan tu hahaha, selepas berlaku pembunuhan bersiri tu la asyik duk teka siapa la pembunuh tu, semua watak dalam drama diteka hahaha. Ada babak yang kelakar, saspen dan plot twist yang tak terjangka. Kalau yang minat genre kelakar,pencinta haiwan dan minat jenis cerita penyiasatan boleh la menonton drama  korea ni. 



Sinopsis Behind Your Touch 
Mengisahkan tentang seorang doktor Veterinar, Bong Ye Bun yang dapat menguasai kuasa psychometry selepas terkena hujan meteor yang melanda Kampung Mujin semasa dia cuba merawat lembu milik penduduk kampung dekat situ. Kuasa psychometry ini membolehkan Ye Bun dapat melihat kejadian-kejadian yang berlaku bila disentuh punggung haiwan dan orang. 


Klinik Veterinar dia dari tak ada customer yang hantar haiwan peliharaan mereka untuk dirawat tiba-tiba ramai pulak customers yang datang ke klinik disebabkan kebolehan Bong Ye Bu. Ye Bun bila dah rasa seronok pengang punggung haiwan dan terjerbak nak cuba pulak pegang punggung orang. 


Dari gelaran perempuan gatal, tiba-tiba jadi Partner In Crime pulak selepas Detective Moon dah percaya akan kebolehan psychometry yang Bong Ye Bun dapat tu. Dengan peluang itu Detective Moon asyik ambik kesempatan je ke atas Bong Ye Bun bila ada jes kes mula la dia suruh Ye Bun pergi pegang punggung orang untuk disiasat. Tak cukup dengan punggung orang.


Ye Bun dah berjaya selesaikan kes-kes jenayah biasa dengan Detective Moon, Kampung Mujin tiba-tiba digemparkan dengan kejadian pembunuhan bersiri, di mana pembunuh tersebut disyaki adalah penduduk asal Kampung Mujin. Sampaikan semua disyaki pembunuh. 


Pelakon Behind Your Touch 
Han Jin Min
Lee Min Kin
Kim Sun Woo
Bae Ok Hui
Park Sung Yeon
Won Jung Muk
Jo Min Kook

Monday, October 16, 2023

Bila Rajin Datang Menjelma

Bila Rajin Datang Menjelma | Assalamualaikum...Hai, bila rajin dalam diri ini datang ada la yang dibuatnya hihihi, hari jumaat lepas Cik Ash terlebih rajin nak baiki kaki meja kopi kaca yang dah tak kukuh asyik bergoyang-goyang je. 



Bila Rajin Datang Menjelma


Fikir punya fikir datang la idea dalam kepala ni nak buat macam mana nak bagi kukuh balik kaki meja kopi kaca ni, masa tengah terfikir tu ternampak la ada kertas tisu gulung yang tak buang lagi tu Cik Ash menjalankan lah operasi diy kaki meja kopi.


Mula-mula Cik Ash ketatkan skru bawah kaki meja dahulu, lepas itu baru la balut kertas tisu gulung dekat ke empat-empat kaki meja dan lilitkan dengan tape warna putih tu, Setakat hari ini guna meja letak laptop dah tak bergoyang macam selalu tu. Dah boleh angkat dan alih meja tu. Jom la tengok hasil DIY yang Cik Ash dekat bawah ni. 



Baca Juga 👉 Terlebih Rajin Almari Kasut Lama DIY Jadi Baru


Saturday, October 14, 2023

Segmen Review Bersama Cuya Si Primadonno

 Assalamualaikum... Hai,Malam ni terajin join segmen blogger Cuya. Petang tadi buka blog ternampak komen dari  Cuya yang buat Cik Ash tersenyum hahaha. Cuya tinggal kata-kata dekat komen sangat comel hihihi. 


banner blog Cuya
Klik Banner


Jom la kita memeriahkan segmen yang dianjurkan oleh Cuya ni, segmen ni berlangsung selama seminggu. Syarat-syarat pun mudah dan senang sangat. 


