Suasana Hari Raya Aidilfitri 2023 | Assalamualaikum... Hai, terlebih dahulu Cik Ash ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat rakan-rakan blogger yang mengenali blog ni. Alhamdulillah dapat menunaikan ibadat puasa dan menyambut hari raya pada tahun ni. Tahun ni Cik Ash beraya di Kelantan. Memang setiap kali raya puasa mesti balik Kelantan. Masa tu peluang dapat balik lama, tu pun tak puas lagi balik kampung sebab banyak kedai hari raya pertama dan kedua masih tutup sebab raya ketiga kami dah balik Kedah dah.
Tahun lepas kita beraya kelam kabut tahun ni kita berteka-teki raya bila, ada kata 21 April 2023 dan ada kata 22hbln, disebabkan tak tahu bila raya Cik Ash balik awal pada 20 April 2023 tu, Alhamdulilah Cik Ash dipermudahkan urusan hari balik tu ada urusan yang perlu selesaikan dulu baru bertolak balik Kelantan, kebetulan minggu nak raya suami kerja shift malam, pagi esok pukul 5.30pagi baru balik rumah, bagi suami tidur dulu lepas tu bangun pukul 9.30 pagi hantar kucing dekat tempat hostel kucing dan mok mentua dekat rumah kak ipar. Tahun ni raya kami balik berdua selalu bertiga terasa la janggal la sedikit. Selesai semua urusan tu pukul 12.00 tengahari baru kami memulakan perjalanan balik ke Kelantan. Perjalanan kami suami isteri dipermudahkan tak ada kesesakan lalulintas, kami sampai di Kelantan dekat nak berbuka puasa dan berhenti depan masjid Chekok untuk berbuka makan dan minum. Memang dah sedia bekal karipap, biskut dan air teh o panas letak dalam tumbler air masih suam-suam lagi. Lepas dah siap berbuka tu kami bertolak nak ke rumah family dekat dah rumah tu tapi dah azan kan kena la berhenti juga.
Semasa sampai rumah family Cik Ash dapat kejutan dari sana, tertiba nampak ramai saudara mara sebelah ma berbuka puasa, yang paling Cik Ash terkejut adik bongsu Cik Ash ada sekali, ingat ke dia tak jadi balik hahaha, memang masa sampai muka ni terkejut sangat, sebab selalu balik tak ramai macam ni. Malam tu baru tahu kita raya bila perisytiharan hari raya jatuh pada hari Sabtu 22 April 2023. Esok tu masih berpuasa, dapat juga bersahur dan berbuka puasa dekat kampung tahun ni, sebelum ni pernah bagitahu suami teringin nak bersahur dan berbuka bersama aboh dan ma. Lauk bersahur tu ma goreng telur dadar dan Cik Ash buat sayur kubis + sawi goreng.
Hari last puasa tu sebelah pagi sempat juga kami suami isteri ke Pasar Siti Khadijah beli barang-barang yang tak ada dekat kedah ni, beli keropok sira, getah buah rotan, kerepek sagu, batang buruk, kerepek bawang rangup, awas rempah-rempah. Ladu dan sempat singgah kedai Huzaifah Bakery ada buat jualan biskut raya, memang masuk kedai biskut tu pening nak pilih biskut, kedai itu ada buat promosi hari raya 8 bekas RM100. Boleh la harga dapat murah dalam tu ada 32pcs. Biskut pun sedap dimakan bagi dekat ma 4 bekas habis licin saudara mara mari beraya.
Menu berbuka last puasa |
Untuk lauk berbuka pulak Cik Ash beli lauk pauk dan kuih-muih di Bazar Ramadan Stadium Muhammad IV. Setahun sekali dapat merasa pergi Bazar Ramadan kat Kelantan hahaha macam-macam nak makan. Ada perkara yang tak dapat dielakkan masa berbuka tu Cik Ash teringin nak minum air balang durian musang king, lepas minum jadi pening kepala, rasa nak muntah campur dengan kepanasan sampai tertidur tak khabar apa suami kejut dekat jam 10 malam dah, bangun tu terus ke dapur tengok adik Cik Ash tengah buat roti jala dan kuah gulai ayam. Tunggu adik Cik Ash buat semua menu roti jala tu dalam 2 pagi baru la Cik Ash start buat lauk ayam masak merah dan nasi minyak siap dalam 4.30 pagi gitu, siap semua kerja Cik Ash masuk tidur. Sedar pukul 7.30 pagi suami kejut dia nak pergi sembahyang raya. Kalut -kalut bangun nak gosok baju raya dia, dengan tak mandi lagi. Lepas tu ma ada pesan suruh panaskan lauk-pauk dan nasi pulak tak berapa nak masak elok terus terfikir cara Mok mentua selalu ajar buat Alhamdulillah 3 kali buat cara tu nasi masak sekata. Biasa la pertama kali masak nasi banyak nak agak-agak air tak berapa pandai sebab ma guna beras Siam ni air kena lebih. Sibuk dengan layan saudara mara Aboh dan ma datang sampai tak sempat nak bergambar pakai baju raya pertama 🤣. Tema baju raya tahun ni warna navy blue. Paling mencabar hari raya tahun ni dengan cuaca begitu panas, sampaikan air sinki dapur rumah dekat kampung boleh panas dah macam air panas Coway tu siap boleh buat air dah.
