Tuesday, December 27, 2022

Sup Cendawan Enoki

 Sup Cendawan Enoki | Assalamualaikum...Hai, lama tak kongsi resepi masakan dekat blog ni, bulan Oktober aritu. Kali Cik Ash kongsi resepi sup Cendawan Enoki. 


Sup Cendawan Enoki

Masak sup ni buat campal-campak jer hahaha, kalau nak buat sekali memang tak ingat ni, so untuk keselamatan bila teringin nak buat kita tengok blog ni. Jom la tengok cara membuat dekat bawah ni:-


Sup Cendawan Enoki

Oleh : Cik Ash


Bahan-bahan

Cendawan Enoki

2 ulas bawang putih

Kuib pati ayam

Berbola daging

Carrot

Pucuk

Sohuu 

Air


Cara Membuatnya:-

1. Tumis bawang putih, boleh masukkan air dan didih air hingga masak. Air tu Cik Ash masukkan dalam setengah cawan jer. 

2. Masukkan carrot, berbola ikan, kuib pati ayam. Bila dah masak boleh la masukkan cendawan Enoki.

3. Akhir sekali masukkan pucuk dan sohuu masak hingga sup masak sekata. Dan boleh dihidang dan hirup ketika panas sedap.


Sedap makan sup ni bila dihirup panas-panas dengan nasi mesti bertambah lepas tu dihidangkan bersama dengan telur dadar. Hahaha, berselera orang dekat rumah ni makan termasuk la Cik Ash ni. 


Ok la korang itu jer nak kongsi resepi Sup Cendawan Enoki cara Cik Ash buat memang simple sangat yang tak tahu kuah apa boleh cuba resepi ni.  

Sunday, December 18, 2022

The Masked Singer Malaysia Musim Ke-3

The Masked Singer Malaysia Musim Ke-3 | The Masked Singer Malaysia bakal membuka tirainya semula dengan kehadiran 15 orang barisan selebriti termuka negara yang terdiri daripada nama-nama hebat dari pelbagai cabang seni seperti penyanyi,pelakon,pelawak,personaliti TV,atlet sukan,pempengaruh media sosial dan ramai lagi. siapakah disebalik topeng kostum yang comel-comel ni. Tak sabar nak tengok mereka berentap disebalik topeng. Untuk rekaan kali nampak kostum yang menarik dan comel-comel pulak. 


tmsmy3



Sebelum ni TMSMY Musim 1 telah menyaksikan penyanyi popular tanah air, Aina Abdul dinobatkan sebagai Juara dalam Kostum Bunga Raya. Manakala untuk TMSMY musim ke-2 dinobatkan penyanyi Shila Amzah dalam kostum Rambutan.


'The Masked Singer Malaysia' menggunakan format asal program realitii popular dari Korea Selatan, "The King Of Mask Singer" yang turut diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia,Thailand,China dan Amerika Syarikat.


Untuk barisan kerusi Juri tetap The Masked Singer Malaysia ini terdiri daripada personaliti hiburan  muka baharu diperkenalkan iaitu Elly Mazlein, Zul Ariffin, Sharnaaz Ahmad, Shuib Sepahtu, Emma Maembong. Didie Alias dan Atu Zero. Manakala Ella Aminuddin pula kembali sebagai juri untuk tiga musim. Di hoskan oleh pengacara tersohor, Datuk AC Mizal. 


Siapakah disebalik topeng akan bergelar Juara 2022 ni, nantikan kesemua 15 kostum akan berentap pada 23 Disember 2022 selama 10 minggu dan seisi rakaman dibuat di Putrajaya International Convention Centre (PICC).


Antara kostum yang unik akan berentap bergelar Juara nanti adalah barisan peserta iaitu Mawar Berduri, Kurita, Si Tangkis, Betta Fish, Lollipop, Bertih Jagung, Zirafah, Abang Burger, Mr Parrot, Manggis, Pizza Panas, Brokoli, Nyoq Muda, Dewi Angsa dan Si Mawas. Seperti tahun sebelum,busana-busana ini direka khas oleh Akma Suriati Awang.

