Suasana Hari Raya Aidilfitri 2023 | Assalamualaikum... Hai, terlebih dahulu Cik Ash ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat rakan-rakan blogger yang mengenali blog ni. Alhamdulillah dapat menunaikan ibadat puasa dan menyambut hari raya pada tahun ni. Tahun ni Cik Ash beraya di Kelantan. Memang setiap kali raya puasa mesti balik Kelantan. Masa tu peluang dapat balik lama, tu pun tak puas lagi balik kampung sebab banyak kedai hari raya pertama dan kedua masih tutup sebab raya ketiga kami dah balik Kedah dah.
Tahun lepas kita beraya kelam kabut tahun ni kita berteka-teki raya bila, ada kata 21 April 2023 dan ada kata 22hbln, disebabkan tak tahu bila raya Cik Ash balik awal pada 20 April 2023 tu, Alhamdulilah Cik Ash dipermudahkan urusan hari balik tu ada urusan yang perlu selesaikan dulu baru bertolak balik Kelantan, kebetulan minggu nak raya suami kerja shift malam, pagi esok pukul 5.30pagi baru balik rumah, bagi suami tidur dulu lepas tu bangun pukul 9.30 pagi hantar kucing dekat tempat hostel kucing dan mok mentua dekat rumah kak ipar. Tahun ni raya kami balik berdua selalu bertiga terasa la janggal la sedikit. Selesai semua urusan tu pukul 12.00 tengahari baru kami memulakan perjalanan balik ke Kelantan. Perjalanan kami suami isteri dipermudahkan tak ada kesesakan lalulintas, kami sampai di Kelantan dekat nak berbuka puasa dan berhenti depan masjid Chekok untuk berbuka makan dan minum. Memang dah sedia bekal karipap, biskut dan air teh o panas letak dalam tumbler air masih suam-suam lagi. Lepas dah siap berbuka tu kami bertolak nak ke rumah family dekat dah rumah tu tapi dah azan kan kena la berhenti juga.
Semasa sampai rumah family Cik Ash dapat kejutan dari sana, tertiba nampak ramai saudara mara sebelah ma berbuka puasa, yang paling Cik Ash terkejut adik bongsu Cik Ash ada sekali, ingat ke dia tak jadi balik hahaha, memang masa sampai muka ni terkejut sangat, sebab selalu balik tak ramai macam ni. Malam tu baru tahu kita raya bila perisytiharan hari raya jatuh pada hari Sabtu 22 April 2023. Esok tu masih berpuasa, dapat juga bersahur dan berbuka puasa dekat kampung tahun ni, sebelum ni pernah bagitahu suami teringin nak bersahur dan berbuka bersama aboh dan ma. Lauk bersahur tu ma goreng telur dadar dan Cik Ash buat sayur kubis + sawi goreng.
Hari last puasa tu sebelah pagi sempat juga kami suami isteri ke Pasar Siti Khadijah beli barang-barang yang tak ada dekat kedah ni, beli keropok sira, getah buah rotan, kerepek sagu, batang buruk, kerepek bawang rangup, awas rempah-rempah. Ladu dan sempat singgah kedai Huzaifah Bakery ada buat jualan biskut raya, memang masuk kedai biskut tu pening nak pilih biskut, kedai itu ada buat promosi hari raya 8 bekas RM100. Boleh la harga dapat murah dalam tu ada 32pcs. Biskut pun sedap dimakan bagi dekat ma 4 bekas habis licin saudara mara mari beraya.
