Wednesday, October 26, 2022

Kedai Roti Harolds Di Lotus's Kulim

 Kedai Roti Harolds Di Lotus's Kulim | Assalamualaikum... Hai korang, dah lama entri ini tersimpan dekat blog. Baru berkesempatan nak kongsi dekat sini. Siapa kat sini peminat roti mesti pernah tahu pasal kedai roti Harolds ni. 


harolds


Cik Ash start kenal kedai roti ni masa balik raya di kelantan aritu pada bulan 5 raya terkejut katakan. Ada pergi jalan-jalan di Mydin terbesar di Kelantan disitu la terjumpa kedai roti ni. Masuk dekat sini memang gila nak makan roti pelbagai jernih roti yang ada. 


Eh terlebih pulak cerita masa diKelantan ni, ni nak sambung pasal kedai roti Harolds ni dah buka di Lotus's Kulim. Kalau tak silap Cik Ash dalam bulan 6  kedai roti dah operasi. Cik Ash pertama kali singgah kedai roti masa shopping barang dapur bulan 7 aritu. Tengok nampak sangat dah lama entri tersimpan dalam draf baru nak kongsi hahaha. 


Kunjungan pertama dan kedua kali Cik Ash sempat borong roti macam-macam ada dekat sana, pening nak pilih yang mana sedap. Jom la usha roti apa yang Cik Ash beli dekat Kedai Roti Harolds ni.



kunjungan kali pertama 


kunjungan kali kedua.


Yang mana berada di Kulim kalau teringin nak makan roti yang sedap boleh berkunjung ke kedai Harolds Di Lotus's Kulim. Kedai ini berada di tingkat  atas boleh nampak terus kita naik tangga kedai dia berhadapan tangga tu. Tak ingat dah nama roti yang dipilih tu, hahaha.


Sunday, October 23, 2022

Pertama Kali Buat Agar-Agar Santan Pandan

 Pertama Kali Buat Agar-Agar Santan Pandan | Assalamualaikum.... Hai, sebenarnya pada 14 Oktober aritu Cik Ash terlebih rajin la buat pencuci mulut Agar-Agar Lumut yang dah lama Cik Ash nak buat tetapi takut tak menjadi. Alhamdulilah percubaan pertama Cik Ash menjadi dapat pujian daripada mok mentua hihihi. 


agar2


Kebetulan aritu nak melawat mok dekat Hospital, tu la terlebih rajin buat agar-agar ni mana la tahu mok nak makan, mulut orang tua dia suka agar-agar ni bila sakit kan. Untuk pengetahun buat rakan blog tolong doakan mok mentua Cik Ash cepat sembuh baik, Dua kali masuk wad bulan ni disebabkan masalah kesihatan Asma dia teruk menyebabkan oksigen berkurang. 


Resepi Agar-Agar Santan ni Cik Ash tengok dekat blog Azie Kitchen. Terima kasih buat kak azie pengkongsian resepi yang mudah faham alhamdulilah menjadi kejadiannya. 


ARTIKEL MENARIK KHAS UNTUK ANDA:

👉 Buat Agar-Agar Cara Paling Mudah

👉 Resepi Puding Karamel Tanpa Telur

👉 Resepi Puding Cream Cracker


Ok la korang itu jer nak kongsi hihihi, jumpa lagi nanti kalau ada idea dan mood nak menulis Cik Ash tulis entri dekat blog ya. Jumpa lagi. 

Saturday, October 22, 2022

Entri Terbaik Mei 2022 Hingga Julai 2022

 Entri Terbaik Mei 2022 Hingga Julai 2022 | Assalamualaikum...Hai, hari ini  ambil kesempatan untuk berkongsi entri ini, hampir terlupa nak kongsi rutin setiap bulan entri terbaik bulanan dekat blog ni. Entri last tulis pada bulan 6 aritu. Nampak sangat nak semakin lupa nak tulis entri dekat blog ni. 


entri meijulai22


Untuk bulan Mei Hingga Julai 2022 tak banyak entri yang Cik Ash publish dekat blog biasa la bila mood kelaut nak menulis nak buka blog pun malas hahaha, kalau entri untuk tulis artikel baru ada semangat nak menulis ni. 

Ni pun usaha juga cuba update hihihi, taip berhenti sekejap pahtu sambung balik, akhirnya siap juga taip entri ini.Entri yang ramai view aritu entri resepi yang dah lama Cik Ash kongsi, ada entri drama-drama dan lain-lain. 


Bila blog jarang update traffik agak kurang bergerak sikit, kena usaha juga nak taip setiap hari seperti sebelum ni tetapi macam dulu-dulu, nak duduk atas kerusi lama-lama, mata tengok skrin laptop lama boleh, sekarang dah tak boleh macam tu, mudah jemu hahaha, lebih banyak  buat kerja lain dekat rumah ni. Jom la tengok antara entri terbaik bulanan di bawah ni. 


Entri Terbaik Bulan Mei 2022


1. Cendawan Enoki Goreng Celup Tepung Bestari - Entri tahun 2018 masih ada yang mencari resepi ni.

2. Jom Belajar Bahasa Thailand - Sejak ada kak ipar orang thailand, kita kongsi la bahasa thailand.

3. Resepi Timun Tumis Air - entri tahun 2017 masakan sayur timun paling simple, ramai yang cari ni.

4Belajar Lukis Haiwan - Entri tahun 2021 masa ni kita dilanda COVID-19 ramai la ibu bapa masa terluang bersama anak-anak entri ni amat berguna untuk melakukan aktiviti bersama anak-anak.

