Sunday, June 18, 2023

Ayam Goreng Kunyit Style DapurCikAsh

 Ayam Goreng Kunyit Style DapurCikAsh | Assalamualaikum... Hai korang, hari ini Cik Ash nak kongsi ayam goreng kunyit cara Cik Ash buat. senang dan simple jer nak masaknya. Jom la tengok bahan-bahan dan cara membuatnya di bawah ni. 


ayam goreng kunyit

Bahan-bahan 

Oleh : Cik Ash 


Isi Ayam

garam kunyit ( nak tahu cara buat garam kunyit boleh rujuk SINI ) 

serbuk rempah ayam goreng (rempah kelantan) 

serbuk perasa

tepung jagung

bawang holland

lada benggala

daun kari

carrot


Cara penyediaanya : 

1. Potong isi ayam menjadi kiub kecil. Gaulkan dengan garam kunyit, serbuk rempah ayam goreng, serbuk perasa dan tepung jagung. Perap seketika.

2. Panaskan minyak dan goreng isi ayam di atas api yang besar. Goreng ayam separuh garing dan angkat ayam dan toskan.

3. Lepas tu dalam minyak masak yang sama tumis bawang holland, daun kari, lada benggala, carrot, dan sedikit serbuk kunyit, lepas tu korang balikkan tumisan tu dan lepas tu korang masukkan ayam kacau sehingga sebati.

4. Dah siap boleh dihidangkan dengan nasi panas dengan sambal.


Memang sedap ayam goreng kunyit dah macam dekat kedai suami Cik Ash makan nasi bertambah-tambah tau. Selamat memcuba resepi ni. Nak tengok koleksi masakan yang lain boleh la usha dekat dapurcikash

6 comments:

  1. Sedap ni ayam goreng kunyit makan dengan nasi panas!
    Dapat minyaknya sikit gaul dengan nasi pun dah sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu sedap makan dengan nasi panas makan pun bertambah nanti

      Delete
  2. wah.... ayam kunyit ni makan panas2 lagi umph kan... hahha bole try nnt ni

    ReplyDelete

ash.rie8506@gmail.com