Selamat Hari Raya Aidiladha 1444H | Assalamualaikum... Hai terlebih dahulu Cik Ash ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat readers blog Cik Ash ni, Alhamdulilah sempat juga berpuasa sunat arafah bersama suami dan ibu mentua. Menu berbuka puasa hari tu Ayam percik suami request nak makan. Raya haji tahun ni raya di Kedah biasa la bila raya haji ni suami Cik Ash tak cuti banyak raya kedua dah kerja dah. Raya puasa baru ni Cik Ash sempat beraya di Kelantan.
Raya haji paling simple tak ada buat apa-apa aktiviti pun, malam raya tu sempat la masak rebus nasi impit dan buat rendang ayam, itu pun menu last minute suami request hahaha, tanya banyak kali nak makan apa tapi jawapannya tak tahu, nasib baik barang-barang semua ada.
Pagi raya tu kami makan nasi impit dan rendang ayam jer, lepas siap dah makan kami suami isteri lepak-lepak tengok cerita dekat laptop ni dan pakai jer baju duduk rumah hahaha, buat menu last minute tak sangka pulak kakak ipar sekeluarga datang raya kat rumah sediakan juga menu juadah tu mujur la cukup untuk mereka sekeluarga. Menu paling simple.Sebelah petang pulak suami ajak pergi beraya rumah kakak ipar sulung buat nasi dagang dan gulai ikan tongkol, kakak ipar kedua pulak jamu menu lemang dan gulai daging.
Ok la cerita raya haji paling ringkas pada tahun ni, Selamat Hari Raya Aidiladha. Jumpa lagi nanti kalau ada masa terluang.
Salam aidiladha 1444 H
ReplyDeleteselamat hari raya kin!
ReplyDeleteSelamat hari raya
ReplyDeletesalam aidiladha kin
ReplyDeletesalam aidil adha. menu simple pun ok asal bersama keluarga
ReplyDelete