Review Blog Cuya 

First time kenal blogger Cuya ni dia pernah message dekat facebook pages berkenaan dengan tak boleh komen dekat blog sebab tak jumpa butang komen katanya. Dari situ la Cik Ash kenal Cuya ni. Bila masuk blog Cuya tengok dah lama jadi follower blog Cuya rupanya tapi jarang tinggal jejak rasanya la kut. Cuya dah lama menulis dekat blog dari tahun 2011 beza setahun dari Cik Ash ni. dikategori sebagai blogger sifu hihihi. Blog Cuya banyak berkongsi tentang bookreview, suka join giveaway, yang paling Cik Ash suka bab lukisan dia comel sangat hihihi. Ayat-ayat dalam entri yang digunakan bahasa-bahasa  yang bermadah diguna kadang dah macam puisi hihihi. Suka juga tulis ayat pickupline dan surat cinta alahai sweet sangat ni adik cuya. Terima kasih buat cuya selalu singgah komen blog akak, kadang bila tengok cara cuya yang selalu blogwalking teringat zaman tak kahwin dahulu suka blogwalking blog dan join segmen, siap digelar sebagai ratu giveaway bila join mesti ada rezeki menang. Semoga dimurahkan rezeki buat cuya ya.


Dalam syarat tu Cuya suruh pilih 2 blog pening nak pilih blog siapa ni, hahaha, kalau ikut semua blog Cik Ash suka, demi mengikut syarat tu, blog pertama yang Cik Ash singgah dari dulu sampai sekarang walaupun baca entri tak tinggal jejak adalah blog Kak Farah Tower  So sesiapa yang ingin mengenali Kakak kita a.k.a Cikgu Ceketed ini boleh terjah ke blog Kak Farrah yang banyak info menarik di kongsi seperti Kraf, resepi, code gitar dan banyak lagi.


Blog ke 2 pilihan Cik Ash adalah blog kak Azie Kitchen, kenapa Cik Ash suka singgah blog ni salah satunya suka tengok koleksi resepi masakan dekat sana, selalu juga cuba resepi kak azie masak untuk suami dan mok mentua hihihi. Kiranya blog kak azie ni salah satu idola tercetusnya banyak koleksi resepi dekat blog ni di beri nama hagtags #dapurcikash.


Jemput la memeriahkan segmen Cuya klik banner di atas ya. 

Friday, October 13, 2023

Resepi Tempe Goreng Ketumbar

 Resepi Tempe Goreng Ketumbar | Assalamualaikum...Hai, korang hari ini Cik Ash nak kongsi resepi menu baru Cik Ash cuba. Memang sedap bila buat tempe goreng macam ni hihihi. Nak buat pun mudah semua bahan ada dekat rumah ni.



Makan dengan nasi panas dengan kerangupan tempe goreng ketumbar ni, memang sedap hihihi, suami pun kata sedap tempe goreng macam ni,  jom tengok resepinya di bawah ni. 


Bahan-bahan 

Tepung Beras

Tepung Jagung

Ketumbar

Jintan Manis

Jintan Putih

Garam 

Serbuk Kunyit

Bawang putih

Air secukupnya


Cara Membuatnya :- 

1. Hiris tempe nipis-nipis.

2. Tumbuk bawang putih,ketumbar,jintan manis, jintan putih.

3. Satukan semua bahan dengan air buat macam kita bancuh nak buat jemput-jemput tu.

4. Panaskan minyak dalam kuali, bila minyak dah panas. Celuplah tempe dalam bancuhan tepung dan goreng hingga kekuningan. 


Makan pulak dengan sambal kicap mesti sedap ni cicah sambal cicah pulak tu, memang terangkat la selera ni. 


