Friday, January 27, 2023

Kerabu Suhun Ikan Bilis

Kerabu Suhun Ikan Bilis| Assalamualaikum...Hai korang semua apa khabar, lama diam dekat blog ni. seperti biasa hari ini nak kongsi koleksi masakan daripada #dapurcikash, mesti ada yang rindu dengan koleksi masakan dekat blog ni. 


Kerabu suhun


Dah lama teringin nak makan kerabu suhun, kalau tengok pada resepi asal kena guna sotong, udang kan, dalam resepi ni, Cik Ash guna bahan-bahan yang ada dekat rumah ni. Kita yang buat dia kan insya Allah mesti la kena dengan selera kita. 


Alhamdulillah percubaan pertama buat baru-baru ni menjadi kena dengan selera suami dan ibu mentua Cik Ash. Kebetulan barang nak buat dekat rumah ada jer. Tu yang terajin buat kerabu suhun ni. Jom la tengok resepi dekat bawah ni.


Resepi Kerabu Suhun Ikan Bilis

Bahan-bahan

1 mangkuk Ikan Bilis

1 biji Bawang besar

5 biji Limau kasturi (ambik jus)

1 batang Serai

1 batang bunga kantan

4 biji cili padi

6 biji tomato ceri

1 sk garam

1sk gula

Sos ikan


Cara Membuatnya:-

1. Basuh ikan bilis goreng hingga garing, biarkan.

2. Rendam suhuh hingga lembut.

3. Hiris bawang besar, serai, bunga kantan, cikio padi, tomato ceri.

4. Masukkan semua bahan yang telah di hiris ke dalam mangkuk ikan bilis gaul rata bersama semua bahan sebati sesuaikan rasa garam,gula, sos ikan. 


Makan kerabu suhun ni memang bertambah la nasi, pembuka selera bila mulut terasa nak makan makanan masam ni baru la berselera sikit. Ok la korang itu jer cara Cik Ash buat kerabu suhun ikan bilis.

Tuesday, January 3, 2023

Ikan Siakap Masak Gulai Lemak Cili Padi

 Ikan Siakap Masak Gulai Lemak Cili Padi | Assalamualaikum,Hai, Entri masak ditahun baru semoga ada semangat untuk menulis koleksi masakan dekat blog di tahun baru ni ya. 




Sebenarnya baru-baru pergi pasar borong ada la beli ikan siakap, teringin nak makan gulai lemak cili padi ikan siakap, selalunya buat gulai ni bahagian kepala jer la, isi kebanyakan goreng sedap. Jom la tengok resepi dekat bawah ni. 


Bahan-bahan

Kepala Ikan Siakap

2 ulas Bawang putih *

1 biji bawang besar *

1  inci kunyit hidup *

4 biji cili padi *

1 batang serai

Daun kesum

1 keping asam keping

garam

secukup rasa

Santan


Cara Membuatnya:-

1. Rebus kepala ikan siakap dengan air, garam , asam keping.

2. Blender kesemua bahan * lepas itu masukkan ke dalam periuk masak hingga mendidih, kemudian letakkan santan.

3. Bila mendidih boleh la masukkan ikan, daun kesum, asam keping masak sehingga mendidih.

4. Perasakan dengan sedikit garam, sedikit gula dan secukup rasa masak la sehingga mendidih dengan api sederhana. 

5. Siap boleh dihidangkan dengan nasi panas makan nasi bertambah ni.


Ok la itu jer cara Cik Ash masak Gulai Lemak Cili Padi Ikan Siakap, senang dan mudah, simpan sini mana tahu nak buat lagi rujuk dekat blog hihihi. 

Monday, January 2, 2023

Selamat Tahun Baru 2023

 Selamat Tahun Baru 2023 | Assalamualaikum... Selamat Tahun Bau 2023 buat semua rakan blogger yang mengenali pemilik blog ni.



Selalunya kalau masuk tahun baru mesti ada azam kan, kalau bagi Cik Ash tak tahu nak azam apa hahaha, berharap diberikan kesihatan baik dari segi fizikal dan mental, walaupun tak ada anak kehidupan sebagai suri rumah dan jaga ibu mentua ada cabarannya, diberikan kekuatan dengan kehidupan ni. Bila dah bertambah umur nak berubah ke arah kebaikan dari segi pemakaian yang masih belum sempurna, nak perbanyakkan buat zikir dan selawat. Semoga Cik Ash istiqamah untuk berubah ke arah kebaikkan.


Kenangan 2022 yang tak dapat Cik  Ash lupa sampai ke hari ini dimana Perginya Seorang Kakak Dalam Hidupku, Al-Fatihah buat arwah. Ujian dimana suami Cik Ash sakit masuk wad selama 5 hari. Ibu Mentua Cik Ash beberapa kali masuk di tahun 2022 akibat masalah asma dan paru-parunya. Semoga ditahun 2023 diberikan kesihatan yang baik buat Cik Ash, suami, aboh, ma,ibu mentua dan semua ahli keluarga Cik Ash. 


Ok la korang semua, semoga apa yang korang azam untuk tahun ni tercapai dan dipermudahkan urusannya. Jumpa lagi di entri yang lain. Awal tahun ni mungkin sibuk dengan urusan luar. InsyaAllah kalau ada masa kelapangan Cik Ash update entri dekat blog.

