Review Novel Usikan Rindu By Qaira Qasidah| Hai korang sudah agak lama Cik Ash tak review pasal novel kan. Sebenarnya ni novel lama ambik mood kembali baca hahaha.
Pengalaman kali ke berapa baca novel ni tidak ingat setelah lama tinggal baca novel ni. Pengalaman baca novel Usikan Rindu By Qaira Qasidah ni dari jalan cerita sangat menarik perhatian pembaca. Selama 3 hari dapat habiskan baca novel ni.
Kisahnya bermula dimana konflik alam rumah tangga Syed Khalid yang status beristeri dua ni. Sebagai wanita siapa la mahu bermadu kan hahaha, Syed Khalid sudah lama menyintai Normala. Namun pinangannya ditolak kerana bapa tirinya Normala mahu mengahwinkan dia dengan seorang lelaki kaya dan tua di kampung mereka. Demi menyelamatkan maruah keluarga, Syed Khalid mengahwini Sharifah Junaidah. Perkahwinan itu tidak mampu memadamkan nama Normala dari jiwanya. Dia pun bertindak melarikan Normala lalu mengahwininya secara senyap-senyap. Perkahwinan keduanya direstui oleh keluarga kerana mereka tahu Syed Khalid berkahwin dengan Sharifah Junaidah semata-mata kerana sepupunya itu mengandung anak luar nikah hasil hubungan terlarang dengan lelaki lain.
Cerita ini bertambah konflik alam rumah tangga Syed Khalid apabila kematiannya beberapa tahun kemudian dan wasiatnya dibacakan. Keluarga Sharifah Junaidah terkejut dengan kehadiran Dayang Suhana dalam wasiat Syed Khalid. Siapakah Dayang Suhana? Kenapa la Syed Khalid mewasiatkan sebahagian besar share resort Cenderawasih kepada Dayang Suhana? Tambahan pulak Normala memberi kuasa yang penuhh kepada Dayang Suhana untuk mewakilinya di pejabat Syed Adam, anak sulung Syed Khalid yang angkuh.
Sekejap sahaja kisah berputiknya cinta antara Dayang Suhana dan Syed Adam apabila mereka terlibat menjadi mangsa penculik yang mencari wang dengan cara yang mudah. Permusuhan antara mereka menjadi sukar berkerjasama untuk melarikan diri. Namun mereka akhirnya akur dan terpaksa berkerjasama dalam belantara yang khabarnya ada manusia yang makan manusia. Seram bila dengan ada juga manusia macam dekat sabah.
Kisah lama kembali berulang dimana adiknya Sharifah Haslinda mejadi mangsa juga seperti mama Sharifah Junaidah sewaktu ketika dahulu, siapa sangka ada juga lelaki sebaik Aliff yang sanggup menerima dan mengahwini Sharifah Haslinda.
Apa yang terjadi antara Dayang Suhana dan Syed Adam kena la baca novelnya hahaha. Nak cerita semua macam tak syok pulak kan.
#cikashdotcom
#reviewnovelusikanrindu
#malaysiablogger
This post have 8 komentar
wah..rajin kin baca novel..:)
ReplyDia mari rajin ni hahaha
ReplyCuya dah bertahun lama tak baca novel cinta...
Replybaru2 ni ada baca novel thriller chicklit, tapi tk habis baca sebab bersiri
kita pulak dah penat balik kerja, mana nak belek.. hahhhaha
Akak pun dah lama tinggal baca novel cinta hahaha ni ambik dekat kg koleksinya tu start balik ni
Replyalaf 21..novel lama ni. mcm best je la plak
ReplyMA pun dah slow down dah bab novel ni...
Ha ah novel lama baca kembali setelah lama tersimpan dekat kampung
ReplyWah.. menarik konflik dia..
ReplyMemang konflik
Replyash.rie8506@gmail.com
EmoticonEmoticon