Saturday, December 17, 2022

Ayam Percik Guna Pes Ayam Percik Maggi

 Ayam Percik Guna Pes Ayam Percik Maggi| Assalamualaikum...Hai lama tak coret cerita dekat blog ni hihihi, biasa la bila mood dah kelaut nak menulis begitu la jadinya. 


pes ayam percik


Hidangan Ayam Percik selalu menu popular ketika bulan Ramadan kan, Di Bazaar mesti ada ramai yang jual Ayam Percik nak cari mengenai selera gigig la mencari pusing merata satu kawasan sekeliling kita. Siap tu sanggup beratur panjang di bazaar semata-mata nak dapatkan Ayam Percik. Ingat lagi dulu masa aboh selalu bawa balik ayam percik yang dibeli di jalan bulatan Pasir Mas kalau tak silap Cik Ash, Ayam Percik paling sedap hahaha, tapi sejak jalan bulatan dah berubah jadi jalan besar, tidak tahu kedai Ayam Percik tu dah berpindah dekat mana. 


ARTIKEL MENARIK KHAS UNTUK ANDA:

👉 Antara Masakan Lauk Ayam Untuk Berbuka Dan Sahur


Sebab nak cepat dan mudah Cik Ash ternampak produk maggi ada Pes Ayam Percik, lepas ternampak artis Stacy dan Sheila Rusly guna Pes ni lagi nak memikat hati cuba masak Ayam Percik guna pes ni. 




Mudah dan senang ikut jer resepi belakang plastik tu, suami kata sedap, boleh buat stock nanti bila teringin nak makan Ayam Percik hihihi, tetapi masa percubaan aritu Cik Ash guna satu paket pes tu suami kata macam tak cukup kuah hahaha. Nampak sedap kena dengan selera suami. 


Langkah Masak Ayam Percik Guna Pes Ayam Percik 


1. Langkah pertama kita perlu perap ayam dengan menggunakan Maggi Perapan Ayam Percik ni, salutkan semua pes bersama ayam sehingga sebati, dan biarkan perapan ayam selama 2 jam atau di biarkan semalaman.


2. Langkah kedua setelah diperap, ayam boleh dimasak dengan cara mongoreng atau panggang ayam hingga empuk dan berjus, Cik Ash bakar guna dalam air fryer selama suhu 180 20 minit.


3. Langkah 3 - siap untuk di hidang makan dengan nasi yang panas,makan bertambah-tambah kalau kena menu Ayam Percik ni.


Ok la korang itu jer nak kongsi masak Ayam Percik guna Pes Maggi. Sedap dan memudahkan kerja Cik Ash lepas ni kena ada stock dekat rumah hihihi. 

Sunday, November 13, 2022

Entri Terbaik Ogos 2022 Hingga Oktober 2022

 Entri Terbaik Ogos 2022 Hingga Oktober 2022 | Assalamualaikum... Hai malam ni Cik Ash ada nak kongsi entri baru dekat blog ni. Seperti biasa la rutin bulanan kan. Tetapi selalu tak ingat kali ini post untuk 3 bulan terus. Sesiapa yang belum berkesempatan nak baca entri dekat blog Cik Ash boleh singgah baca antara entri terbaik di bawah ni:-


Entri Terbaik Ogos 2022 Hingga Oktober 2022


Entri Terbaik Bulan Ogos 2022


Entri Terbaik Bulan September 2022



Entri Terbaik Bulan Oktober 2022



Ok la itu jer antara entri terbaik 3 bulan yang selalu carian di blog, ada  entri lama yang masih menjadi carian dekat blog Cik Ash setiap bulan, terima kasih kepada semua yang sudi singgah baca dekat blog ni. 


Thursday, November 10, 2022

Wednesday, October 26, 2022

Kedai Roti Harolds Di Lotus's Kulim

 Kedai Roti Harolds Di Lotus's Kulim | Assalamualaikum... Hai korang, dah lama entri ini tersimpan dekat blog. Baru berkesempatan nak kongsi dekat sini. Siapa kat sini peminat roti mesti pernah tahu pasal kedai roti Harolds ni. 


harolds


Cik Ash start kenal kedai roti ni masa balik raya di kelantan aritu pada bulan 5 raya terkejut katakan. Ada pergi jalan-jalan di Mydin terbesar di Kelantan disitu la terjumpa kedai roti ni. Masuk dekat sini memang gila nak makan roti pelbagai jernih roti yang ada. 


