Saturday, July 22, 2023

Senarai Keputusan Pemenang Aungerah Bintang Popular Berita Harian 35

 Senarai Keputusan Pemenang Aungerah Bintang Popular Berita Harian 35 | Assalamualaikum setelah lama tak tengok anugerah ni semalam Cik Ash join tengok, kalau tak silap Cik Ash tengok anugerah ni last tahun 2017 hahaha, Yang paling tak sangka suami Cik Ash tak pernah langsung tengok anugerah ni terjoin sekali tengok sebab dia tengok kerana Bell katanya.


abpbh 35

Lintas lansung Anugerah Bintang Popular Berita Harian 35 di adakan di Panggung Sari, Istana Budaya dengan tema 'Ekspresi Legasi Seni'. Tema ni bermaksud memberi perkembangan industri kreatif sejak zaman kegemilangan Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramle dan Biduanita Negara, Allayarhamah Puan Sri Saloma, sehingga kepada bakat-bakat generasi terkini di era digital.  Rancangan ini turut disiarkan secara langsung melalui tonton tv,xtra tv, youtube tv3. 


Untuk konsert permulaan Cik Ash tak tengok tahu apa jadi, sebab masa tu keluar pergi kedai cari makanan hihihi. Semata-mata nak tengok anugerah malam kemuncak nak tengok fenomena Bell Ngasri dimana seluruh rakyat malaysia bersatu untuk buat undian dalam talian, Cik Ash salah seorang yang mengundi Bell Ngasri. Bagi Cik Ash Bell memang patut dapat anugerah ni, Cik Ash follow lakonan beliau dari zaman cerita Cili Padi lagi selama 37 tahun dalam industri tak pernah dapat anugerah macam ni. 


Jom kita tengok senarai keputusan pemenang anugerah bintang popular berita harian 35. Keputusan undian dari peminat-peminat yang mengundi artis yang mereka pemenang. Dah memang akan jangka malam tu mesti Bell Ngasri menang malam ni sebab fenemona luar biasa semua status media berpakat-pakat kongsi undi Bell Ngasri. 


Anugerah Bintang Paling Popular  35 - Bell Ngasri
BBNU Lelaki Popular - Amir Ahnaf 
BBNU Wanita Popular - Anna Jobling 
Tiktoker Popular - Sally Whoo
Penyanyi Lelaki Popular - Khai Bahar
Penyanyi Wanita Popular - Aina Abdul 
Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular - Dolla
Aktor Filem Popular - Beto Kusyairy 
Aktres Filem Popular - Sophia Albarakbah
Aktor TV Popular  - Merqeen
Aktres TV Popular - Anna Jobling 
Pengacara TV Popular - Elly Mazlein
Penyampai Radio Popular - Tyzo 
Artis Komedi Popular - Bell Ngasri
Couple TV Popular - Merqeen & Anna Jobling (Melur Untuk Firdaus)
Couple Filem Popular - Datuk Aaron Aziz &  Nadiya Nissa (Dekatnya Cinta)
Drama Popular - Melur Untuk Firdaus ( A-Ten Aliance)
Lagu Paling Boom Popular - Terus Hidup (Aina Abdul)
Contest Creator Popular - Alieff Irfan
Lawak Viral Popular - Syahmi Sazli, Hasif & Yoe Parey
Anugerah Ekpresi Legasi Seni ABPBH 35 - Yunaslis Zarai
Anugerah Khas Ekpresi Legasi Seni ABPBH 35 - Tan Sri Michelle Yeoh


Ok la itu Senarai keputusan pemenang Anugerah Bintang Popular 35, kebanyakkan yang Cik Ash teka dalam kategori ada betul. Puas hati buat undian artis yang kita nak menang.

Tuesday, July 18, 2023

Lada Hijau Sumbat Isi Ayam

 Lada Hijau Sumbat Isi Ayam |Assalamualaikum...Hai, dah lama nak cuba buat menu ala Korea ni. Sebelum ni pernah tengok food review Korea tu ada ternampak lada hijau sumbat goreng celup tepung. Cik Ash cuba guna bahan yang ada dekat rumah ni. 


lada hijau sumbat isi ayam

Selalu kita makan solok lada apa kata cuba solok lada style goreng pulak, percubaannya pertama kali pada 9 Julai aritu suami kata sedap hihihi. 


