Monday, September 11, 2023

Cucur Ikan Bilis Tanpa Tepung Gandum

 Cucur Ikan Bilis Tanpa Tepung Gandum | Assalamualaikum... Hai korang, hari ini Cik Ash nak berkongsi pertama kali cuba buat cucur tidak menggunakan tepung gandum. Sejak perut alahan dengan tepung gandum teringin nak makan cucur ikan bilis gigih cuba buat cucur ni. Alhamdulilah menjadi sedap dimakan lembut dan rangup hihihi. 





Suami pun kata menjadi cucur ikan bilis kali ni tak ada keras macam batu hahaha, pernah cuba buat sebelum ni menggunakan tepung beras juga. 


Cucur Ikan Bilis Tanpa Tepung Gandum


Bahan-bahan

1 cup nasi sejuk

1 cup Tepung Beras

1 biji telur

Ikan Bilis

garam secukup rasa 

air sejuk 1/2 cup 

bawang besar

daun sup

daun bawang



Cara membuatnya :- 

1. Masukkan nasi sejuk, tepung beras, telur, ikan bilis dan garam secukup rasa dan air sejuk  lepas itu kisarkan hingga lumat.

2. Bila dan lumat masukkan bawang besar,daun bawang dan sup kacau hingga sebati.

3. Panaskan minyak boleh la digoreng hingga kekuningan cucur ikan bilis ni. 

4. Boleh dihidangkan dengan sos cili makan panas-panas sedap.


Lepas ni kalau terasa teringin nak makan cucur ikan bilis boleh cuba guna cara ni. Simpan dalam blog senang rujuk nanti hahaha, kalau simpan dalam handphone kadang tak ingat dah save tapi save lagi hahaha.

2 comments:

  1. menarik!! guna nasi sejuk ek... mmg patut simpan kt blog kan senang diri sendiri nk refer nnt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah guna nasi sejuk hihihi tu la simpan kat blog sendiri nak masak cari dekat blog hahaha senang ni kalau ss dalam HP xingat dah save banyak kali hahaha

      Delete

ash.rie8506@gmail.com