Eh terlebih pulak cerita masa diKelantan ni, ni nak sambung pasal kedai roti Harolds ni dah buka di Lotus's Kulim. Kalau tak silap Cik Ash dalam bulan 6  kedai roti dah operasi. Cik Ash pertama kali singgah kedai roti masa shopping barang dapur bulan 7 aritu. Tengok nampak sangat dah lama entri tersimpan dalam draf baru nak kongsi hahaha. 


Kunjungan pertama dan kedua kali Cik Ash sempat borong roti macam-macam ada dekat sana, pening nak pilih yang mana sedap. Jom la usha roti apa yang Cik Ash beli dekat Kedai Roti Harolds ni.



kunjungan kali pertama 


kunjungan kali kedua.


Yang mana berada di Kulim kalau teringin nak makan roti yang sedap boleh berkunjung ke kedai Harolds Di Lotus's Kulim. Kedai ini berada di tingkat  atas boleh nampak terus kita naik tangga kedai dia berhadapan tangga tu. Tak ingat dah nama roti yang dipilih tu, hahaha.


Sunday, October 23, 2022

Pertama Kali Buat Agar-Agar Santan Pandan

 Pertama Kali Buat Agar-Agar Santan Pandan | Assalamualaikum.... Hai, sebenarnya pada 14 Oktober aritu Cik Ash terlebih rajin la buat pencuci mulut Agar-Agar Lumut yang dah lama Cik Ash nak buat tetapi takut tak menjadi. Alhamdulilah percubaan pertama Cik Ash menjadi dapat pujian daripada mok mentua hihihi. 


agar2


Kebetulan aritu nak melawat mok dekat Hospital, tu la terlebih rajin buat agar-agar ni mana la tahu mok nak makan, mulut orang tua dia suka agar-agar ni bila sakit kan. Untuk pengetahun buat rakan blog tolong doakan mok mentua Cik Ash cepat sembuh baik, Dua kali masuk wad bulan ni disebabkan masalah kesihatan Asma dia teruk menyebabkan oksigen berkurang. 


Resepi Agar-Agar Santan ni Cik Ash tengok dekat blog Azie Kitchen. Terima kasih buat kak azie pengkongsian resepi yang mudah faham alhamdulilah menjadi kejadiannya. 


ARTIKEL MENARIK KHAS UNTUK ANDA:

👉 Buat Agar-Agar Cara Paling Mudah

👉 Resepi Puding Karamel Tanpa Telur

👉 Resepi Puding Cream Cracker


Ok la korang itu jer nak kongsi hihihi, jumpa lagi nanti kalau ada idea dan mood nak menulis Cik Ash tulis entri dekat blog ya. Jumpa lagi. 

Saturday, October 22, 2022

Entri Terbaik Mei 2022 Hingga Julai 2022

 Entri Terbaik Mei 2022 Hingga Julai 2022 | Assalamualaikum...Hai, hari ini  ambil kesempatan untuk berkongsi entri ini, hampir terlupa nak kongsi rutin setiap bulan entri terbaik bulanan dekat blog ni. Entri last tulis pada bulan 6 aritu. Nampak sangat nak semakin lupa nak tulis entri dekat blog ni. 


entri meijulai22


Untuk bulan Mei Hingga Julai 2022 tak banyak entri yang Cik Ash publish dekat blog biasa la bila mood kelaut nak menulis nak buka blog pun malas hahaha, kalau entri untuk tulis artikel baru ada semangat nak menulis ni. 

Ni pun usaha juga cuba update hihihi, taip berhenti sekejap pahtu sambung balik, akhirnya siap juga taip entri ini.Entri yang ramai view aritu entri resepi yang dah lama Cik Ash kongsi, ada entri drama-drama dan lain-lain. 


Bila blog jarang update traffik agak kurang bergerak sikit, kena usaha juga nak taip setiap hari seperti sebelum ni tetapi macam dulu-dulu, nak duduk atas kerusi lama-lama, mata tengok skrin laptop lama boleh, sekarang dah tak boleh macam tu, mudah jemu hahaha, lebih banyak  buat kerja lain dekat rumah ni. Jom la tengok antara entri terbaik bulanan di bawah ni. 