Menu berbuka last puasa
Untuk lauk berbuka pulak Cik Ash beli lauk pauk dan kuih-muih di Bazar Ramadan Stadium Muhammad IV. Setahun sekali dapat merasa pergi Bazar Ramadan kat Kelantan hahaha macam-macam nak makan. Ada perkara yang tak dapat dielakkan masa berbuka tu Cik Ash teringin nak minum air balang durian musang king, lepas minum jadi pening kepala, rasa nak muntah campur dengan kepanasan sampai tertidur tak khabar apa suami kejut dekat jam 10 malam dah, bangun tu terus ke dapur tengok adik Cik Ash tengah buat roti jala dan kuah gulai ayam. Tunggu adik Cik Ash buat semua menu roti jala tu dalam 2 pagi baru la Cik Ash start buat lauk ayam masak merah dan nasi minyak siap dalam 4.30 pagi gitu, siap semua kerja Cik Ash masuk tidur. Sedar pukul 7.30 pagi suami kejut dia nak pergi sembahyang raya. Kalut -kalut bangun nak gosok baju raya dia, dengan tak mandi lagi. Lepas tu ma ada pesan suruh panaskan lauk-pauk dan nasi pulak tak berapa nak masak elok terus terfikir cara Mok mentua selalu ajar buat Alhamdulillah 3 kali buat cara tu nasi masak sekata. Biasa la pertama kali masak nasi banyak nak agak-agak air tak berapa pandai sebab ma guna beras Siam ni air kena lebih. Sibuk dengan layan saudara mara Aboh dan ma datang sampai tak sempat nak bergambar pakai baju raya pertama 🤣. Tema baju raya tahun ni warna navy blue. Paling mencabar hari raya tahun ni dengan cuaca begitu panas, sampaikan air sinki dapur rumah dekat kampung boleh panas dah macam air panas Coway tu siap boleh buat air dah.
Raya tahun ni abang sulung dan kedua Cik Ash tak dapat balik kerana kedua-dua kena kerja, adik lelaki Cik Ash pulak giliran raya rumah mentua tahun ni. Selalu setiap kali raya mesti kakak Cik Ash ada sekali, tapi tahun ni tak ada kehadiran dia rindu arwah kak Poh kalau raya selalu menu masakan untuk raya arwah la yang rajin buat, tahun ni Cik Ash jadi tukang masak selalunya kita yang tolong.
Raya pertama sebelah pagi sempat pergi beraya rumah mak saudara suami Cik Ash, lepas tu balik semula rumah ma, sebab aboh dah pesan Cik Ash kena ada tolong ma layan tertamu huhuhu, bila aboh kata gitu Cik Ash ikut kan jer la, tunggu la saudara mara yang mai beraya kat rumah ni, sampai plan nak beraya rumah saudara mara lain teepaksa kena batalkan.
Raya kedua pulak kami pergi rumah ayah sim sambil beraya dan ada buat majlis kenduri bertunang sepupu Farah, dekat situ duduk lama juga majlis plan asal katanya pukul 11 pagi mungkin disebabkan jalan jem Kut selepas zohor baru sampai rombongan tunang Farah. Alhamdulillah selesai juga majlis. Penat punya pasal kami balik terus ke rumah kalau ikut plan banyak nak pergi jalan-jalan tapi letih dan campur cuaca panas ada rancang nak pergi jalan-jalan kami balik rehat petang tu baru keluar pergi jalan-jalan tapi biasa hari raya kedua ni banyak kedai makan tutup , pusing -pusing akhirnya jumpa juga kedai makan dekat Sri Tanjung Masakan Panas. Kami suami isteri berhenti makan dekat situ.
Raya ketiga kami suami isteri bertolak balik ke Kedah lebih kurang jam 10.00 pagi, bangun pagi tu sempat la masak nasi goreng dan air teh o panas. Singgah rumah mak saudara suami ambik barang dia kirim dekat mok, kalau balik kedah memang tak akan tinggal tempat kedai keropok laluan nak balik dari Jeli tu Aneka Keropok. Kami borong keropok dekat situ dulu, sampai dekat kedah lebih kurang jam 6.30petang berhenti dekat stesen minyak isi minyak. Sebelah malam pulak pergi beraya rumah kak ipar sambil-sambil ambil mak mentua. Keesokannya pulak Cik Ash pergi ambik kucing dekat hostel kucing. Hari yang sibuk di raya pun dah habis kembali rutin harian sebagai surirumah tangga ya.
Ok la korang itu jer cerita Suasana Hari Raya Aidilfitri Cik Ash di Kelantan pada tahun ni, panjang sangat berceloteh ni, simpan kenangan dekat blog, ada masa akan datang boleh baca lagi hihihi. Selamat Hari Raya Aidilfitri semua rakan-rakan yang singgah baca dekat blog ni. Jumpa lagi nanti kalau rajin ada entri baru dekat blog ni.