Resepi Lada Hijau Sumbat Isi Ayam

Bahan-bahan

1 ketul Isi ayam

Lada hijau

Daun bawang

Carrot

Garam/ secukup rasa

Tepung bestari

Tepung beras


Cara penyediaannya :- 

1. Kisar isi ayam dengan air sehingga ingga hancur.

2. Cincang daun bawang dan carrot.

3. Lepas tu masukkan dalam isi ayam sesuaikan rasa garam dan gaul hingga sebati.

4. Lepas belah lada ditengah bahagia buang biji basuh hingga bersih lepas tu sumbat la isi ayam sampai padat dekat lada tu. 

5. Bila dah siap sumbat isi ayam sampai padat.

6. Tepung bestari dan tepung beras di bancuh dengan air agak-agak boleh celup lada tu.

7. Panas minyak dalam kuali, celupkan lada dalam bancuhan tepung dan goreng dengan api sederhana masak hingga kekuningan.

8. Siap dimasak makan dengan sos pencicah memang sedap.


Ok la itu jer resepi Lada Hijau sumbat isi ayam. nanti ada masa Cik Ash kongsi resepi lain pulak. Jumpa lagi.

Saturday, July 15, 2023

Nasi Goreng Butter Yang Sedap

 Nasi Goreng Butter Yang Sedap  | Assalamualaikum... Hai, hari ini nak kongsi koleksi masakan dekat blog  ni, kalau ikut setiap hari Cik Ash masak dekat dirumah, pagi, petang, malam. Menu kadang tu biasa dan simple jer, biasa 3 orang kat rumah ni.


Nasi goreng butter


Menu nasi goreng butter ni Cik Ash buat pagi tadi, spontan nak buat biasa la bila tukang masak ni mesti idea last minute nak buat. Hahaha. Letak nama nasi goreng butter sebab guna butter menumis tu. Lauk pauk guna yang mana ada dekat dapur tu.


Resepi Nasi Goreng Butter

Nasi 

2 sudu butter

1 biji kulit kayu manis

1 biji bunga lawang

2 biji bunga cengkih 

2 biji buah pelaga

2 sudu besar bawang besar kisar

2 sudu besar bawang putih

3 ekor sotong

Ikan bilis 

Kuin pati ayam

Pewarna kuning.

Cili kisar sedikit


Cara penyediaannya : 

1. Nasi kalau guna yang semalaman bagi best, tapi Cik Ash sebab tak ada Cik Ash guna yang masak pagi tadi, siap masak kena sejukkan dulu nasi baru boleh goreng,

2. Masukkan butter tumis bawang besar, bawang putih, cili kisar  dan 4 sekawan hingga naik bau. 

3. Masukkan ikan bilis dan sotong tumis hingga masak. 

4. Lepas tu masukkan kiub ayam kacau sebati semua bahan dan masukkan nasi kacaukan hingga sebati semua nasi sekata masak. 

5. Siap boleh dihidang bersama ulam timun Jepun. 


Ok la koramg itu jer nak kongsi masakan sarapan pagi tadi, terlebih rajin nak kongsi dekat blog hihihi. 

Monday, July 10, 2023

Aiskrim Wall's Bites Time Vanilla Toffee Caramel

 Aiskrim Wall's Bites Time Vanilla Toffee Caramel | Assalamualaikum... Hai, lama tak review makanan dekat blog ni biasa la bila mood dah malas nak review hahaha, ni ada kerajinan pulak nak review pasal aiskrim dikiranya baru la nak cuba, kalau ikut dah lama rasa aiskrim ni dah ada di pasaran. 


Aiskrim bites time

Biasa la jarang sangat nak makan aiskrim bila teringin lepas tu nampak blogger kongsi pasal aiskrim ni, tengok nampak macam sedap tu yang teringin nak cuba. Kebetulan masa tu singgah 99 Speedmart tengok ada aiskrim ni hihihi. Dalam satu paket aiskrim ni ada aiskrim bentuk cube seketul-ketul. Ada 4 ketul cube aiskrim sekali makan jer hahaha. 


