Drama Setelah Terlafaznya Akad 2 Episod 1 - Episod 28 (FULL EPISOD) | Assalamualaikum... siapa peminat Kamal Adli dan Uqasha jangan lupa drama terbaru yang akan mengantikan drama Jangan Menangis Cinta nanti ialah drama kesinambungan dari siri 1.
Akan mengisi slot Megadrama iaitu Setelah Terlafaznya Akad 2 masih mengekalkan gandingan Kamal Adli dan Uqasha Senrose. Drama ini merupakan adaptasi novel Setelah Terlafaznya Akad 2 karya Anna Milia yang diarahkan oleh Michael Ang dan menampilkan pelakon utama iaitu Kamal Adli dan Uqasha Senrose yang akan ditayankan di Astro Ria.
Info Setelah Terlafaznya Akad 2
Episod: 20
Tarikh Tayangan: 2022
Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Astro Ria slot MegaDrama
Skrip: Rehal Nuharis, Bikash Nur Idris, Atilia Azhar
Pengarah: Michael Ang
Produksi: Juita Viden Sdn Bhd
Pelakon: Kamal Adli, Uqasha Senrose, Zeera Azizi, Talha Harith, Nasz Sally, Sharifah Shahora, Normah Damanhuri, Adam Shahz, Seha Monica, Hamidah Wahab, Syahiera Abu Hasan, Elyas Abdullah
Sinopsis Setelah Terlafaznya Akad 2
Hanan dan Nawal disatukan sekali lagi dalam lafaz akad kedua. Memang jodoh mereka kuat. Perangai pun sama. Kuat cemburu.
Hanan tergugat dengan kehadiran Khalil yang selalu berkunjung ke kafe.
“Abang percaya sayang. Abang cuma tak percaya Khalil.” - Hanan
Baru reda rasa cemburu, muncul pula Cikgu Zaki yang tidak kurang segaknya. Susah, kalau ada isteri cantik.
Cemburu Hanan berjangkit kepada Nawal. Sakit hatinya apabila Hanan selalu memuji Qaseh, tukang masak kafe yang meletops.
“Tak payahlah nak sayang-sayang kat sini. Tadi berkasih-kasih kat belakang.” - Nawal
“Dah nama dia Qaseh. Nak buat macam mana?” - Hanan
Kan dah cakap, Hanan dan Nawal ni sama saja. Perangai sama. Ayat bela diri pun sama. Banyak dugaan yang mereka lalui. Namun, tak akan goyah kalau pasaknya kukuh.
“Banyak yang dah kita lalui sebelum ini. Bagi abang, ini tahun yang paling perit.” - Hanan
“Ya. Tapi, apa yang kita lalui menguatkan rasa cinta Nawal pada abang. Datanglah seribu Bradley Cooper sekalipun, Nawal tetap akan pilih abang.” - Nawal
Banyak yang mereka belajar kali ini. Mereka belajar untuk menjadi pasangan yang hampir sempurna untuk satu sama lain, demi akad kedua yang akan menjadi akad terakhir mereka dalam menyulam bahagia.
1st season pun aida xtgk tau ha ha...
ReplyDeleteTak langgan astro, cikash. Acaner ni?
Couple kegemaran plak ni. Adududduh...
Hahaha Ekin pun xlayan kak
Delete