Thursday, June 30, 2022

Koleksi Siri Novel RAM Laksamana Sunan

Koleksi Siri Novel RAM Laksamana Sunan | Assalamualaikum.... Ambik engkau sebab buka laptop maka hari ini kita update entri bertingkat-tingkat la tu post hari kesian-kesian hahaha, biasa la bila mood menulis datang ada jer nak kongsi dekat blog ni. Terima kasih yang sudi membaca dan memberi komen dekat Bila Suami Masuk Dapur.


Koleksi Siri Novel RAM Laksamana Sunan

Siapa dekat sini peminat novel mesti pernah mengenali penulis novel Ramlee Awang Murshid, beliau merupakan seorang novelis seram yang banyak memenangi sayembara penulisannya antaranya ialah melalui kejayaan novel Pei Pan yang diiktiraf sebagai pemenang kedua hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002. 

Banyak novel beliau yang diterbitkan kebanyakan kisah yang seram hihihi, antara koleksi novel beliau yang Cik Ash ada dalam simpanan Fisyen 2020, Ungu Karmila,Rahsia Perindu dan Koleksi Laksamana Sunan ni. Tambahan lagi koleksi Laksamana Sunan ni seluruh ahli keluarga Cik Ash meminatinya.

Di antara novel Ramlee Awang Murshid ada yang telah dilayarkan ke filem antaranya Tombiruo dan kalau tak silap Cik Ash satu lagi Ungu Karmila tapi belum ada lagi dikeluarkan.

Kalau korang nak mengikuti penceritaan kisah perjuangan Laksamana Sunan ni korang kena lengkapkan kesemua koleksi novel ni. Sebab cerita setiap novel ada berkait-kait dengan plot yang lepas-lepas ada yang ulang-ulang kembali kisahnya. Ni la hasil koleksi yang Cik Ash kumpul dari novel Bagaikan Puteri, 



1. Bagaikan Puteri - Novel pertama beli pada tahun 2006 pertama kali dapat gaji kerja.    👉 Beli Online

2.  Cinta Sang Ratu - Pinjam novel adik nanti habis baca Cik Ash bagi balik hahaha.     ðŸ‘‰ Beli Online

3. Hijab Sang Pencinta - Beli novel ni pada tahun 2008 setiap kali gaji masuk mesti beli satu hahaha.   ðŸ‘‰ Beli Online

4. Cinta Sufi - Beli novel ni pada tahun 2010, seperti biasa bila gaji kita beli novel la.       ðŸ‘‰ Beli Online

5. Sutera Bidadari - Beli novel ni pada tahun 2011, sama la gaji mesti beli hahaha.       ðŸ‘‰ Beli Online

6. Sunan Musafir - Beli novel ni pada tahun 2012, sama la juga saat-saat akhir berkerja sebagai kerani hihihi.  ðŸ‘‰ Beli Online

7. Sunan Nanggore -Novel ni paling istimewa sebabnya suami beli diletakkan di atas hantaran kahwin pada bulan Mei tahun 2014 hihihi.   ðŸ‘‰ Beli Online

8. Sunan Cinta Nan Sakti - Novel ni suami belikan dia tahu isteri minat Novel RAM hahaha, beli pada tahun 2015.  ðŸ‘‰ Beli Online

9. Saifudin Jalis - Akhir sekali ni Cik Ash beli sendiri itu pun suami tak bagi guna duit Cik Ash tapi Cik Ash kata sekali sekala shopping apa salahnya kan So akhirnya dapatkan jugak novel setelah banyak halangan yang tak dapat dielakkan masih baru lagi buku.  ðŸ‘‰ Beli Online

Ok la korang Cik Ash out dulu ya, jumpa lagi nanti, jom kita membaca novel menghilangkan boring. 


Wednesday, June 29, 2022

Tuesday, June 28, 2022

Entri Terbaik Bulan Januari Hingga April 2022

 Entri Terbaik Bulan Januari Hingga April 2022 | Assalamualaikum... Hai, hari ini ambil kesempatan untuk berkongsi entri ini, lama sangat nak tulis rutin harian bulanan blog ni. Biasa la loni jarang sangat nak buka blog. Masih pulihkan semangat untuk menulis.


entrijan

Untuk bulan Januari Hingga April 2022 tak banyak entri yang Cik Ash publish biasa masa tu sibuk dengan suami masuk wad, dengan ibu mentua yang kurang sihat, lepas tu kesihatan Cik Ash agak tidak berapa baik masa tu. Ujian serentak.


Ni pun usaha juga cuba update hihihi, taip berhenti sekejap pahtu sambung balik, akhirnya siap juga taip entri ini.Entri yang ramai view aritu entri resepi yang dah lama Cik Ash kongsi, ada entri drama-drama dan lain-lain. 