#dapurcikash

#sayamasak

#cooking

Thursday, October 12, 2023

Review Novel Tuhan Lebih Tahu Karya Nora Ismail

 Review Novel Tuhan Lebih Tahu Karya Nora Ismail | Assalamualaikum... ni dah memang rajin sangat hahaha, novel kedua pulak Cik Ash baca, tak tahu kali berapa baca novel ni biasa la novel lama dah terbiar begitu kita ambil mood kembali baca hihihi. 


novel tuhan lebih tahu

Cik Ash start baca novel ni kalau tak silap pada 11 Sep aritu, semalam baru habis baca hahaha, lambat sikit nak tamat  baca ni, novel tu tebal 670 muka surat. 


Pengalaman Cik Ash baca novel ni, novel yang banyak mengisahkan tentang perasaan dan penuh emosi apabila membacanya. Ada bab yang nak marah, sedih menangis juga baca novel ni hahaha. 


Untuk permulaan cerita novel ni ada pengajaran yang perlu kita ambil perhatian  bab pengaulan antara lelaki dan perempuan. Walaupun kita baik mana antara lelaki dan perempuan seharusnya kita perlu ada batas. Jangan ada sentuhan, bertepuk-tampar dan selalu keluar dengan  bukan mahram. Seeloknya nak keluar dengan lelaki kena ada yang berteman dan di tempat yang terbuka supaya tidak menimbul fitnah. Untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.


Yang menyakitkan bab dimana Hazry telah tinggalkan Rina dalam keadaan begitu sahaja apabila dia telah memperkosa Rina dalam keadaan tidak sedar  di bawah pengaruh pil E. Di mana rasa tanggungjawab Hazry ketika itu? Hanya ucapan maaf je dimana rasa tanggungjawab Hazry ketika tu. 


Nasib baik ada insan bernama Arey yang baik hati sudi menjadikan Rina sebagai isteri, berkorban menutup aib Rina sehingga kelahiran Ikhzal, dibenci oleh mak sehingga dihalau dari kampung bertahun-tahun. 


Bertahun-tahun Rina cuba ingin melupakan perkara hitam ni tetiba kemunculan Hazry meggugat kembali ketenangan Rina. Kehadiran Hazry yang mula merindui Rina membuatkan kecemburui Arey. Adakah rahsia lama Rina akan terbongkar. Nak tahu kesudahannya sila baca novelnya hihihi. 

Tuesday, October 10, 2023

Cuba Buat Petai Jeruk

 Cuba Buat Petai Jeruk | Assalamualaikum...Hai, hari ini Cik Ash nak kongsi cerita dengan korang pasal pertama kali Cik Ash belajar buat petai jeruk daripada mok mentua Cik Ash hihihi.





Mula-mula itu ingat susah la nak buat petai jeruk ni, bila dengar bahan-bahan yang mok mentua bagitahu alahai senang sangat rupanya hahaha. Petai jeruk ni kesukaan suami tu cuba belajar daripada mok. Alhamdulilah menjadi suami Cik Ash kata sedap dah. Jom la tengok caranya di bawah ni. 




Bahan-bahan

Petai 7 Keping

garam 2 sudu besar

air 

2 biji cili padi


Cara Membuatnya :- 

1. Petai dibasuh dan direbus dahulu jangan rebus lama ya, rebus sekejap jer kalau dah boleh buang isi dari kulit tu.

2. Gaulkan petai dengan garam bagi rata lepas tu masukkan air dan cili padi.

3. Biarkan beberapa hari dekat luar peti ais.


Cik Ash cuba  buat petai jeruk ni pada 7 Oktber, hari ke 3 tu suami cuba makan dia kata dah jadi petai jeruk hihihi. Alhamdulilah. Happy sangat bila dapat buat petai jeruk makanan febret suami. 

Friday, October 6, 2023

Hari Ini Buat Apa

 Hari Ini Buat Apa| Assalamualaikum, Hai selamat petang taip pagi lagi entri ni tapi biasa la bila sibuk dengan urusan kat rumah lupa publish hahaha. Sekejap rasa dah hari Jumaat hari ini. Aktiviti hari ini Cik Ash basuh kain hihihi. Seperti biasa rutin pagi  Cik Ash buat sarapan pagi . Hari ini Cik Ash masak bihun goreng singapura. 