GIVEAWAY "RAYA GIFT by UYUM" 2023 | Assalamualaikum...lama tak aktif join giveway dekat blog ni, faktor usia la kut dah malas nak join hahaha, hari ini terajin buka blog ternampak ada giveaway dari rakan blogger.
Tanda support rakan blogger Cik Ash pun join memeriahkan giveaway ni. Syarat pun simple jer kena buat ayat untuk UYUM. Kalau korang nak join giveaway ni boleh klik banner di atas ya.
"Saya suka tengok Uyum kerana cute sangat ni petah bercakap nak pilih pemenang macam anak saaudara cik ash tengok sekali hihihi .........."
Drama Indonesia Adaptasi Novel Bidadari Bermata Bening| Assalamualaikum...Hai korang, hari ini Cik Ash ada kongsikan satu cerita yang best untuk ditonton di Viu. Drama Bidadari Bermata Bening ialah siri web Indonesia yang diterbitkan oleh Skytree Pictures yang ditayangkan pada 31 Mac 2023 di Viu berdasarkan novel Bidadari Bermata Bening oleh Habiburrahman El Shirazy. Siri ini diarahkan oleh Farid Dermawan.
Drama Bidadari Bermata Bening ini adalah siri Viu Original terbaru yang diadaptasi berdasarkan novel terlaris negara oleh salah seorang penulis terbesar dan terkenal di Indonesia iaitu Habiburahman El Shirazy. Beliau juga adalah pengarang beberapa novel terlaris Ayat-Ayat Cinta, Ketika Cinta Berjaya, Doa Di Atas Doa Cinta' dan Pesona Cleopatra Yang Memudar.
Drama bersiri Bidadari Bermata Bening akan menggambarkan kesabaran dan pergorbanan dua insan demi cinta sejati yang dibaluti iman. Selain mempunyai cerita yang membangkitkan, Drama Bidadari Bermata Bening juga lebih menarik untuk ditonton kerana dibintangi oleh selebriti muda berbakat Indonesia, iaitu Zoe Abbas Jackson dan Ari llham. Sebelum menontonnya di Viu, mari la baca sinopsis drama ini di bawah.
Sinopsis Drama Bidadari Bermata Bening
Drama ini mengisahkan tentang seorang remaja muda yang cantik yang terpaksa memilih cinta dalam hidupnya apabila tiga pelamar yang berbeza bersaing untuk mendapatkan hatinya. Ayna mula diperkenalkan dengan Gus Afif, dan pertemuan pertama itu mampu menggetarkan hati mereka berdua.
Namun, Ayna terpaksa berhadapan dengan dua lelaki lain yang turut datang meminangnya. Ayna mesti berhadapan dengan tiga lelaki yang berbeza personaliti dan latar belakang. Sudah tentu, ini adalah pilihan yang sangat sukar, memandangkan dia mesti bijak menerima lamaran salah seorang daripada tiga lelaki itu. Nampaknya Ayna sudah membuat pilihannya, tetapi kemudian dia harus terus berdoa untuk mengetahui yang mana pilihan yang tepat untuknya.
Pelakon Drama Bidadari Bermata Bening
Zoe Abbas Jackson sebagai Ayna
Ari Irham sebagai Gus Afif
Ikang Fauzi sebagai Kiai Sobron
Vladimir Rama
Teuku Ryan
Endhita
Indra Birowo
Olla Ramlan
Fatih Unru
Dimas Aditya
Boah Sartika
Drama ni juga dikenali sebagai nama A Beautiful Angel, Sebuah drama bersiri genre romantik, telah ditayangkan di Viu Original pada 31 Mac 2023. Drama ni mempunyai 12 Epiosde berdurasi selama 45 minit.Jangan terlepas menonton Bidadari Bermata Bening di Viu.