Tengok hasil harian tulis blog dah kurang, tak macam sebelum ni, jumlah trafik blog jatuh la juga bila kurang update kan, salah sendiri la malas sangat nak update blog hahaha.


Entri Terbaik Bulan Januari 2022


Resepi Timun Tumis Air

Jom Belajar Bahasa Thailand

Cendawan Eoki Goreng Celup Tepung

Belajar Lukis Haiwan

Tonton Drama Perempuan Tanpa Dosa Episod 1 Hingga Episod 32 Full Episod 32

Tutorial Cara Nak Pendekkan Url Link

Nasi Lemak Kelantan

Senarai Drama Korea Best Tahun (2000-2010)

Garam Kunyit Kelantan

Asam Manis Orang Kelantan Panggil Tahi Musang


Entri Terbaik Bulan Februari 2022

Cendawan Eoki Goreng Celup Tepung

Jom Belajar Bahasa Thailand

Resepi Timun Tumis Air

Belajar Lukis Haiwan

Tutorial Cara Nak Pendekkan Url Link

Senarai Drama Korea Best Tahun (2000-2010)

Resepi Lempeng Gula Merah

Tonton Drama Perempuan Tanpa Dosa Episod 1 Hingga Episod 32 Full Episod 32

Resepi Jeruk Jambu Air

Nasi Lemak Kelantan


Entri Terbaik Bulan Mac 2022

Jom Belajar Bahasa Thailand

Resepi Timun Tumis Air

Cendawan Eoki Goreng Celup Tepung

Tonton Drama Perempuan Tanpa Dosa Episod 1 Hingga Episod 32 Full Episod 32

Belajar Lukis Haiwan

Resepi Jeruk Jambu Air

Tutorial Cara Nak Pendekkan Url Link

Garam Kunyit Kelantan

Senarai Drama Korea Best Tahun (2000-2010)

Resepi Lempeng Gula Merah


Entri Terbaik Bulan April 2022

Cendawan Eoki Goreng Celup Tepung

Resepi Timun Tumis Air

Jom Belajar Bahasa Thailand

Belajar Lukis Haiwan

Resepi Jeruk Jambu Air

Resepi Kerabu Buah Gajus


Ok la itu jer entri lama yang masih menjadi carian dekat blog Cik Ash setiap bulan, terima kasih kepada semua yang sudi singgah baca dekat blog ni.

Pertama Kali Cuba Buat Acar Masak Kelantan

Tonton Drama Perempuan Tanpa Dosa Episod 1 Hingga Episod 32 Full Episod 32

Drama Pok Ya Cong Codei Memburu Siti

Garam Kunyit Kelantan


Monday, June 27, 2022

Perginya Seorang Kakak Dalam Hidupku

Perginya Seorang Kakak  Dalam Hidupku | Assalamualaikum, Hai, entri mungkin sedih untuk dibaca bila kita kehilangan orang kita sayang dalam hidup kan.  Baru ada kekuatan untuk menulis nurkilan di blog ni. Tujuan entri di tulis dalam blog untuk kenangan buat Cik Ash. Kakak yang seorang kuat telah meninggal dunia pada 5 Jun 2022 meninggalkan zuriat 6 orang yang masih kecil-kecil lagi.



Berehat la Kak Poh, kami semua sayang kak Poh, masih terkejut dengan kehilanganmu, arwah kak Poh ada sakit SLE dan lain-lain. Ingat lagi last jumpa arwah pada 22 Mei 2022 banyak pesanan yang ditinggalkan buat Cik Ash suruh jaga diri, dia mintak maaf dengan Cik Ash kalau ada terasa hati dengan dia selama ini , Allahu masa tu Cik Ash dah mengalir mata ayat dia masih diingat lagi, pelukan yang erat pandangannya yang sayu masa nak balik Allahu berat nak tinggal arwah masa tu. 


Banyak kenangan Cik Ash bersama arwah yang tak dapat lupa sampai bila-bila, zaman sekolah rendah Cik Ash selalu jadi mangsa buli, arwah la penyelamat dan perlindung sehingga ke umur 20an arwah jaga Cik Ash. Ingat lagi masa ada kursus di Johor Bharu semasa kerja kerani security Aboh suruh arwah yang jaga bawa Cik Ash pergi kursus, arwah seorang kakak yang kuat semangat. 


Arwah kakak yang berani menempuh cabaran dan berani, zaman muda-muda dulu arwah pernah kerja di cafe balik tengah malam siap bawa makanan untuk adik-adiknya makan, kami adik-adik sentiasa menunggu ketibaan arwah masa tu. Kalau ikut banyak lagi kenangan bersama arwah biar la ianya tersemat hati kami satu keluarga.


Al-Fatihah buat arwah semoga rohnya dicucuri rahmat, ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Ok la korang Cik Ash undur diri dulu nanti di lain hari Cik Ash update entri baru ya.