Sunday, May 29, 2022

Drama Setelah Terlafaznya Akad 2 Episod 1 - Episod 28 (FULL EPISOD)

 Drama Setelah Terlafaznya Akad 2 Episod 1 - Episod 28 (FULL EPISOD) | Assalamualaikum... siapa peminat Kamal Adli dan Uqasha jangan lupa drama terbaru yang akan mengantikan drama Jangan Menangis Cinta nanti ialah drama kesinambungan dari siri 1.





Akan mengisi slot Megadrama iaitu Setelah Terlafaznya Akad 2 masih mengekalkan gandingan Kamal Adli dan Uqasha Senrose. Drama ini merupakan adaptasi novel Setelah Terlafaznya Akad 2 karya Anna Milia yang diarahkan oleh Michael Ang dan menampilkan pelakon utama iaitu Kamal Adli dan Uqasha Senrose yang akan ditayankan di Astro Ria.


Info Setelah Terlafaznya Akad 2


Episod: 20
Tarikh Tayangan: 2022
Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Astro Ria slot MegaDrama
Skrip: Rehal Nuharis, Bikash Nur Idris, Atilia Azhar
Pengarah: Michael Ang
Produksi: Juita Viden Sdn Bhd
Pelakon: Kamal Adli, Uqasha Senrose, Zeera Azizi, Talha Harith, Nasz Sally, Sharifah Shahora, Normah Damanhuri, Adam Shahz, Seha Monica, Hamidah Wahab, Syahiera Abu Hasan, Elyas Abdullah


Sinopsis Setelah Terlafaznya Akad 2

Hanan dan Nawal disatukan sekali lagi dalam lafaz akad kedua. Memang jodoh mereka kuat. Perangai pun sama. Kuat cemburu.

Hanan tergugat dengan kehadiran Khalil yang selalu berkunjung ke kafe.

“Abang percaya sayang. Abang cuma tak percaya Khalil.” - Hanan

Baru reda rasa cemburu, muncul pula Cikgu Zaki yang tidak kurang segaknya. Susah, kalau ada isteri cantik.

Cemburu Hanan berjangkit kepada Nawal. Sakit hatinya apabila Hanan selalu memuji Qaseh, tukang masak kafe yang meletops.

“Tak payahlah nak sayang-sayang kat sini. Tadi berkasih-kasih kat belakang.” - Nawal
“Dah nama dia Qaseh. Nak buat macam mana?” - Hanan

Kan dah cakap, Hanan dan Nawal ni sama saja. Perangai sama. Ayat bela diri pun sama. Banyak dugaan yang mereka lalui. Namun, tak akan goyah kalau pasaknya kukuh.   

“Banyak yang dah kita lalui sebelum ini. Bagi abang, ini tahun yang paling perit.” - Hanan
“Ya. Tapi, apa yang kita lalui menguatkan rasa cinta Nawal pada abang. Datanglah seribu Bradley Cooper sekalipun, Nawal tetap akan pilih abang.” - Nawal

Banyak yang mereka belajar kali ini. Mereka belajar untuk menjadi pasangan yang hampir sempurna untuk satu sama lain, demi akad kedua yang akan menjadi akad terakhir mereka dalam menyulam bahagia.

Friday, May 20, 2022

Lagu Ost Drama 7 Hari Mencintaiku 3

 Lagu Ost Drama 7 Hari Mencintaiku 3 | Assalamualaikum...Hai dah lama tak kongsi ost lagu dekat blog ni, last post tahun 2021 hahaha. disebabkan cerita ini tengah trending di media sosial siap kena tempias blog ada yang cari lagu-lagu yang terdapat dalam drama 7 Hari Mencintaiku 3 ni. Jom tengok antara-antara lagu yang terdapat dalam drama ini. 


7hmku3

Macam-macam konflik yang berlaku di dalam rumah tangga Khuzairi dan Mia dalam musim 3 ni, ramai mesti geram dengan apa terjadi, macam Cik Ash layan drama ni boleh sakit hati hahaha, geram jer rasa dengan Khuzairi dan Nurul tu. Dengan Syakila dan Cik Ina yang masih berdendam untuk hancurkan keluarga Mak Leha dan Pak Samad. Minggu last banyak plot twist yang mendebarkan peminat-peminat hahaha,aduhai. 


