Monday, March 21, 2022

Drama Pok Ya Cong Codei Memburu Siti

 Drama Pok Ya Cong Codei Memburu Siti | Assalamualaikum... Drama karya Sabri Yunus ini akan menemui penonton pada 21 Mac 2022. Drama ini pernah mendapat sambutan hangat telefilem Pok Ya Cong Codei yang mencetuskan fenomena pada tahun 2018 dalam sekuel Pok Ya Cong Codei, Siti di Hati. 



Untuk kali ini pengarah, Sabri Yunus menghasilkan dalam versi drama bersiri, dalam drama ini akan ada konflik yang berlaku antara Pok Ya dan orang di sekelilingnya.. Kalau tahu apa yang bakal terjadi dalam drama bersiri kena la tengok ya. 


Baca Juga 👉 Resepi Singgang Terung Pokya Cong Codei


Masih mengekalkan pelakon yang sama dan pelakon hebat tanah air iaitu Wan Hanafi Su,Eman Manan, Farid Kamil, Angeline Tan dan ramai lagi. 


Info Drama Pok Ya Cong Codei Memburu Siti 


Tarikh Tayangan : 21 Mac 2022

Waktu Siaran : Isnin- Khamis, 11.00 malam

Rangkaian : Astro Ria

Skrip :Sabri Yunus

Produksi : Porcupine Sdn Bhd, Heritage Movie Sdn Bhd

Pelakon: Wan Hanafi Su, Sabri Yunus, Eman Manan, Farid Kamil, Angeline Tan, Saidi Sabri, Issey Fazlisham, Azizul Ammar, Shazia Rozaini.

1 comment:

ash.rie8506@gmail.com