Entri Terbaik Bulan Mei 2022


1. Cendawan Enoki Goreng Celup Tepung Bestari - Entri tahun 2018 masih ada yang mencari resepi ni.

2. Jom Belajar Bahasa Thailand - Sejak ada kak ipar orang thailand, kita kongsi la bahasa thailand.

3. Resepi Timun Tumis Air - entri tahun 2017 masakan sayur timun paling simple, ramai yang cari ni.

4Belajar Lukis Haiwan - Entri tahun 2021 masa ni kita dilanda COVID-19 ramai la ibu bapa masa terluang bersama anak-anak entri ni amat berguna untuk melakukan aktiviti bersama anak-anak.

5. Resepi Kerabu Buah Gajus - Entri tahun 2018, tulis resepi ni masa tahun pokok gajus berbuah dengan lebat sekali daripada buah gajus dibuang Cik Ash cuba la buat kerabu buah gajus sedap juga dimakan. 

6. Pantun Hari Raya Loghat Negeri-Negeri - Disebabkan kita  raya mengejut pada bulan Mei aritu ada tempias orang cari pantun raya ya.

7. Tutorial Cara Nak Shortener URL Link - entri tahun 2017 ramai yang cari cara nak pendek URL dengan mudah.

8. Nasi Lemak Kelantan - entri tahun 2017, masa ni rajin banyak kongsi entri resepi. 

9. Resepi Jeruk Jambu Air - Entri tahun 2016, masih ada usha lagi ni, seperti biasa bila musim buah jambu air ni, ni resepi yang selalu Cik Ash buat.

10. Lagu Ost Drama 7 Hari Mencintaiku 3 - Cerita ni trending ada usha nak tahu OST dekat blog.


Entri Terbaik Bulan Jun 2022

1. Cendawan Enoki Goreng Celup Tepung Bestari

2. Resepi Timun Tumis Air 

3. Jom Belajar Bahasa Thailand 

4. Belajar Lukis Haiwan 

5. Masak Gulai Lemak Kuning Ikan Talang Segar

6. Senarai Drama Korea Best Tahun 2000-2010

7. Asam Manis Orang Kelantan Panggil Tahi Musang

8. Tutorial Cara Nak Shortener URL Link

9. Nasi Lemak Kelantan

10. Resepi Jeruk Jambu Air 


Entri Terbaik Bulan Julai 2022


Ok la itu jer entri lama yang masih menjadi carian dekat blog Cik Ash setiap bulan, terima kasih kepada semua yang sudi singgah baca dekat blog ni. 


Saturday, October 15, 2022

Percubaan Buat Sardin Roll Alhamdulillah Sedap

 Percubaan Buat Sardin Roll Alhamdulillah Sedap | Assalamualaikum..lama tak kongsi koleksi masakan dapurcikash dekat blog ni, hari ini ada masa Cik Ash kongsi la ya. Entri ni dah lama dalam draf ya.  saja nak kongsi Cik Ash ada buat sardin roll untuk suami dan mok mentua nak makan. Kalau ikut bab kuih Cik Ash memang malas hahaha, sebab selalunya buat tak menjadi tu jadi malas buat, lagi satu bab nak menguli tu sakit tangan. Kali ini alhamdulilah menjadi suami kata boleh buat jual ni, tengok suami makan berselera Alhamdulilah. Cik Ash buat 2 kali adunan dapat 50 biji semua siap boleh frozen simpan dalam frezzer hihihi.


sardin roll

Yang boleh terlebih rajin nak buat ni tertengok video dekat tiktok ada video tu tunjuk cara nak buat sardin roll, Cik Ash buat ikut resepi dia, tetapi Cik Ash ubah sikit resepi dalam resepi Cik Ash gantikan tepung ubi.


Sardin roll



Resepi Inti Sardin 

Bahan-bahan

1 Tin Sardin (ikut la nak guna brand apa Cik Ash guna dekat rumah sardin tesco)

1 Biji bawang besar

2 ulas bawang putih

Minyak masak

1 sb Cili Kisar


Cara Memasaknya :-


1. Tumiskan bawang putih, bawang besar, cili kisar sehingga cili masak.


2. Masukkan ikan sardin dalam bahan tumis tu,lepas tu hancurkan ikan sardin tu.


3. Bila dah hancur boleh la masukkan cili padi, gula dan juga garam, kacau hingga inti sardin kita sampai kering. 


Resepi Kulit Sardin Roll

Bahan-bahan

3 Cawan Tepung Gandum

2 sb tepung beras

2 sb tepung jagung

10  sb minyak masak

2 sb mentega


Cara Membuatnya :-

1. Satukan tepung gandum, tepung beras, tepung jagung dalam mangkuk.

2.Panaskan minyak masak dan mentega dalam kuali lepas tuangkan ke dalam adunan tepung kita tadi.

