Tuesday, August 30, 2022

author photo

 Mengimbau Kembali Permainan Zaman Kanak-Kanak | Assalamualaikum... Hari ini terlebih rajin nak update blog sahaja nak mengimbau kembali permainan zaman kanak-kanak dahulu yang mengamit nostalgia. Pasti mereka yang lahir tahun 80an dan 90an mesti mengingati permainan yang mereka pernah bermain zaman dahulu kan.


imbas

Kalau ditanya budak zaman sekarang sudah pasti ramai yang akan menyebut permainan dalam talian lagi best kan. Mereka semua mana kenal permainan zaman dahulu kan. Mereka mana sempat bermain semua tu. 


Baca Juga : Isi Masa Lapang Main Masak-Masak Tanpa Iklan


Permainan yang Cik Ash maksudkan ada yang bermusimnya, kalau time musim main layang-layang, semua orang main benda yang sama jer, kalau masa musim main guli, semua main guli. begitu la seterusnya.


Kalau nak diingat balik zaman kanak-kanak permainan yang Cik Ash main semua permainan ada, main masak-masak,batu seremban, congkak, lompat tali getah, jongkang jangkit, teng teng, baling selipar, main buah getah, Banyak la lagi dah lupa. Antara yang sempat Cik Ash ingat permainan dahulu ialah:-


1. Baling Selipar


Yang Cik Ash paling tak lupa ingat main baling selipar, permainan ala-ala softball juga la, apabila kita kena baling selipar terkena kepala sesorang, kalau waktu kita berlari, memang tak akan ingat dunia sebab nak selamatkan diri takut kalah, takut kena baling selipar tu. Sakit kalau kena baling selipar tu. 


2. Congkak Dengan Buah Getah 


Congkak pulak seingat Cik Ash sempat bermain congkak dari buah getah, pak saudara Cik Ash dia kreatif masa tu dia buatkan congkak guna tanah di depan rumah kat kampung masa tu dalam kampung ada tanah. Sempat la berseronok bermain congkak dengan buah getah. 


3. Masak-masak dan Pondok-Pondok

Kalau dahulu diingat balik pernah bermy masak-masak dengan rakan-rakan sepermainan kita boleh rasai pengalaman memasak macam kita memasak dekat dapur tu, segala benda yang kita jumpa dijadikan bekas-bekas terpakai dijadikan untuk dimasak, ada tu siap kutip kayu-kayu nak dijadikan sebagai sayur, lagi best siap boleh buat pondok-pondok, siap jadi main kahwin-kahwin lagi hahaha. 


4. Lompat Tali Getah

Yang lompat tali getah ni Cik Ash ingat lupa rasa sempat bermain, lompat tali getah ni kalau tak silap Cik Ash terdapat dua permainan yang boleh dimainkan dengan tali getah ni yang disambung-sambungkan tu. Untuk  permainan pertama kita dan kawan-kawan perlu melompat getah dengan mengikut ketinggian. Bermula dari lutut, naik ke pinggang, seterusnya diikuti bahu dan kepala. Siapa melepasi paras ianya adal pemenang. Manakala untuk permainan kedua kalau tak silap Cik Ash kita panggil macam skipping la kut, tali getah tu diayun-ayunkan sambil menyanyi, dan seorang pemain akan melompat-lompat seperti menari di atas getah tersebut.


5. Cari Cucu Si Bongkok Tiga

Permainan ni kita perlu dimainkan dengan beberapa orang dengan jumlah yang ramai, masa dulu depan rumah Cik Ash ada padang pemainan syok la bermain cari cucu ni, pemainan cari cucu ni pemain perlu membuat satu bulatan mengelingi nenek dengan berpegangan tangan di antara satu sama lain sambil itu dinyanyikan oleh cucu secara beramai-ramai.


Antara 5 permainan yang Cik Ash ingat sempat bermain pada masa dulu, kalau tak silap Cik Ash banyak lagi permainan zaman 80an dan 90an masa itu sangat popular.  Best bila diingat balik zaman dahulu hahaha. 

This post have 0 komentar

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post