Peminat drama 7 Hari Mencintaiku ini mesti tak sabar nak tahu lagu apa yang ada dalam drama ni, berikut antara lagu yang terdapat dalam drama ni ialah :-


Lagu Tema


Tajuk Lagu : Kaulah Syurga

Penyanyi : Khai Bahar & Lia Aziz 

Komposer : Asfan Shah

Lirik : Siti Romizah


Manakala antara lagu-lagu lain yang terdapat dalam drama 7 Hari Mencintaiku 3 ialah seperti berikut :-


Tajuk Lagu : Luahan Cintaku

Penyanyi : Ezad Lazim

Lagu : Harry Khalifah

Lirik : Lukman Rassa Band


Tajuk Lagu : Dambaanku

Penyanyi : Erin CTJ

Komposer : Ikhwan Fattana & Wan Salleh

Lirik : Ikhwan Fattana


Tajuk Lagu : Aku Bidadari Syurgamu
Penyanyi : Dato' Sri Siti Nurhaliza 
Komposer :Ippo Hafiz
Lirik : Siti Romizah


Tajuk Lagu : Apa Khabar Sayang 

Penyanyi : Amira Syahira

Komposer : Adi Priyo

Lirik : Adi Priyo


Tajuk Lagu : Siapa Kata 

Penyanyi : Azarra Band

Produser : Apak Harry

Lirik : Ejai Aziz 


Tajuk Lagu : Untukmu 

Penyanyi : Fairuz Misran

Lirik : Fairuz Misran 


Tajuk Lagu : Arjuna

Penyanyi :  Erin CTJ

Lirik : Ejai Aziz

Produser : Harry Khalifah 


Tajuk Lagu : Demi Cinta 

Penyanyi : Ezad Lazim 

Lagu : Mohd Yasin & Ezad Lazim 

Lirik : Iman Imran


Tajuk Lagu : Demi Cinta 

Penyanyi : Hazury 

Lirik : Farhim 

Lagu : Maznimjay


Tajuk Lagu : Sekali Lagi 

Penyanyi : Siti Nordiana & Nubhan 

Lirik : Sepet & Nana Alias 

Komposer : Sepet & Nana Alias 


Tajuk Lagu : Sembuh

Penyanyi : Achey 

Lirik : Achey

Lagu : Achey 


Tajuk Lagu : Hasbi Rabbi

Penyanyi : Asfan Shah, Ariff Bahran, Ayie Floor 88 dan Syafiq Farhan.

Music : Afiez Azzam


Tajuk Lagu : Angkara 

Penyanyi : Siti Nordiana

Lirik : Fedtri Yahya & Nana Alias 

Komposer : Sharon Paul


Tajuk Lagu : Tiada Dirimu 

Penyanyi : Shila Hamzah

Komposer : Farouk Roman

Lirik : Amylea


Ok la korang semua Cik Ash undur diri dulu, itu jer lagu-lagu yang terdapat dalam drama 7 hari mencintaiku 3 ni, semua lagu ada yang pernah dengar.


#drama7harimencintaiku3

#ostlagudrama7harimencintaiku3

#7harimencintaiku3

Thursday, May 19, 2022

Riang Ria Raya Aidilfitri 2022

Riang Ria Raya Aidilfitri 2022 | Assalamualaikum...Hai korang semua, masih dalam bulan syawal lagi tak terlambat nak simpan kenangan raya tahun ni yang sangat kelam kabut semua perancangan awal ditunda semula. tahun ni alhamdulilah kita dapat berpuasa dan dapat menyambut hari raya dengan meriah walaupun secara kelam kabut pada tahun ni. 


raya 2022



Setelah 2 tahun PKP disebabkan Covid-19 ni kita tak dapat beraya dengan sanak saudara di kampung, pada tahun ni kita dapat berpeluang berhari raya bersama keluarga tercinta. Alhamdulilah Cik Ash dipermudahkan balik beraya kampung bersama aboh dan ma, setelah lama tak jumpa hampir nak masuk 3 tahun tak jumpa macam-macam rasa dalam diri.


Raya tahun ini tercipta sejarah semua kelam kabut, semua last minute plan hahaha, kalau ikut plan Cik Ash pulang ke kampung pada 2 Mei 2022, rasa gerak hati ni berat duk kata kita akan beraya 2 Mei 2022, last minute tukar dalam masa beberapa hari hahaha, hantar kucing dekat homestay 30.4.22, 1hb.5 kami bertolak dari kedah pukul 7 pagi sampai di kelantan 2.30 petang. Baju yang dah siap packing dalam bag awal-awal bajet plan lama terus tak sentuh bawa jer nasib cukup pakai hahaha.


Alhamdulilah dapat makan masakan ma setelah lama mengidam nak makan masakan ma, nikmat rasa bila dapat makan masakan ma, makan bertambah-tambah rasa tak puas lagi makan, semoga aboh dan ma diberikan kesihatan yang baik. Pada malam raya kelam kabut sempat masak bersama ma kuah kuzi nak dimakan roti jala yang ditempah dengan kawan ma. Mujur la Cik Ash pesan dekat ma awal-awal siap beli ayam awal rasa raya 2hb ni, apa betul kata gerak hati Cik Ash bila dengar dalam tv umum raya 2 Mei 2022. Macam tak percaya pulak raya awal. 