3. Kacau-kacau adunan tu jangan guna tangan guna senduk kayu kan minyak tu panas. 

4. Kacau hinggga sebati dan boleh masukkan air sedikit demi sedikit uli sehingga menjadi doh dan rehatkan selama 15 minit dah boleh bahagikan beberapa bahagian.

5. Guna 3 cawan tepung gandum,2 sudu tepung beras, 2 sudu tepung ubi sebab tak ada tepung jagung kalau dalam resepi sebenarnya letak tepung jagung, dan cairkan 2 sudu mentega dalam kuali.


6. Gaulkan tepung gandum, tepung beras, tepung ubi dengan mentega yang dah dicairkan lepas tu masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Biarkan 15 minit boleh bahagikan bulat-bulat kecil 


7. Boleh la roll doh tu dan masukkan inti sardin. Buat garisan dengan pisau tu.Panaskan kuali goreng dalam minyak panas sehingga kekuningan. Dan garing siap boleh angkat dan makan.


Sedap sardin roll ni, suami dan Mok kata dah macam kedai buat hahaha, insyaallah nanti ada mood rajin kita buat balik ikut resepi ni. Terima kasih kepada pemberi resepi ni, Cik Ash cuba resepi tengok dekat TikTok. Hihihi.


Ok la korang jumpa lagi nanti kalau ada entri baru yang masih tersimpan dalam draf tu. 



Monday, September 26, 2022

Senarai Perserta Gegar Vaganza Musim 9 (GV9) 2022

 Senarai Perserta Gegar Vaganza Musim 9 (GV9) 2022 | Assalamualaikum... Hai korang, biar la terlambat nak kongsi senarai peserta GV9 pada tahun ni yang berlangsung setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria bermula pada 18 September 2022.


gv9

GV9 ini telah berlangsung di Auditorium MBSA Shah Alam yang menampilkan pengacara Nabil Ahmad dan dibantu oleh Elly Mazlein. 


Juara GV9 akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000, naib juara pula akan membawa pulang wang tunai RM50,000, tempat ketiga akan menerima RM30,000, tempat keempat RM20,000, tempat kelima RM15,000 dan tempat keenam menerima RM10,000.


Penaja utama GV9 pada tahun ni bersama Farm Fresh dan kerjasama DIGI Telco Rasmi, Adabi dan CUCKOO pun merupakan penaja bersama untuk GV9. Turut bersama kolaborasi bersama  Astro GO, Gempak , Radio Sinar dan Ria X.


Antara peserta GV9 kali semua yang hebat-hebat, tak sabar pulak nak tengok mereka semua berentap setiap Ahad. Kalau ikut tema GV9 dah berubah dari format asal, maybe mengikut peredaran masa kini, peminat GV9 pun nak kelainan juga kan. Jom kita tengok peserta GV9 di bawah ni. 


1. Jaclyn Victor

2. Shila Hamzah

3. Tomok

4. Dina Nadzir

5. Bob Yusof

6. Roy Kapilla

7. Fuad Rahman

8. Haida Hasnan

9. Hazrul Nizam

10. Pat Candy

11. VE

12. Hairul Nizam

13. Asheed Def G C


#GegarVaganza9

#GV9

Sunday, September 25, 2022

OST Lagu Drama Sekali Lagi Cinta Kembali

  OST Drama Sekali Lagi Cinta Kembali | Assalamualaikum... Hai, disebabkan ada yang tengah mencari OST drama tengah trending dekat slot Akasia TV3. Jom tengok antara lagu yang terdapat dalam drama ini. 


OST Lagu Drama Sekali Lagi Cinta Kembali

Sebelum Cik Ash kongsi antara lagu-lagu yang terdapat dalam Drama Sekali Lagi Cinta Kembali ni, apa kata korang baca dulu sinopsis drama ini dekat bawah dahulu, Cik Ash kongsi untuk korang. Drama ini ramai kata best walaupun ada yang kata pelakon hero dan heroion ditukar di saat akhir. Lakonan dua watak nampak serasi buat Cik Ash tersenyum depan skrin tengok dialong drama ni hahaha, part paling tak boleh yang jadi nenek som memang lawak sungguh. Tapi sayang watak nenek sekejap jer. 


