Wednesday, April 6, 2022

Alhamdulilah Dapat Hadiah Daripada Lotus's

 Alhamdulilah  Dapat Hadiah Daripada Lotus's | Assalamualaikum, Nak kongsi sesuatu dengan korang Cik Ash dapat hadiah daripada Tesco a.k.a Lotus's. Terima kasih kepada pihak Lotus's bagi hadiah ni. 


nescafe

Hadiah yang Cik Ash dapat adalah 3 jenis Nescafé latte , kalau sebelum ni pernah rasa yang Nescafé Latte Milk Tea. Boleh diterima tekak Cik Ash untuk minum. Kalau ikut Cik Ash bukan pengemar kopi pun, hahaha, dah dapat percuma sampel sebelum ini tu cuba minum nescafe latte milik tea tu boleh diterima dengan tekak ni. 


Terima kasih Tesco a.k.a Lotus's bagi hadiah Nescafélatte ni, nanti boleh tambah koleksi kalau waktu teringin nak minum hihihi. Terdapat 4 rasa yang menarik untuk korang pilih rasa yang mana agak pilihan korang? 


👉 NESCAFE Latte Caramel (Karamel Memikat)

👉NESCAFE Latte Mocha (Coklat memukau)

👉NESCAFE Latte Hazelnut (Kacang wow)

👉NESCAFE Latte Milk Tea (kopi & teh susu)


Baca Juga 👉 Tesco Malaysia Bertukar Nama Lotuss Stores Malaysia

Tuesday, April 5, 2022

Alhamdulilah Rezeki Boleh Mesin Jahit

 Alhamdulilah Rezeki Boleh Mesin Jahit | Assalamualaikum...Hai korang semua apa khabar hari ini, semoga dipermudahkan puasa untuk hari ini.Hari ini Cik Ash nak kongsi cerita rezeki Cik Ash dapat mesin jahit. Mesin jahit ni dah lama dapat sebelum PKP lagi, Punya lama duduk di kampung gara-gara tak balik kampung hampir 3 tahun sejak covid-19 kan.


mesin jahit

Mesin jahit ni pemberian adik Cik Ash, terima kasih kepada beliau kongsi rezeki dengan kakak  dia, memang duk teringin lama mesin jahit tetapi tak tahu nak mana ok. Bila dapat tahu adik nak bagi happy la kita siap berangan boleh guna untuk jahit apa yang patut.




Percubaan pertama guna mesin jahit Cik Ash dapat hasilkan seluar kain batik, tak buat pola pun ikut seluar kain batik yang dah tersedia ada sebelum ni. Percubaan pertama setakat ini berpuas hati guna mesin jahit, masih tengah belajar bab menjahit ni hahahah. Sebelum ni kita jahit guna tangan jer kan. Sekarang mudah la suami suruh potong kaki seluar jahit guna mesin hihihi.


Nanti nak cuba hasilkan jubah la pulak kita cari pola yang bersesuaian dengan saiz ni, banyak lagi nak kena cari alat-alat jahit, ada kena beli tapak untuk mesin jahit, banyak kena berguru dengan Cikgu Youtube, sekarang banyak dah orang kongsi cara nak menjahit dekat youtube kena banyak follow mereka. 


Baca juga : Jubah Lama Kita Alter Jadi Blouse

Monday, April 4, 2022

Salam Ramadan Tahun 2022

 Salam Ramadan Tahun 2022 | Assalamualaikum.... Hai korang, Alhamdulillah hari kedua kita berpuasa hari ini. Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik sepanjang bulan puasa ya. 



Cik Ash ingin mengucap selamat berpuasa kepada korang semua yang mengenali Cik Ash dan baru mengenali Cik Ash, Harap puasa korang dipermudahkan semua ya. Maaf kalau ada salah silap menulis dekat blog ini.


Baca juga : Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Bagi Negeri Kedah 1442/2022M