Baru berangan boleh sahur dan berpuasa sehari dekat Kelantan, hahaha, apa tiba-tiba esok dah raya. Memang raya yang tercipta sejarah orang kata, kalau tak silap Cik Ash pernah dah kita beraya suasana macam ni tetapi tak ingat tahun bila, maybe masa Cik Ash kecik lagi la kut. Disebabkan kita beraya dalam PKP selama 2 tahun mungkin perasaan ni jadi macam terkejut dengan keadaan raya kelam kabut ni. hihihi.


Raya pertama Cik Ash follow ma bawa pergi beraya rumah saudara mara sebelah aboh dan ma, mujur la rumah dekat kawasan sama mudah nak singgah hahaha, Dapat makan nasi dagang kelantan, makan nasi hujan panas, makan satay dan lain-lain kenyang perut sampai ke malam. Hihihi. Tema baju raya Cik Ash dan suami warna Gold hihihi.


Raya kedua pulak adik lelaki Cik Ash ajak pergi  jalan-jalan kenal Mydin Hypermarket Tunjong terbesar di Kelantan yang baru beroperasi bulan puasa aritu kut kalau tak silap Cik Ash pun tak tahu hahaha,ikut jer adik bawa almaklum la lama tak balik kelantan ni jalan kelantan dah berubah mau sesat boleh hahaha. Lepas pergi Mydin Hypermarket kami berpisah dengan adik dia nak pergi rumah mak saudara  isterinya, suami Cik Ash buat suprise bawa pergi EOA Mall pulak, tanya suami nak pergi mana ni, suami kata la pergi jalan-jalan la, berpandukan waze sampai di depan EOA Mall, memang kejutan sungguh tempat dah teringin nak singgah tetapi tak sempat sokmo balik Kelantan sekejap jer, raya ni paling lama sikit duduk di kampung, selalu kalau balik kedah semula raya ketiga dah balik. Masa pergi EOA Mall ada kejadian yang tidak dapat dielakkan hihihi, kalau nak diingatkan balik rasa lucu pulak tapi tak per la perkara itu Cik Ash dan suami jer yang laluinya. Sebelah malam pulak adik-beradik Cik Ash ada buat makan-makan bersama sebab dah lama tak berjumpa kan, badan kalau ikut penat gagahkan diri juga tolong apa-apa yang patut, sempat la buat air teh beng Cik Ash yang dah lama diaorang tak rasa hahaha. 


Pagi raya ketiga pula Cik Ash dan suami pergi shopping barang di Pasar Siti Khadijah yang lama tak singgah juga ni, biasa la kalau balik sekejap tak sempat nak singgah hihihi, banyak juga kami suami isteri borong barang atas pasar siti khadijah beratus-ratus gak habis hahaha, lama tak balik kampung kan semua makanan kelantan nak makan. Belah malam pulak mak saudara sebelah suami pulak buat BBQ bakar ayam dan kambing, Cik Ash makan ayam jer sebab kambing Cik Ash tak makan hihihi. 


Raya keempat kami bersiap-siap nak balik ke Kedah dah, dalam jam pukul 10 lebih kami bertolak dari rumah ma, ambik ibu mentua dekat mak saudara suami, cabaran balik raya keempat ni kami terpaksa hadap jem kereta memang banyak, nak elak jam jalan selalu lalu, apa lalu jalan yang kita lalu aritu rupanya jam jugak, kami tersangkut dekat Machang ke Tanah Merah hampir-hampir 7 jam. Lama gila dekat sana sakit habis segala pinggang , dengan mata mengantuk tahan jer, kesian la dekat suami dia bawa kereta takkan kita nak tidur pulak kan. disebabkan jem di Machang kami banyak berhenti dekat stesen minyak pergi tandas dan sempat tunai solat. Sampai dekat Jeli tak ingat pukul berapa baru jumpa makanan tu pun suami sempat tapau  burger, lama perut kosong lapar hadap jem. Kami mulakan perjalanan semula, sampai dekat gerik suami dah tak tahan dia kata mengantuk kami berhenti dekat stesen minyak suami tidur sekejap untuk bagi relaks mata dulu, tak tengok jam masa tu pukul berapa, dalam setengah jam juga suami lelap dia sedar, kami sampai dekat kedah jam 2 pagi selama 15 jam hadap jem huhuhu, paling memcabar sungguh dengan kereta manual suami bawa pulak tu. Pernah lalui pengalaman berjam-jam atas kereta balik kedah musim raya pada raya tahun 2019.


Ok la korang panjang pulak Cik Ash bercerita dekat blog ni hahaha, ada ke yang baca kisah Cik Ash ni. Biasa la buat kenangan di tahun 2022 raya yang kelam kabut dan penuh cabaran.