Sinopsis Drama Sekali Lagi Cinta Kembali

Drama ini mengisahkan kehidupan Aira yang sangat rumit. Aira melarikan diri dari rumah apabila kekasihnya Imran telah mengahwini adiknya sendiri iaitu Hana. Aira pula memiliki persepsi negatif terhadap lelaki yang dipandangnya sebagai suatu "virus" yang tidak patut diberikan peluang.


Aira gantikan tempat Doktor Halina selama dua janm sebagai pakar terapi, Akibatnya, Zafran dan Alisa bercerai, dan Doktor Halina diugut serta Aira dipaksa bertarung dengan maut tanpa kasih seorang ibu. Dengan itu, Aira terpaksa memperbaki apa yang telah dia rosakkannya. 


"Kalau macam tu apa kata awak guna teori awak yang kononnya hebat tu untuk pujuk isteri saya. Boleh?" - Zafran
"Inilah yang saya cuba buat." - Aira

Daripada pembantu Doktor Halina, Aira bekerja sebagai babysitter Syafi. Dia cuba satukan semula keluarga Zafran. Tapi di mata Hayyat, abang Zafran yang kerek lagi beku, Aira macam tikus membaiki labu. Hayyat selamba saja gelar Aira perempuan senget, sewel dan tiga suku.

Dalam mulut duk mengutuk, hati mula sukalah pula!

"I offer you love and loyalty and I expect the same in return." - Hayyat

Kisah silam Hayyat terbongkar. Jika Imran digelar spesies virus, Hayyat pula ibarat bom atom. Boleh membunuh Aira bila-bila masa.

Namun, Aira hanya mempunyai dua pilihan. Pilih si virus yang kini bergelar duda atau menerima bom atom. Aira perlu cari jalan keluar daripada permainan yang dia sendiri cipta.


OST Drama Sekali Lagi Cinta Kembali

Peminat drama Sekali Lagi Cinta Kembali ini mesti tak sabar nak tahu lagu apa yang ada dalam drama ni, berikut antara lagu yang terdapat dalam drama ni ialah :-


Lagu Tema 

Tajuk Lagu : Ku Cuba 
Penyanyi : Hariz Fayahet
Ciptaan : Sharon Paul
Lirik : Dato' A.Aida


Tajuk Lagu : Pergi
Penyanyi : Razmansyah
Ciptaan : Sharon Paul
Lirik : Dato' A.Aida


Tajuk Lagu : Cinta Hanya Buatan 
Penyanyi : Afieq Shazwan dan Muna Syahirah
Ciptaan : Gouffran & Ibnu

Tajuk Lagu : Terluka 
Penyanyi : Zack Zakwan 
Ciptaan : Aiman 
Lirik : Pujangga Malam & Anje Maya


Tajuk Lagu : Mimpi
Penyanyi : Haqiem Rusli
Ciptaan & Lirik : Haqiem Rusli dan Dato' A.Aida

Tajuk Lagu : Kisah Cinta Kita 
Penyanyi : Hafiz Suip
Ciptaan : Ikhwan Fatana
Lirik : Dato' A.Aida


Tajuk Lagu : Sory Sorry Sayangku 
Penyanyi :Nomad
Ciptaan :Dz
Lirik : Dato' A.Aida

Tajuk Lagu : Take Care 
Penyanyi : Aira Fauzan
Ciptaan : Sharon Paul
Lirik : Que Afiq


Ok la korang semua Cik Ash undur diri dulu, itu jer lagu-lagu yang terdapat dalam drama Sekali Lagi Cinta Kembali ni, lagu dalam drama ni semua best-best didengar.


#dramasekalilagicintakembali

#ostsekalilagicintakembali

#sekalilagicintakembali

Saturday, September 24, 2022

Keputusan Pemenang Muzikal Lawak Superstar 3

  Keputusan Pemenang Muzikal Lawak Superstar 3 | Assalamualaikum... Setelah 10 minggu bertanding, akhirnya terjawab pemenang Muzikal Lawak Superstar 3 pada malam ni. 