Aiskrim Bites Time berbentuk kiub vanilla berkrim dan karamel yang disaluti dengan coklat susu yang penuh rasa kacang tanah yang rangup. Sedap bila ngap masuk dalam mulut, makan sekali macam tak cukup hahaha.


Tapi kalau nak makan selalu aiskrim ni memang tak la sebabnya manis sangat hahaha, setakat nak teringin nak makan tu ok la. Harga sepaket aiskrim ni kalau tak silap Cik Ash Rm3.70. 


Ok la itu jer nak kongsi review Aiskrim Wall's Bites Time Vanilla Toffee Caramel. Jumpa lagi nanti ya. 

Monday, July 3, 2023

Resepi Telur Goreng Hancur Tomato

 Resepi Telur Goreng Hancur Tomato | Assalamualaikum....Hai, hampir pening Cik Ash nak masak apa kat rumah ni, entah tiba-tiba terasa nak cuba buat resepi masakan daripada Cina ni. Selalunya kalau masakan Cina seperti kurang menggunakan bawang kan. Jomla tengok dekat bawah ni resepinya.Ada ternampak dekat blog makanan. 



Bab kata suami Cik Ash nampak telur ni ringkas sangat, bila dah makan menu seperti telur hancur tomato ni tak makan lauk lain pun tak pe dah, boleh buat bertambah nasi juga ni. 


Resepi Telur Goreng Hancur Tomato


Bahan-bahan


2 biji telur 

1 biji tomato ( dipotong)

1 batang daun bawang (dihiris)

2 sudu besar  sos cili/tomato

sedikit serbuk lada sulah

sedikit air

sedikit garam - 

sedikit minyak - beli online disini


Cara Menyediakan : 

1. Kacau telur sehingga hancur kekuningan dan tambahkan sedikit serbuk lada sulah.

2. Panaskan minyak masak dan tumis daun bawang.

3. Masukkan potongan tomato dan sedikit air. Masak hingga tomato jadi lembik.

4. Masukkan 2 sudu sos cili @ sos tomato dan taburkan garam.

5. Gaul sebati. Tomato menjadi semakin lembik.

6. Ketepikan tomato di sisi kuali. Di bahagian ruang kosong tu, tuangkan sedikit minyak masak kemudian masukkan telur. Biarkan seketika sehingga telur masak. 

7. Kacau perlahan telur. Jangan terlalu hancur. 

8. Agak-agak telur dan masak boleh la gaulkan kesemuanya sehingga sebati. Akhir sekali taburkan hirisan daun bawang.

9. Siap boleh dihidangkan dengan nasi putih.


Ni cara Cik Ash buat kalau korang nak tengok resepi asal menu Telur Goreng Hancur Tomato ni boleh rujuk dekat SINI.


Ok la jumpa lagi nanti, kalau nak tengok koleksi masakan #dapurcikash boleh selongkar dalam blog ni macam-macam ada.


Baca juga : 

👉 Resepi Telur Goreng Oregano

👉 Telur Goreng Kicap Pedas

Sunday, July 2, 2023

Butang Komen Blog Problem

 Butang Komen Blog Problem | Assalamualaikum... Hai, Dalam minggu lepas kalau tak silap Cik Ash la , blog Cik Ash ada problem tak boleh nak komen bila masuk guna handphone, Tak bpleh login guna account Google, dah ikut cara Google suruh clear browser ni masih sama juga terjadi. 


Butang Komen blog Problem


Bila mood kita nak mengomen blog ada jer masalah kan, nak komen guna laptop malas guna handphone ni senang hahaha. Mood rajin update blog pun dah ada sikit-sikit ni. 


Dah habis cara tak tahu dah nak buat macam mana Cik Ash apa lagi cuba la tanya blogger Shahada Fauzi. Beliau ajar cara lebih kurang macam tu tapi tak jadi juga last sekali dia    suruh check setting Google dekat phone. Cik Ash cuba la buat Alhamdulillah akhirnya selesai masalah komen blog yang problem. Terima kasih Sha. 


Jom la kita bom blog cerita kisah raya korban hihihi, tengah rajin nak jalan-jalan blogwalking blog ni. Salam Aidiladha buat semua rakan blogger , Jemput la baca entri kisah Raya Haji