Tukar Beli Kereta (Trade-in) Kini Lebih Mudah | Assalamualaikum… seperti yang kita tahu semasa COVID-19 , 2 tahun lepas kebanyakan memberikan kesan kepada kita dari segi pekerjaan dan pengangkutan. Situasi ini banyak kita perlu fikir untuk mempertimbangkan tukar beli kereta baru bukan untuk nampak lebih gah, tapi lebih kepada keselesaan. Kebanyakan akan buat tukar beli (trade-in) kereta sesudah habis di bayar dengan kereta baru.
Kerap kali juga,saya bertemu dengan individu yang memang sengaja hendak tukar beli (trade-in)
atau jual kereta lama mereka atas
sebab-sebab seperti susah hendak parking,hendak kurangkan komitmen bulanan,perlukan duit,dan hendak cover duit deposit kereta baru. Tak kisahlah,apa jua alasan yang anda berikan untuk tukar beli (trade-in)
kereta.Pastikan anda
tukar beli (trade-in)
dengan cara yang betul
dan berhemah.Jangan sampai disebabkan urusan tukar beli (trade-in) yang silap
langkah mengakibatkan hidup anda diselubungi masalah yang mungkin
berpanjangan.Saya tidak berniat untuk
menakutkan anda,cuma sekadar berpesan agar anda
lebih berhati-hati.
Untuk hendak tukar beli kereta di sini ada
beberapa langkah atau proses yang perlu kita lakukan
1- 1- Semak Baki Pinjaman
2-
Semak Harga Pasaran
Semasa untuk kereta sedia ada
3-
Buat pilihan yang bijak untuk
masa depan
4-
Serahan tukar beli (trade-in)
2
2 Kita mulakan dengan langkah atau proses yang pertama iaitu Semak Baki Pinjaman untuk selesaikan pembayaran jika perlu ataupun anda boleh abaikan proses ini jika kereta yang anda hendak tukar beli (trade-in) tu sudah habis bayar.Jika kereta anda masih terikat hutang atau loan dengan pihak bank,sila call ataupun terus walk-in ke mana-mana cawangan bank yang berkaitan untuk semak baki pinjaman terkini. Selain call atau walk-in ke bank.Anda boleh jugak dapatkan jumlah anggaran baki hutang pinjaman kenderaan di laman sesawang rasmi bank.
Langkah atau proses yang kedua Semak Harga Pasaran Semasa seperti yang anda sedia
tahu sebelum ingin membuat tukar beli ( trade-in) kereta anda seharusnya perlu
menyemak harga pasaran semasa kereta anda dan untuk pengetahuan harga pasaran
dan harga kereta yang terpakai adalah berbeza dan untuk harga kereta yang
terpakai akan di nilai pada model,kondisi dan jarak tempuh (mileage) kereta
bagi memudah fahamkan situasi ini saya cadangkan anda ke laman sesawang https://www.carpaymentcalculator.net/calcs/savings.php dimana laman ini akan
membantu anda untuk membuat perbandingan diantara tukar beli (trade-in) dan
yang baru.
Manakala Langkah atau proses seterusnya iaitu yang
ketiga adalah buat pilihan yang bijak
anda perlulah membuat pilihan yang bijak untuk memilih kereta yang bersesuaian
dengan anda dan juga bajet anda ini amat penting kerana kalau tersilap membuat
pilihan akan merugikan anda di kemudian hari dengan beban di sebabkan membeli
kereta baru.sebagai saranan anda perlulah membuat pengiraan terlebih dahulu
untuk memastikan setiap perbelanjaan berjalan dengan baik biasanya saranan saya
anda juga perlulah memilih laman sesawang yang boleh membantu anda dalam
membuat pengiraan di https://www.carpaymentcalculator.net/ dan laman sesawang ini dibina
secara khusus untuk membantu anda dalam membuat pengiraan dengan teliti dan
spesifik adakah kereta yang kita ingin memenuhi bajet yang kita
kehendaki,disamping itu juga laman ni juga boleh membantu anda untuk mengira
nilai tukar beli (trade-in) bagi kereta yang lama.
Langkah atau proses yang terakhir yang keempat
untuk serahan tukar beli (trade-in) ia
mengikut proses berserta dokumen-dokumen yang telah di buat dan dipersetujui
oleh kedua-dua pihak diantara penjual dan pembeli.
Akhir kata dari saya Semoga perkongisian ini dapat
membantu anda dalam membuat tukar beli (trade-in) kereta dan dapat memberi
sedikit kefahaman dalam membuat keputusan yang bijak untuk masa depan anda.
1 komentar:
Terima kasih, good sharing
Replyash.rie8506@gmail.com
EmoticonEmoticon