Lada Hijau Sumbat Isi Ayam |Assalamualaikum...Hai, dah lama nak cuba buat menu ala Korea ni. Sebelum ni pernah tengok food review Korea tu ada ternampak lada hijau sumbat goreng celup tepung. Cik Ash cuba guna bahan yang ada dekat rumah ni.
Selalu kita makan solok lada apa kata cuba solok lada style goreng pulak, percubaannya pertama kali pada 9 Julai aritu suami kata sedap hihihi.
Resepi Lada Hijau Sumbat Isi Ayam
Bahan-bahan
1 ketul Isi ayam
Lada hijau
Daun bawang
Carrot
Garam/ secukup rasa
Tepung bestari
Tepung beras
Cara penyediaannya :-
1. Kisar isi ayam dengan air sehingga ingga hancur.
2. Cincang daun bawang dan carrot.
3. Lepas tu masukkan dalam isi ayam sesuaikan rasa garam dan gaul hingga sebati.
4. Lepas belah lada ditengah bahagia buang biji basuh hingga bersih lepas tu sumbat la isi ayam sampai padat dekat lada tu.
5. Bila dah siap sumbat isi ayam sampai padat.
6. Tepung bestari dan tepung beras di bancuh dengan air agak-agak boleh celup lada tu.
7. Panas minyak dalam kuali, celupkan lada dalam bancuhan tepung dan goreng dengan api sederhana masak hingga kekuningan.
8. Siap dimasak makan dengan sos pencicah memang sedap.
Ok la itu jer resepi Lada Hijau sumbat isi ayam. nanti ada masa Cik Ash kongsi resepi lain pulak. Jumpa lagi.
org chinese biasa suka buat camni, lada hijau, merah, terung, lady finger
ReplyDeletemasak sup bersama wantan, fish ball, fuhh!! sedap
Sedap tu Ekin. Makan ratah best ni
ReplyDelete