Aktiviti pagi  hari ini  Cik Ash dan suami nak pergi cuci mata dekat pasar pagi Jumaat dekat taman perumahan ni. Macam-macam ada orang jual kat sana. Kadang tu Cik Ash pening nak beli makanan apa hahaha. Sampai bawa balik tangan kosong jer. Hari ini pergi ada barang yang Mok mentua kirim suruh beli petai satu ikat rm5.00, kulat sisir 100gm rm10, ikan kering rm7. 


Bihun goreng Singapura



Menu sebelah tengahari ataupun petang  Cik Ash buat sambal ikan bilis petai hihihi. Menu tambah selera ni makan nasi. Lagi pulak menu febret suami dan Mok mentua ni. 



Baca Juga :-

👉Resepi Sambal Ikan Bilis Petai


Lepas asar sekejap lagi suami  ajak keluar naik kereta nak bawa round Mok mentua jalan-jalan tengok dunia luar, kesian juga kat dia terkurung dalam rumah. 

Thursday, October 5, 2023

Selamat Hari Khamis

 Selamat Hari Khamis |Assalamualaikum, Hai selamat pagi Khamis, aktiviti hari ini tak ada nak  buat apa nak cabut rumput dan nak sapu daun-daun kering  kat luar rumah tak boleh tanah basah maybe semalam hujan kan.  Cik Ash  berpanasan di bawah matahari pagi . Saja nak bagi kena vitamin pagi kan. 

Selamat Pagi Khamis


Pagi ni Cik Ash buat sarapan nasi goreng kerabu letak pewarna biru sikit hahaha walaupun tak cukup satu barang iaitu kelapa tapi bila rasa tu memang dah sedap ditambah  dengan telur goreng hancur dengan keropok keping goreng. Dah siap makan nasi goreng kerabu ni pukul 9.30 pagi tadi hihihi suami baru balik kerja malam. 


Baca Juga 

👉Resepi Nasi Kerabu Goreng

👉Tukar Selera Buat Nasi Kerabu Goreng




Alhamdulillah happy hari ini dapat peluang tengok sambutan Maulidur Rasul Sekolah Rendah Taman Mutiara buat perarakan hihihi dekat depan rumah Cik Ash ni. Biasa la bila rumah  berhadapan dengan jalan besar Boleh dengar alunan suara budak-budak selawat nabi SWT. 


Wednesday, October 4, 2023

GIVEAWAY GIFT BOX TUDUNG LADYDINI EXCLUSIVE BY SYAFIQA HATTA (First Giveaway)

 GIVEAWAY GIFT BOX TUDUNG LADYDINI EXCLUSIVE BY SYAFIQA HATTA (First Giveaway) | Assalamualaikum, Hai lama tak join giveaway kat blog ni malam ni rajin nak join support rakan blogger Syafiqa Hatta yang ada buat giveaway kat blog dia. 


Klik Banner Gambar Untuk Join


Jom la rakan blogger yang lain join giveaway ni boleh kita tambah kawan-kawan baru sambil-sambil blogwaking blog  untuk blog aktif hihihi. 


Syarat nak join pun mudah hadiah untuk pemenang pun menarik dan banyak hihihi, jom la ramai-ramai join Giveaway Gift Box Tudung Ladydini Exclusive By Syafiqa Hatta ni, kita support rakan blogger kita ni. 


Syarat Penyertaan:


1. Copy gambar gift box di atas yang ada tunjuk isi dalam gift box ni dan backlink kan ke entry ini


2. Copy paste tajuk entry ini dan buat 1 entry menandakan anda join giveaway ini. Ajak rakan-rakan blogger yang lain join sekali


3. Copy paste link entry korang ke ruangan komen di bawah BERSERTA alamat email masing-masing untuk saya contact sebagai pemenang nanti


4. Tarikh tutup penyertaan adalah pada bila-bila masa mengikut citarasa saya 😂