Tempah Jersey Sublimation Murah Di KedaiJersi.com,Penghantaran Seluruh Malaysia |Assalamualaikum ada tak di antara korang kat sini yang nak tempah jersey sublimation murah direct kilang? Kedai printing jersey direct kilang yang boleh buat macam-macam jenis printing baju dan jersey sublimation dengan harga murah, berkualiti serta boleh buat penghantaran ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak?
Saya nak kenalkan satu kedai printing ni yang ada tawarkan bermacam-macam servis printing baju dengan harga yang murah sebab diaorg ada kilang printing sendiri. Korang nak print baju apa je. Semua kedai ni boleh buat. Baju kelab, baju hari keluarga, jersey sublimation, uniform, baju korporat dan macam-macam lagi la.
Zaman sekarang ni memang dah jadi trend dan kemestian untuk tempah baju syarikat, baju kelab, baju persatuan, baju aktiviti sukan, baju konvoi, baju family day. Lagi-lagi kalau kelab persatuan dan syarikat. Memang wajib kena buat sebab ia adalah penjenamaan dan marketing untuk orang kenal kelab persatuan dan syarikat kita. Baru nampak satu keunikkan dan kelainan kat situ kan?
KedaiJersi.com Perkhidmatan Printing All In-House Production
KedaiJersi.com ni kalau korang nak tau, semua penghasilan jersey adalah All in-house production. Maksudnya semua pengeluaran dikawal sepenuhnya oleh syarikat terus dari kilang sendiri dan bukannya sub atau hantar ke kilang lain ya. Jadi kualiti printing pastinya terjamin dansipa pada masa yang ditetapkan.
Untuk pengetahuan korang semua, KedaiJersi.com ni dimiliki oleh Mafeya Sdn Bhd iaitu syarikar printing t-shirt yang berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang printing custom jersey, printing t-shirt, uniform & cenderahati korporat. Kalau nak tahu, mereka ni ada 3 kilang printing dan 1 kilang jahit pukal di Shah Alam, Selangor iaitu:
1.Kilang Printing T Shirt Silk Screen
Printing T-Shirt Silk Screen banyak digunakan oleh kedai printing baju. Biasanya kalau korang nak print baju rewang, family day, baju kelas, baju persatuan, baju kelab atau sebagainya boleh gunakan perkhidmatan ini sebab boleh dicetak dengan kuantiti yang banyak dan harganya juga lebih murah berbanding dengan teknik printing yang lain.
Banyak juga syarikat, kelab dan persatuan yang gunakan perkhidmatan printing Silk Screen ni untuk print baju kerana kosnya yang lebih murah. Korang yang nak buat baju Family Day atau baju syarikat tu boleh la guna printing jenis ni.
2. Kilang Custom Jersey Sublimation
Jersey sublimation ni memang tengah trending sekarang ni. Bukan setakat geng-geng motor je yang pakai, geng kereta, geng kelab dan persatuan pun ada yang pakai tau. Sebabnya boleh print full color & unlimited design.
Ramai yang pilih untuk print baju jenis ni sebab boleh dicetak dengan garfik yang tinggi hampir keseluruhan baju. Nak senang cerita, baju yang selalu geng-geng motor pakai time konvoi tu la jersey sublimation. Cantik kan baju-baju diaorang tu! Macam-macam design ada yang best, colorfull keseluruhan bahagian baju.
Baru nampak gempak dimata orang lain hehe. Yang tengok baju jersey kita pun akan rasa wow dan teruja. Baru la bertambah-tambah hensem dan cantik!
So, lepas ni kalau nak tempah baju aktiviti, baju kelab, baju persatuan, baju syarikat, baju family day dan tak payah pening-pening nak cari kilang yang boleh buat. Korang boleh tempah kat KedaiJersi.com je. Nak design jersey sublimation ready made atau custom pun dioarang buat tau. Dari design sampai la ke jahitan semuanya diaorang buat.
3. Printing Cenderahati Korporat
Selain printing t-shirt dan jersey sublimation, mereka juga ada tawarkan servis printing cenderahati korporat, medal dan trofi. Kalau korang ada buat pertandingan dan perlukan hadiah cenderahati seperti medal dan trofi boleh la gunakan perkhidmatan mereka ni. Nak buat barangan korporat untuk syarikat pun boleh macam lanyard, pen, beg, cawan dan macam-macam lagi la pun boleh.
