Percubaan Buat Tauhu Bergedil | Assalamualaikum...Hai korang, lama tak update blog ni, kesian dekat blog kesunyian dengan entri baru hihihi, hari ini terlebih rajin nak kongsi percubaan buat tauhu bergedil. Biasa la bila suami Cik Ash la dia teringin nak makan tu yang gigih buatkan untuk dia.
Sebenarnya bukan susah pun nak buat tauhu bergedil ni, ada bahan-bahan yang lengkap terjadi tauhu bergedil ni. cara buat pun Cik Ash tengok dekat google jer. Nak buat tauhu bergedil ni, kena sesuaikan rasa dalam intinya tu dan disertakan sambal kicap pulak mesti terangkat bila makan tauhu bergedil ni.
Memang berbaloi buat tauhu bergedil ni suami Cik Ash makan semua hahaha, beli tauhu yang kering dalam 12 biji harga RM5 sebungkus, boleh buat 2 kali. Jom la tengok bahan-bahan dan cara penyediaan kat bawah ni.
Bahan-bahan
5 biji tauhu kering - beli online disini
1/2 biji besar
daging kisar
3 biji ubi kentang
sedikit daun sup
sedikit daun bawang
Lada sulah
garam
serbuk perasa - beli online disini
bawang goreng
1 biji telur
Cara penyediaanya :-
1. Mula kita kena gunting permukaan atas tauhu kering dan keluarkan isinya. Asingkan dulu isi dan tauhu kering.
2. Hiris nipis ubi kentang dan di goreng dalam minyak panas. Toskan. Lepas tu tumbuk ubi kentang sehingga lumat.
3. Kemudian tumiskan bawang holland dan bawang putih hingga kekuningan lepas tu masukkan daging kisar, garam dan serbuk perasa.
4. Masak sehingga daging kisar empuk dan toskan.
5. Satukan ubi kentang dan daging kisar yang dah goreng tadi. Masukkan daun sup, daun bawang, bawang goreng, secukup rasa dan lada sulah digaul sehingga sebati.
6. Lepas tu sumbat inti ke dalam tauhu kering,sumbat sampai gemuk baru puas hati nak makan nanti.
7. Lepas tu celupkan tauhu ke dalam telur.
8. Panaskan minyak dan goreng tauhu sampai kekuningan.
9. Angkat dan toskan minyak tauhu begedil siap boleh dihidang dengan sambal kicap.
Bahan-bahan Sambal Kicap
4 biji Cili padi
1 cili merah besar
3 ulas bawang putih
Kicap tu agak-agak dalam 3 sudu besar
Gula merah
bawang goreng
air
cara penyediaan :-
1. Goreng sekejap cili padi,cili merah dan bawang putih.
2. Kisar kesemua bahan yang di goreng tu, masukkan kicap, gula merah, bawang goreng dan air.
3. Lepas tu tumis dalam kuali. Siap.
Itu cara Cik Ash selamat memcuba resepi ni. Nak tengok koleksi resepi lain boleh rujuk di DapurCikAsh .
Kira menjadilah
ReplyDeleteTentu sedap sampai habis dia makan
Cuya penggemr tahu bergedil...tapi malas nk buat, jadi kita order je..kekekke
ReplyDeletesedap kalau kena dengan sambal kicap
ReplyDeleteWarisan Petani : alhamdulilah menjadi buat.
ReplyDeleteCuya : pernah beli tapi xkena dengan citarasa
Fiza Aizzawa : ha ah betul tu fiza