Monday, July 3, 2023

Resepi Telur Goreng Hancur Tomato

 Resepi Telur Goreng Hancur Tomato | Assalamualaikum....Hai, hampir pening Cik Ash nak masak apa kat rumah ni, entah tiba-tiba terasa nak cuba buat resepi masakan daripada Cina ni. Selalunya kalau masakan Cina seperti kurang menggunakan bawang kan. Jomla tengok dekat bawah ni resepinya.Ada ternampak dekat blog makanan. 



Bab kata suami Cik Ash nampak telur ni ringkas sangat, bila dah makan menu seperti telur hancur tomato ni tak makan lauk lain pun tak pe dah, boleh buat bertambah nasi juga ni. 


Resepi Telur Goreng Hancur Tomato


Bahan-bahan


2 biji telur 

1 biji tomato ( dipotong)

1 batang daun bawang (dihiris)

2 sudu besar  sos cili/tomato

sedikit serbuk lada sulah

sedikit air

sedikit garam - 

sedikit minyak - beli online disini


Cara Menyediakan : 

1. Kacau telur sehingga hancur kekuningan dan tambahkan sedikit serbuk lada sulah.

2. Panaskan minyak masak dan tumis daun bawang.

3. Masukkan potongan tomato dan sedikit air. Masak hingga tomato jadi lembik.

4. Masukkan 2 sudu sos cili @ sos tomato dan taburkan garam.

5. Gaul sebati. Tomato menjadi semakin lembik.

6. Ketepikan tomato di sisi kuali. Di bahagian ruang kosong tu, tuangkan sedikit minyak masak kemudian masukkan telur. Biarkan seketika sehingga telur masak. 

7. Kacau perlahan telur. Jangan terlalu hancur. 

8. Agak-agak telur dan masak boleh la gaulkan kesemuanya sehingga sebati. Akhir sekali taburkan hirisan daun bawang.

9. Siap boleh dihidangkan dengan nasi putih.


Ni cara Cik Ash buat kalau korang nak tengok resepi asal menu Telur Goreng Hancur Tomato ni boleh rujuk dekat SINI.


Ok la jumpa lagi nanti, kalau nak tengok koleksi masakan #dapurcikash boleh selongkar dalam blog ni macam-macam ada.


Baca juga : 

👉 Resepi Telur Goreng Oregano

👉 Telur Goreng Kicap Pedas

6 comments:

  1. sedap ni... sy selalu buat utk anak² bekal ke sekolah dgn nasi putih tp tanpa tomato lah sbb anak² x mkn tomato.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah sedap kan penambah jer Kut tomato ni

      Delete
  2. menarik.. boleh try sbb telur nie mmg sentiasa ada kat rumah...

    ReplyDelete
  3. Tak pernah lagi masak dengan tomato. Tapi pernha try dengan kacanng panjang. sedap

    ReplyDelete

ash.rie8506@gmail.com