Nasi Goreng Butter Yang Sedap | Assalamualaikum... Hai, hari ini nak kongsi koleksi masakan dekat blog ni, kalau ikut setiap hari Cik Ash masak dekat dirumah, pagi, petang, malam. Menu kadang tu biasa dan simple jer, biasa 3 orang kat rumah ni.
Menu nasi goreng butter ni Cik Ash buat pagi tadi, spontan nak buat biasa la bila tukang masak ni mesti idea last minute nak buat. Hahaha. Letak nama nasi goreng butter sebab guna butter menumis tu. Lauk pauk guna yang mana ada dekat dapur tu.
Resepi Nasi Goreng Butter
Nasi
2 sudu butter
1 biji kulit kayu manis
1 biji bunga lawang
2 biji bunga cengkih
2 biji buah pelaga
2 sudu besar bawang besar kisar
2 sudu besar bawang putih
3 ekor sotong
Ikan bilis
Kuin pati ayam
Pewarna kuning.
Cili kisar sedikit
Cara penyediaannya :
1. Nasi kalau guna yang semalaman bagi best, tapi Cik Ash sebab tak ada Cik Ash guna yang masak pagi tadi, siap masak kena sejukkan dulu nasi baru boleh goreng,
2. Masukkan butter tumis bawang besar, bawang putih, cili kisar dan 4 sekawan hingga naik bau.
3. Masukkan ikan bilis dan sotong tumis hingga masak.
4. Lepas tu masukkan kiub ayam kacau sebati semua bahan dan masukkan nasi kacaukan hingga sebati semua nasi sekata masak.
5. Siap boleh dihidang bersama ulam timun Jepun.
Ok la koramg itu jer nak kongsi masakan sarapan pagi tadi, terlebih rajin nak kongsi dekat blog hihihi.
tak pernah try nasi ngan butter... tp next time bole try buat la
ReplyDeleteCuba la buat hihihi
DeleteTentu sedap
ReplyDeletenok etek..:)
ReplyDeleteBetul tu
ReplyDelete