Baju Jubah Lama Buat Baju Pakaian Di Rumah | Assalamualaikum..Hai lama tak buat entri pasal diy dekat blog ni.. sebenarnya banyak baju kurung zaman Cik Ash kerja dulu yang jarang dah pakai bila dah jadi rutin harian surirumah kan, demi untuk memberikan keselesaan bila duduk di rumah ni, datang la idea nak olah baju jubah jadi baju dan seluar.
Senang bila buat baju dan seluar ni boleh pakai kat rumah dengan senang hati, pakai sepasang tu nampak lawa kan hahaha, baju jubah ni sebenarnya baju ni arwah kak Poh yang bagi dekat Cik Ash, lama sangat tersimpan bukan tak nak pakai tetapi baju tu besar sangat hahaha.
Bahagian baju Cik Ash ukur baju kurung Kedah yang Mok punya hahaha, seluar pula ikut seluar yang sedap pakai duduk kat rumah, kalau nak buat seluar pergi jalan-jalan kena cari pola, bab buat pola masih tak mahir lagi. Bahagian seluar tu tak cukup kain Cik Ash tambah kain lain kiranya bahagian sambungan tersimpan belah dalam tak nampak la sikit.
Happy bila tengok hasil kita jahit sendiri, salah satu hobi Cik Ash di masa lapang, selain layan cerita drama bersiri Korea, Thailand, Cina dan lain-lain.
Ok la itu jer nak kongsi pasal jahit baju pun hahaha, kita simpan memori dekat sini hasilnya kan.
This post have 4 komentar
Bestnya pandai menjahit baju.
ReplyBole buat bisnes
rajin sungguh kin nih..:)
ReplyHahaha nak jahit baju orang tu beranj lagi sebab masih belum mahir sepenuhnya lagi
ReplyHobi baru hahaha
Replyash.rie8506@gmail.com
EmoticonEmoticon