Donut Ball Tepung Beras | Assalamualaikum...Hai korang semua,lama tak kongsi masakan dekat blog ni, mesti ada yang rindu koleksi #dapurcikash kan, biasa la mood dah kelaut untuk menulis blog begini jadinya ya. Cik Ash ada nak kongsi makanan yang Cik Ash cuba buat hahaha, ni gara-gara tertengok cerita korea la ada donut daripada tepung pulut. Guna jer resepi donut cuma tukar kepada tepung pulut.
Cik Ash buat Donut Ball ni pada hari 11 Februari 2023 terlebih rajin kan nak buat tambah terasa nak makan, percubaan buat suami dan ibu mentua kata sedap macam makan tepung gombak hahaha, simpan sini hasil buat donut ball dekat blog mana tahu boleh rujuk bila nak cuba buat nanti.
Resepi Donut Ball Tepung Beras
Bahan-Bahan
1 Cup Tepung Beras
1 sudu kecil Yis
2 sudu makan majerin
2 sudu makan serbuk penaik
1 sudu kecil garam
1 sudu makan gula
air
Cara Membuatnya :-
1. Masukkan semua bahan ke dalam bekas tuangkan air sedikit demi sedikit.
2. Uli semua bahan sehingga menjadi doh yang tak melekat ditangan.
3. Lepas tu bulatkan kecil-kecil sedia untuk digoreng dalam minyak yang dipanaskan dalam kuali.
4.Goreng sehingga kekuningan dan boleh diangkat biarkan seketika gaulkan dengan gula halus.
Ok la korang tu cara Cik Ash buat maaf kalau cara-cara buat macam berterabur idea buat datang sepontan hahaha kita olah tepung beras jadi donut kan.
Biasa buat donut guna tepung gandum. Nanti boleh la try tepung beras. Tq share resepi :)
ReplyDeleteSama2
Deleterajin kin msk..cik nor dok di rumah pun mls..haha
ReplyDeleteRajin buat sebab nak makan hahaha,
Deletewahh mcm sedappp
ReplyDeleteSedap
Delete