5. Resepi Kerabu Buah Gajus - Entri tahun 2018, tulis resepi ni masa tahun pokok gajus berbuah dengan lebat sekali daripada buah gajus dibuang Cik Ash cuba la buat kerabu buah gajus sedap juga dimakan. 

6. Pantun Hari Raya Loghat Negeri-Negeri - Disebabkan kita  raya mengejut pada bulan Mei aritu ada tempias orang cari pantun raya ya.

7. Tutorial Cara Nak Shortener URL Link - entri tahun 2017 ramai yang cari cara nak pendek URL dengan mudah.

8. Nasi Lemak Kelantan - entri tahun 2017, masa ni rajin banyak kongsi entri resepi. 

9. Resepi Jeruk Jambu Air - Entri tahun 2016, masih ada usha lagi ni, seperti biasa bila musim buah jambu air ni, ni resepi yang selalu Cik Ash buat.

10. Lagu Ost Drama 7 Hari Mencintaiku 3 - Cerita ni trending ada usha nak tahu OST dekat blog.


Entri Terbaik Bulan Jun 2022

1. Cendawan Enoki Goreng Celup Tepung Bestari

2. Resepi Timun Tumis Air 

3. Jom Belajar Bahasa Thailand 

4. Belajar Lukis Haiwan 

5. Masak Gulai Lemak Kuning Ikan Talang Segar

6. Senarai Drama Korea Best Tahun 2000-2010

7. Asam Manis Orang Kelantan Panggil Tahi Musang

8. Tutorial Cara Nak Shortener URL Link

9. Nasi Lemak Kelantan

10. Resepi Jeruk Jambu Air 


Entri Terbaik Bulan Julai 2022


Ok la itu jer entri lama yang masih menjadi carian dekat blog Cik Ash setiap bulan, terima kasih kepada semua yang sudi singgah baca dekat blog ni. 


Saturday, October 15, 2022

Percubaan Buat Sardin Roll Alhamdulillah Sedap

 Percubaan Buat Sardin Roll Alhamdulillah Sedap | Assalamualaikum..lama tak kongsi koleksi masakan dapurcikash dekat blog ni, hari ini ada masa Cik Ash kongsi la ya. Entri ni dah lama dalam draf ya.  saja nak kongsi Cik Ash ada buat sardin roll untuk suami dan mok mentua nak makan. Kalau ikut bab kuih Cik Ash memang malas hahaha, sebab selalunya buat tak menjadi tu jadi malas buat, lagi satu bab nak menguli tu sakit tangan. Kali ini alhamdulilah menjadi suami kata boleh buat jual ni, tengok suami makan berselera Alhamdulilah. Cik Ash buat 2 kali adunan dapat 50 biji semua siap boleh frozen simpan dalam frezzer hihihi.


sardin roll

Yang boleh terlebih rajin nak buat ni tertengok video dekat tiktok ada video tu tunjuk cara nak buat sardin roll, Cik Ash buat ikut resepi dia, tetapi Cik Ash ubah sikit resepi dalam resepi Cik Ash gantikan tepung ubi.


Sardin roll



Resepi Inti Sardin 

Bahan-bahan

1 Tin Sardin (ikut la nak guna brand apa Cik Ash guna dekat rumah sardin tesco)

1 Biji bawang besar

2 ulas bawang putih

Minyak masak

1 sb Cili Kisar


Cara Memasaknya :-


1. Tumiskan bawang putih, bawang besar, cili kisar sehingga cili masak.


2. Masukkan ikan sardin dalam bahan tumis tu,lepas tu hancurkan ikan sardin tu.


3. Bila dah hancur boleh la masukkan cili padi, gula dan juga garam, kacau hingga inti sardin kita sampai kering. 


Resepi Kulit Sardin Roll

Bahan-bahan

3 Cawan Tepung Gandum

2 sb tepung beras

2 sb tepung jagung

10  sb minyak masak

2 sb mentega


Cara Membuatnya :-

1. Satukan tepung gandum, tepung beras, tepung jagung dalam mangkuk.

2.Panaskan minyak masak dan mentega dalam kuali lepas tuangkan ke dalam adunan tepung kita tadi.

3. Kacau-kacau adunan tu jangan guna tangan guna senduk kayu kan minyak tu panas. 

4. Kacau hinggga sebati dan boleh masukkan air sedikit demi sedikit uli sehingga menjadi doh dan rehatkan selama 15 minit dah boleh bahagikan beberapa bahagian.

5. Guna 3 cawan tepung gandum,2 sudu tepung beras, 2 sudu tepung ubi sebab tak ada tepung jagung kalau dalam resepi sebenarnya letak tepung jagung, dan cairkan 2 sudu mentega dalam kuali.


6. Gaulkan tepung gandum, tepung beras, tepung ubi dengan mentega yang dah dicairkan lepas tu masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Biarkan 15 minit boleh bahagikan bulat-bulat kecil 


7. Boleh la roll doh tu dan masukkan inti sardin. Buat garisan dengan pisau tu.Panaskan kuali goreng dalam minyak panas sehingga kekuningan. Dan garing siap boleh angkat dan makan.


Sedap sardin roll ni, suami dan Mok kata dah macam kedai buat hahaha, insyaallah nanti ada mood rajin kita buat balik ikut resepi ni. Terima kasih kepada pemberi resepi ni, Cik Ash cuba resepi tengok dekat TikTok. Hihihi.


Ok la korang jumpa lagi nanti kalau ada entri baru yang masih tersimpan dalam draf tu.