Ha...Macam-macam kan perkhidmatan yang ditawarkan oleh KedaiJersi.com dan Mafeya Sdn Bhd ni. Semuanya ada dalam satu syarikat je! Kalau korang ada buat acara atau pertandingan, memang mudah kerja korang nak cari macam-macam perkhidmatan printing dan cenderahati. Tak perlu dah merata nak cari servis yang berbeza. Jimat masa!
4. Kilang Jahit atau Sulaman Berkomputer
Nak cari kilang jahit yang boleh jahit dengan kuantiti yang banyak atau secara pukal? Ha... Mereka juga ada tawarkan perkhidmatan tempahan menjahit Uniform, T-Shirt, Jubah, Blouse, Seluar, Tudung, Baju Melayu, Kurta dan pelbagai jenis pakaian secara ready made atau pun custom made dengan harga kilang. Butik-butik yang nak cari kilang jahit pukal untuk stok Ramadan dan Raya nanti boleh la dapatkan perkhidmatan dari mereka ni.
Selain daripada perkhidmatan menjahit, mereka juga ada buat perkhidmatan sulaman berkomputer atau embroidery ya. So korang tak perlu risau kalau tempah uniform & custom jersey kat sini, sebab company ni memang ada kilang jahit dan mesin printing sendiri. Harga kat sini korang faham-faham lah, mesti terlajak murah. Harga direct kilang kan!!!
6 Sebab Kenapa Korang Kena Print Jersey Sublimation Di KedaiJersi.com
Harga murah terus dari kilang (Jimat beribu-ribu duit korang)
Cepat siap dan berkualiti sebab kilang sendiri dan bukan sub kilang syarikat lain.
All in-house production. Memiliki kilang jahit, Kilang printing Silk Screen, Kilang Jersey Sublimation dan Kilang Sulaman Berkomputer sendiri. (Kualiti, harga & masa dikawal sepenuhnya oleh syarikat)
Khidmat nasihat percuma berkenaan tempahan (Mesra pelanggan)
Penghantaran ke Seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak
Dipercayai oleh banyak syarikat-syarikat swasta & Jabatan Kerajaan seperti Media Prima, KarangKraf, Ninja Van, UiTM, UNISEL, UMP, UIA, Sime Darby, Pos Malaysia, Maybank, KASTAM, Imigresen, MBSA, MPS dan banyak lagi.
Buat Duit Tambahan Jadi Ejen KedaiJersi.com
Berita baik untuk korang yang nak cari duit tambahan. Merekajuga ada buka pendaftaran ejen untuk usahawan serta individu yang nak buat duit tambahan dengan bisnes printing tshirt, printing baju & custom jersey. Latihan dan bimbingan akan diberikan sepenuhnya oleh syarikat.
Jadi, kalau korang berminat nak jadi ejen tu cepat-cepatlah daftar kat website mereka atau boleh hubungi nombor telefon yang ada kat website mereka.
Tawaran ejen ni terhad tau… Siapa cepat dia dapat. Inilah masanya peluang untuk korang buat duit tepi. Tak salah kalau kita mencuba mana tahu rezeki korang ada kat situ kan!
Buat Part-Time ejen printing ni mana tahu boleh cover korang punya bayaran bulanan bil utiliti, duit rumah dan duit kereta tanpa perlu usik duit gaji. Suri rumah pun boleh buat ya. Boleh tampung perbelanjaan isi rumah. Zaman sekarang ni kos hidup semakin meningkat. Harga barangan keperluan seperti sayur-sayuran, ayam, telur, minyak masak dan macam-macam lagi barangan naik harga. Kita kena cari alternatif lain untuk tingkatkan pendapatan kita.
Jika korang nak printing baju murah, nak custom Jersey sublimation murah, uniform atau cenderahati korporat harga kilang lepas ni, boleh lah terus hubungi mereka melalui laman-laman dibawah.