Thursday, October 12, 2023

author photo

 Review Novel Tuhan Lebih Tahu Karya Nora Ismail | Assalamualaikum... ni dah memang rajin sangat hahaha, novel kedua pulak Cik Ash baca, tak tahu kali berapa baca novel ni biasa la novel lama dah terbiar begitu kita ambil mood kembali baca hihihi. 


novel tuhan lebih tahu

Cik Ash start baca novel ni kalau tak silap pada 11 Sep aritu, semalam baru habis baca hahaha, lambat sikit nak tamat  baca ni, novel tu tebal 670 muka surat. 


Pengalaman Cik Ash baca novel ni, novel yang banyak mengisahkan tentang perasaan dan penuh emosi apabila membacanya. Ada bab yang nak marah, sedih menangis juga baca novel ni hahaha. 


Untuk permulaan cerita novel ni ada pengajaran yang perlu kita ambil perhatian  bab pengaulan antara lelaki dan perempuan. Walaupun kita baik mana antara lelaki dan perempuan seharusnya kita perlu ada batas. Jangan ada sentuhan, bertepuk-tampar dan selalu keluar dengan  bukan mahram. Seeloknya nak keluar dengan lelaki kena ada yang berteman dan di tempat yang terbuka supaya tidak menimbul fitnah. Untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.


Yang menyakitkan bab dimana Hazry telah tinggalkan Rina dalam keadaan begitu sahaja apabila dia telah memperkosa Rina dalam keadaan tidak sedar  di bawah pengaruh pil E. Di mana rasa tanggungjawab Hazry ketika itu? Hanya ucapan maaf je dimana rasa tanggungjawab Hazry ketika tu. 


Nasib baik ada insan bernama Arey yang baik hati sudi menjadikan Rina sebagai isteri, berkorban menutup aib Rina sehingga kelahiran Ikhzal, dibenci oleh mak sehingga dihalau dari kampung bertahun-tahun. 


Bertahun-tahun Rina cuba ingin melupakan perkara hitam ni tetiba kemunculan Hazry meggugat kembali ketenangan Rina. Kehadiran Hazry yang mula merindui Rina membuatkan kecemburui Arey. Adakah rahsia lama Rina akan terbongkar. Nak tahu kesudahannya sila baca novelnya hihihi. 

This post have 0 komentar

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post