Raya tahun ni abang sulung dan kedua Cik Ash tak dapat balik kerana kedua-dua kena kerja, adik lelaki Cik Ash pulak giliran raya rumah mentua tahun ni. Selalu setiap kali raya mesti kakak Cik Ash ada sekali, tapi tahun ni tak ada kehadiran dia rindu arwah kak Poh kalau raya selalu menu masakan untuk raya arwah la yang rajin buat, tahun ni Cik Ash jadi tukang masak selalunya kita yang tolong.
Raya pertama sebelah pagi sempat pergi beraya rumah mak saudara suami Cik Ash, lepas tu balik semula rumah ma, sebab aboh dah pesan Cik Ash kena ada tolong ma layan tertamu huhuhu, bila aboh kata gitu Cik Ash ikut kan jer la, tunggu la saudara mara yang mai beraya kat rumah ni, sampai plan nak beraya rumah saudara mara lain teepaksa kena batalkan.
Raya kedua pulak kami pergi rumah ayah sim sambil beraya dan ada buat majlis kenduri bertunang sepupu Farah, dekat situ duduk lama juga majlis plan asal katanya pukul 11 pagi mungkin disebabkan jalan jem Kut selepas zohor baru sampai rombongan tunang Farah. Alhamdulillah selesai juga majlis. Penat punya pasal kami balik terus ke rumah kalau ikut plan banyak nak pergi jalan-jalan tapi letih dan campur cuaca panas ada rancang nak pergi jalan-jalan kami balik rehat petang tu baru keluar pergi jalan-jalan tapi biasa hari raya kedua ni banyak kedai makan tutup , pusing -pusing akhirnya jumpa juga kedai makan dekat Sri Tanjung Masakan Panas. Kami suami isteri berhenti makan dekat situ.
Raya ketiga kami suami isteri bertolak balik ke Kedah lebih kurang jam 10.00 pagi, bangun pagi tu sempat la masak nasi goreng dan air teh o panas. Singgah rumah mak saudara suami ambik barang dia kirim dekat mok, kalau balik kedah memang tak akan tinggal tempat kedai keropok laluan nak balik dari Jeli tu Aneka Keropok. Kami borong keropok dekat situ dulu, sampai dekat kedah lebih kurang jam 6.30petang berhenti dekat stesen minyak isi minyak. Sebelah malam pulak pergi beraya rumah kak ipar sambil-sambil ambil mak mentua. Keesokannya pulak Cik Ash pergi ambik kucing dekat hostel kucing. Hari yang sibuk di raya pun dah habis kembali rutin harian sebagai surirumah tangga ya.
Ok la korang itu jer cerita Suasana Hari Raya Aidilfitri Cik Ash di Kelantan pada tahun ni, panjang sangat berceloteh ni, simpan kenangan dekat blog, ada masa akan datang boleh baca lagi hihihi. Selamat Hari Raya Aidilfitri semua rakan-rakan yang singgah baca dekat blog ni. Jumpa lagi nanti kalau rajin ada entri baru dekat blog ni.
Baca Juga :
👉 Suasana Hari Raya Aidilfitri Di Kelantan -Last Berbuka puasa dengan arwah kak poh.
This post have 11 komentar
suka betul air teh o panas ye...
ReplyHihi air teh o panas paling senang hahaha
Replypanjang cerita raya dia..hihi..selamat hari raya kin..:)
ReplyBila tinggal merantau ni, memang gitu la kisah raya nya. Kena plan belaka. Kalau tak plan, payah nak jumpa ramai lagi yg kita nak jumpa. Sebab masa terhad. Kan kin?
ReplyTu la panjang la bercerita selamat hari cik bor
ReplyHa ah betul Sha masa terhad,
ReplyBaca je pun dah meriah suasana raya.. selamat hari raya cik ash.. sy follow ye
Replyselamat hari raya cik ash hahaha walau bebrapa hari je lagi nak abis raya kan...
ReplySelamat hari raya
ReplyTerima kasih baca kisah raya kita
ReplyHahaha kan
Replyash.rie8506@gmail.com
EmoticonEmoticon