MLS3

Kelainan tahun 2022 nampak ada muka baru yang masuk,mereka terdiri daripada pelawak-pelawak lama, penyanyi, pelakon dan juga content creator ataupun personaliti media sosial.


Barisan juri yang terlibat adalah Dato' Awie masih dikekalkan dan bakal didampingi oleh juri-juri baru iaitu pelakon tersohor negara, Siti Saleha dan personaliti terkenal daripada Singapura iaitu Najip Ali.


Keputusan Pemenang Muzikal Lawak Superstars 3


Juara - UBI RM150,000.00 dimenangi oleh Heart dan berserta dengan trofi.

  

Naib Juara  - CILI -rm75,000.00 dimenangi oleh UNI dan berserta dengan trofi. 


Tempat ketiga BAHROY rm50,000.00 dimenangi oleh Viral dan berserta dengan trofi.

 

Tempat keempat - OOD rm25,000.00 dimenangi oleh Janggo berserta trofi Astro.


Tahniah kepada semua pemenang tahun ni. 

Saturday, September 17, 2022

Dapat Anak Saudara Baru Lagi

 Dapat Anak Saudara Baru Lagi | Assalamualaikum...Hai,korang apa khabar, Cik Ash harapnya sihat la ya. Hari ini nak kongsi berita gembira dengan korang Cik Ash dapat anak saudara baru tahun ni. Rezeki Allah bagi dekat adik lelaki dan adik perempuan Cik Ash dapat zuriat tahun ni. Tumpang gembira untuk mereka. 


Anak saudara baru


Tahniah diucapkan buat adik lelaki , adik perempuan,baby adik lelaki lahir pada bulan 27 Mei 2022. Baby adik perempuan Cik Ash pulak lahir pada  13 September 2022. Dapat anak saudara  lelaki hihihi. Bab


Cucu Tokku dan tokma dah  masuk 16 orang seronoknya berkumpul ramai-ramai ni meriah dengan kerenah diaorang. Bila la dapat berkumpul ramai-ramai macam dulu-dulu. Baby adik lelaki dan adik perempuan tak jumpa lagi hanya tengok melalui whatsapp jer. 


Ok la korang Cik Ash undur diri dulu ya, nanti kalau rajin Cik Ash update entri baru lagi, terima kasih kerana sudi membaca blog Cik Ash. Semoga ada rezeki Cik Ash juga nanti nak juga merasa kehadiran zuriat sendiri.


Tuesday, September 6, 2022

Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2023 - RM700 Untuk Penjawat Awam & RM350 Pesara Kerajaan Dibayar Januari 2023

Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2023 - RM700 Untuk Penjawat Awam & RM350 Pesara Kerajaan Dibayar Januari 2023 | Assalamualaikum.... Hari ini telah diadakan Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awan Ke-18 (XVIII) telah berlangsung 30 OGOS 2022 (SELASA)  jam 10.00 PAGI. Ianya berlangsung di  PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE (PICC), PUTRAJAYA.



MAPPA


 

Di dalam majlis tersebut, Penjawat Awam bakal menerima 6 berita baik. Berikut adalah berita baik untuk penjawat awam Malaysia.


  • Pertama: Menaikkan kadar maksimum jumlah cuti rehat yang boleh dikumpulkan bagi tujuan award wang tunai (GCR) daripada 160 hari ke 180 hari.

Kerajaan memahami dengan beban tugas yang semakin besar dan mencabar, ramai anggota perkhidmatan awam yang tidak dapat menghabiskan cuti rehat tahunan mereka.

Dengan kenaikan kadar maksimum GCR ini, membolehkan cuti tersebut disimpan bagi tujuan award wang tunai di masa persaraan sekaligus meningkatkan tunai di tangan pada hari persaraan kelak;

  • Kedua: Tambahan Kadar Cuti Rehat Khas sebanyak 5 hari menjadikan jumlah Cuti Rehat Khas 15 hari setahun kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang telah berkhidmat melebihi 10 tahun.

Tambahan Cuti Rehat Khas sebanyak 5 hari ini akan memberi manfaat kepada lebih kurang 500,000 guru bagi urusan-urusan yang mustahak dan kecemasan yang dibenarkan serta memberi peluang guru-guru mengumpul jumlah GCR yang lebih tinggi;

  • Ketiga: Perluasan tafsiran ahli keluarga bagi kemudahan Cuti Tanpa Rekod urusan kematian ahli keluarga terdekat.