Sunday, January 1, 2023

Jom Bermain Money Games Secara Percuma Di Mortgage Calculator

 Jom Bermain Money Games Secara Percuma Di Mortgage Calculator | Assalamualaikum...Hai korang semua, hari ini saya ada nak berkongsi dengan korang semua mengenai sebuah laman sesawang yang terbaik untuk seisi keluarga untuk mengenali cara penggunaan kiraan wang dengan baik. Asas untuk mengenali Matematik sangat sesuai la dengan games ni. Tambah musim cuti sekolah boleh ruangkan masa untuk bermain games ni secara percuma.


money games

Tak perlu pening dah nak tarik minat anak-anak dengan Matematik, ada satu laman sesawang yang mengandungi banyak games Matematik dimana ianya sangat sesuai untuk peringkat umur. Lagi pulak saya tengok laman sesawang Mortgagecalculator ini mesra dan menarik.


Jom Bermain Money Games Secara Percuma Di Mortgage Calculator


Sekarang dah tak perlu pening nak main games sebab kita tak perlu nak  download aplikasi game. Senang dan mudah korang perlu ke laman sesawang Mortgage Calculator dan pilih mana-mana game yang korang suka banyak yang best.


Di dalam laman sesawang Mortgage Calculator korang boleh memcuba pelbagai jenis money games online yang ada di laman ini korang hanya perlu memilih permainan yang korang suka. Antara pilihan money games dekat sini ialah :-


  •  Cash Back
  • Grocery Cashier
  • Treze Coins
  • Idle Money Tree
  • Bitcoin Tap Tap Mine
  • Lit Ape NFT Generator 
  • Stocks
  • Supermarket Numbers

Banyak juga pilihan koleksi game yang boleh kita bermain sambil belajar mengenai pengunaan kiraan wang dan Matematik, saya dan cuba bermain seronok pulak bermain game ni sehingga ralik bermain sampai tak sedar berapa jam ulang main game di mortgagecalculator ni. 


Game Pilihan Di Mortgage Calculator 

Antara game yang sempat saya bermain sambil belajar matemtik dekat Mortgage Calculator ni, Pening nak pilih yang mana best korang tengok sendiri dekat sana macam-macam game ada. Bila start main game tak pasal-pasal kerja dekat rumah tertangguh kan hahaha, sebabnya ralik main game ni. Jom la usha game pilihan yang saya suka :- 


1. Cash Back 



Cara nak bermain game ni korang kena memberi pelanggan perubahan yang betul menggunakan bil dan syiling. Sesuai sangat untuk kanak-kanak yang baru nak belajar mengira. Kalau nak main game ni boleh la klik >>> mortgagecalculator.org


2. Idle Pet Business



Cara nak bermain game ni korang kena pilih hamster peliharaan untuk mendapatkan pendapatan daripada menjual hamster. Lepas itu korang gunakan keuntungan korang daripada hamster untuk membuka kunci haiwan peliharaan yang lain termasuk kucing,anjing,arnab dan burung kakak tua. Tatal ke atas setiap haiwan kesayangan secara berkala sambil mengklik kiri untuk mengumpul pendapatannya supaya korang boleh terus melabur semula dalam menambah baik kedai. Kalau nak main game ini boleh la klik >>> mortgagecalculator.org



3.  Grocery Cashier



Game ni membiasakan pelajar dengan membuat perubahan pada pembelian tunai, pembeli boleh menggunakan sijil hadiah atau wang tunai untuk membayar. Jika sijil hadiah lebih besar daripada jumlah pesanan tiada perubahan diberikan manakala pertukaran diberikan untuk bayaran tunai melebihi jumlah pesanan. Pemain mesti membuat perubahab dengan mengklik pada bil dan syiling dalam daftar tunai. Denominasi berikut $450,$10,$1,50. Permainan mengikut masa, jadi data mesti dimasukkan dengan cepat. Kalau nak main game ni boleh la klik >>> mortgagecalculator


4. Flower Shop 2 




Cara main game ni kita kena berikan setiap pelanggan senarai pilihan. Ambil bunga yang mereka ingin beli dan hantarkannya. Kumpul bayaran mereka untuk menyelesaikan pesanan. Jangkau sasaran pelanggan harian yang dilayan pada setiap peringkat dan bermain semua 10 peringkat. Kalau nak main game ni boleh klik >>> mortgagecalculator.org


5. Hidden Food


hidden food


Cara nak main game ni korang perlu cari objek tersembunyi di mana korang mesti mencari makanan atau peralatan dapur. Kalau nak cuba main game ni korang boleh klik >>> mortgagecalculator.org


Sebenarnya banyak lagi game best yang boleh kita main dekat sini, Saya hanya kongsi 5 jenis game. Banyak pilihan korang boleh bermain dekat sana, pilih jer game mana korang nak main. Boleh kita sebagai mak-mak ni join sekali  bermain bersama anak-anak sambil belajar cara urus duit dengan baik. 



Ok la itu jer hari ini yang saya nak berkongsi dengar korang satu laman sesawang yang boleh kita ajak anak-anak bermain sambil belajar matematik dengan mudah dan seronok bermain bersama dengan keluarga.