Monday, July 10, 2023

author photo

 Aiskrim Wall's Bites Time Vanilla Toffee Caramel | Assalamualaikum... Hai, lama tak review makanan dekat blog ni biasa la bila mood dah malas nak review hahaha, ni ada kerajinan pulak nak review pasal aiskrim dikiranya baru la nak cuba, kalau ikut dah lama rasa aiskrim ni dah ada di pasaran. 


Aiskrim bites time

Biasa la jarang sangat nak makan aiskrim bila teringin lepas tu nampak blogger kongsi pasal aiskrim ni, tengok nampak macam sedap tu yang teringin nak cuba. Kebetulan masa tu singgah 99 Speedmart tengok ada aiskrim ni hihihi. Dalam satu paket aiskrim ni ada aiskrim bentuk cube seketul-ketul. Ada 4 ketul cube aiskrim sekali makan jer hahaha. 


Aiskrim Bites Time berbentuk kiub vanilla berkrim dan karamel yang disaluti dengan coklat susu yang penuh rasa kacang tanah yang rangup. Sedap bila ngap masuk dalam mulut, makan sekali macam tak cukup hahaha.


Tapi kalau nak makan selalu aiskrim ni memang tak la sebabnya manis sangat hahaha, setakat nak teringin nak makan tu ok la. Harga sepaket aiskrim ni kalau tak silap Cik Ash Rm3.70. 


Ok la itu jer nak kongsi review Aiskrim Wall's Bites Time Vanilla Toffee Caramel. Jumpa lagi nanti ya. 

This post have 12 komentar

avatar
Cuya delete July 10, 2023 at 9:15 PM

Kalau ad nnti Cuya pon nk try laaa

Reply
avatar
Kakmim delete July 11, 2023 at 10:04 AM

selalu nampak ni tp x rasa nk try sbb tgk toffee tu mst manis... hehehe

Reply
avatar
Fiza Aizzawa delete July 11, 2023 at 2:24 PM

Dah nampak mse kat kedai tp belum try lagi.. nk cubalah jugak

Reply
avatar
Rodiah Amir delete July 12, 2023 at 8:17 AM

Betul dia manis sangat. Tapi cute bentuk dia. Tapi manis sangat

Reply
avatar
Ana Jingga delete July 14, 2023 at 8:32 AM

amboi ekin, pagi pagi kak ana sampai sini dah dapat eskrim.. sedap nya.. sejuk la pagi ni huhu :)

Reply
avatar
Abam Kie delete July 14, 2023 at 11:03 AM

nanti nak beli dan rasa keenakannya! pasti sedap kan?

Reply
avatar
Cik Ash delete July 15, 2023 at 8:58 AM

Ni sebab ada blogger kongsi tu yg join rasa hahaha

Reply
avatar
Cik Ash delete July 15, 2023 at 8:59 AM

Hahaha sejukan tekak dipagi hari kak ana

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post