Monday, August 28, 2023

Crispy Potato Balls Yang Sedap

 Crispy Potato Balls Yang Sedap| Assalamualaikum, Hai, semalam Cik Ash cuba buat menu dari Potato tertengok Instagram ada buat berbola ubi kentang yang crispy tu. 


Crispy Potato Balls


Dalam resepi asal tu dia letak daun parsley, kebetulan dekat rumah ni tak ada pulak daun parsley tu Cik Ash gantikan dengan Mixed Herbs tu. 🤣 Jom la usha resepi dekat bawah ni. 


Bahan-bahan 

3 biji ubi kentang

1 sk garam

1sk serbuk paprika

2 Sb tepung jagung

2 sb minyak masak

Mixed Herbs 


Cara memasaknya :

1. Rebus ubi kentang hingga masak. Lenyekkan ubi sampai lumat, 

2. Masukkan garam, serbuk paprika, tepung jagung, minyak masak dan Mixed Herbs gaulkan hingga sebati.

3, Bulatkan doh ubi kentang tu kecil-kecil.

4. Panaskan minyak, bila minyak masak boleh la menggoreng berbola ubi kentang sehingga kekuningan.

5. Hidangkan panas-panas makan dengan sos. 


Alhamdulillah cubaan buat berbola Potato ni menjadi suami dan Mok mereka berdua kata sedap. Simpan sini resepi kalau ada masa rajin boleh rujuk sini. 

Sunday, August 27, 2023

Pertama Kali Makan Aiskrim Baskin Robbins

 Pertama Kali Makan Aiskrim Baskin Robbins | Assalamualaikum... Hai, korang semua apa khabar. hari ini throwback sikit pasal pertama kali makan aiskrim Baskin Robbin ni. Perasaan dia keterujaan nampak kedai aiskrim ni hahaha.


Baskin Robbins

Kebetulan hari pembukaan Baskin Robbin 5 hari lalu kami suami isteri keluar pergi pasar borong taman kenari nak cari bekalan lauk basah. Lepas balik cari suami Cik Ash singgah la dekat kedai barangan elekterik nak  tengok air fryer dekat sana. Sambil tunggu kedai elektrik tu buka jam 11 pagi. Kami tunggu dalam kereta depan kedai. 


Dalam tengah menunggu tu terasa nak terkencing, mujur kedai elektrik tu berdekatan dengan Giant, boleh la jalan kaki pergi melepas ajak hahaha, masa dalam perjalanan nak pergi Giant cari tandas tak perasan lagi kedai apa nampak baru permbukaan. Masa dalam perjalanan nak balik dekat kereta baru ternampak wow teruja sekejap hahaha, biasa la Cik Ash tak pernah lagi merasa aiskrim kayangan ni hahaha. 


Memang kebetulan sangat pada hari kejadian tu Kedai Aiskrim Baskin Robbin baru buat pembukaan dapat beli aiskrim promosi hahaha. Bab pemilihan perisa aiskrim Cik Ash serahkan pada suami hahaha.


Kalau tak silap Cik Ash masa tu suami pilih 2 jenis aiskrim double Regular Cup Perisa Coklat dan Mint makan yang rasa macam makan ubat gigi hahaha, manakala yang Single Kon perisa Jamica Almond yang ni sedap. Bab harga boleh tahan la juga hahaha. Nak makan selalu tak kut bila teringin jer la. 



Ok la korang itu je nak cerita pasal makan aiskrim baskin robbins pun nak kongsi dalam blog. 

Saturday, August 26, 2023

Drama Cina Firework Of My Heart

Drama Cina Firework Of My Heart | Assalamualaikum...Hai, hari ini ada kerajinan nak buat review Cdrama yang tengah trending dekat tiktok baru-baru. Cik Ash tak terlepas peluang tengok cdrama ni dekat viu hahaha, memang best drama ni. Kisah percintaan bomba dan doktor hihihi. 


firework

Drama Firework Of My Heart adalah drama Cina yang membawakan watak-watak yang sangat rancak dan latar belaknag yang kuat, dari segi plot perceritaan bidang masing-masing menjalankan tugas.


Info Drama 


Tajuk : Firework Of My Heart 

Episod : 40 

Tarikh Tayangan : 5 Julai 2023

Genre : Aksi, Romantik, Perubatan

Negara : China 

Tonton Di : Viu , IQiyi dan Viki


Sinopsis Firework Of My Heart 


Firework Of My Heart mengisahkan persahabatan antara Song Yan dan Xu Qin yang membesar bersama sejak kecil. Tetapi apabila mereka semakin dewasa, keluarga mereka mula melihat persahabatan mereka semakin akrab dan menghalangkan perhubungan antara Song Yan dan Xu Qin.


Setelah 10 tahun berpisah mereka bertemu semula di unit kecemasan ketika tu Song Yan cedera menjalankan tugas sebagai seorang anggota bomba manakala Xu Qin bertugas sebagai doktor di wad kecemasan. 


Walapun bidang pekerjaan mereka yang berbeza, matlamat mereka adalah sama dan hanya menunggu takdir campur tangan untuk menyatukan mereka kembali.


Song Yan jatuh cinta pada Xu Qin pada pandangan pertama ketika dia masih remaja. Xu Qin membalas cintanya tetapi tidak berani dan tidak cukup kuat menentang keluarganya. Dia meninggalkan Song Yan tetapi hatinya tidak pernah melupakan Song Yan.


Suatu ketika dahulu, kedua-dua mereka disatukan oleh kerja mereka, tetapi kedua-duanya tidak begitu gembira untuk disatukan. Banyak perkara yang perlu dilakukan oleh Xu Qin dan Song Yan jika mereka ingin mengubah hubungan baharu mereka menjadi sesuatu yang lebih. 


Mampukan hubungan mereka kembali berputik kembali, banyak halangan dan rintangan yang harus mereka berdua laluinya. 


#fireworkofmyheart

#dramacina

#trendingdrama

Friday, August 25, 2023

Pertama Kali Buat Vietnam Roll

 Pertama Kali Buat Vietnam Roll | Assalamualaikum, Hai, hari ini Cik Ash nak kongsi dengan korang satu menu yang pertama kali buat sendiri, selalunya kalau teringin nak makan beli yang dah siap tapi biasa suami Cik Ash kata tak puas makan hahaha, aduhai suami la yang kata gitu.




Aritu ada terjumpa kulit rice paper , beli siap-siap senang nak makan buat jer. Kebetulan pulak semua bahan-bahan ada maka terjadi Vietnam Roll tu.


Suami Cik Ash kata sedap boleh buat jual dah ni hahaha, ibu mentua Cik Ash pulak dia ingat beli bila kata Cik Ash buat terkejut dia, dapat pujian daripada ibu mentua hahaha.


Besar-besar bab gulung Vietnam roll biasa la pertama kali buat kan hahaha, sedap makan kenyang juga makan Vietnam ni. Cicah jer dengan sos pencicah Ummi tu. 


Ok la itu jer nak kongsi bila buat makanan yang viral ni perasan teruja tu lain macam hahaha. Nanti kalau ada mood rajin boleh buat lagi hihihi.