Jika sebelum ini cuti tanpa rekod bagi urusan kematian hanya tertakluk kepada kematian suami atau isteri, ibu kandung dan ibu mertua, bapa kandung dan bapa mertua serta anak sahaja, penambahbaikan tafsiran ahli keluarga diperluas kepada kematian yang melibatkan adik-beradik, nenek dan datuk bagi anggota perkhidmatan awam;

  • Keempat: Penambahbaikan pemberian pergerakan gaji tahunan kepada pegawai yang telah mencapai gaji maksimum.

Kerajaan telah bersetuju menambahbaik Kadar Tetap 3 peratus semasa yang diterima oleh pegawai yang mencapai gaji maksimum kepada suatu kadar baharu dan diseragamkan mengikut gred bagi semua klasifikasi perkhidmatan berkuat kuasa 1 Januari 2022. Jabatan Perkhidmatan Awam akan mengeluarkan Pekeliling berkaitan bagi penjelasan terperinci bagi perkara ini.

  • Kelima: Bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) tambahan khas sebanyak RM100 untuk penjawat awamGred 11 hingga Gred 56 dan akan dibayar mulai Januari 2023.

Seramai 1.28 juta penjawat awam akan menerima manfaat ini dengan implikasi kewangan sebanyak RM1.5 bilion. Sebagai contoh, sebelum ini kadar KGT bagi gred 11 adalah RM80, maka pada tahun 2023, beliau akan menerima kadar KGT asas sebanyak RM80 dan tambahan khas sebanyak RM100 menjadikan jumlah KGT diterima pada tahun 2023 adalah sebanyak RM180; dan

  • Keenam: Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2023.

Dibayar kepada anggota perkhidmatan awam Gred 56 ke bawah berjumlah RM700 dan RM350 bagi pesara Kerajaan dan veteran tidak berpencen yang akan diberi pada Januari 2023.

Thursday, September 1, 2022

Nasi Lemak Pandan Versi Cik Ash

 Nasi Lemak Pandan Versi Cik Ash | Assalamualaikum... Hai, baru-baru ni terlebih rajin buat nasi lemak pandan, sahaja buat kejutan dekat suami, tak bagitahu pun dekat dia masak nasi lemak. Suami Cik Ash dia jarang nak request nasi lemak. Cik Ash jah yang terlebih rajin kebetulan kesihatan ok sikit tu yang rajin masak yang special sikit. Buat waktu pagi sampai ke petang boleh makan nasi. Kebetulan suami cuti kerja hihihi. 


nasi lemak pandan

Nasi lemak Cik Ash ikut resepi yang pernah Cik Ash kongsi dalam blog ni cuma tukar jadi versi pandan tambah daun pandan dan pewarna pandan. Berbaloi ada blog boleh usha blog sendiri tengok resepinya. Cuma yang special Cik Ash guna beras basmathi. Makan pun kenyang. 


Kebetulan sangat barang dekat rumah semua ada tu yang terajin buat nasi lemak pandan, Rasanya dah lama tak makan nasi lemak buat sendiri ni, last bila tak ingat buat. Memang jarang nak buat nasi lemak. 


Selalunya kalau teringin nak makan nasi lemak beli dekat kedai sini agak tidak menepati citarasa tekak, tetapi boleh la dimakan hahaha. Nak jumpa yang sedap tu memang jarang la. Ada jer orang kelantan jual nasi lemak dekat sini selera tu tak berapa nak diterima tekak. Apabila buat sendiri ni baru puas hati, sampai ke petang boleh makan, sambal ikan bilis esok boleh makan lagi. biasa la 3 orang makan jarang nak habis. 


Sambal ikan bilis pun Cik Ash ikut resepi dalam blog ni cuma ubah cara sedikit, tidak letak petai, dalam sambal ni Cik Ash tambah sambal ikan bilis adabi dalam tin tu. sedap juga bila dicampur sambal ikan bilis dalam tin tu.


Ok la korang itu nak bagitahu buat nasi lemak pandan hahaha, yang tu nak kongsi dekat blog, biasa la terapi minda update blog kan. Nak tengok koleksi resepi lain boleh la terjah #dapurcikash.

Wednesday, August 31, 2022