Wednesday, March 30, 2022

Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Bagi Negeri Kedah 1442/2022M

Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Bagi  Negeri Kedah 1442/2022M |  Assalamualaiku...lagi beberapa hari kita akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia. Di sini Cik Ash nak berkongsi jadual waktu berbuka dan imsak untuk tahun 2022 yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM) bagi seluruh negeri.


Jadual 2022


Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan nanti Cik Ash ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam. Semoga puasa tahun ni dipermudahkan buat kita semua. Di negeri Kedah terdapat 7 zon. So korang yang berada di sekitar Kedah boleh tengok di bawah ni. 


Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Bagi Negeri Kedah 1443H/2


Zon 1 - Kota Setar, Kubang Pasu & Pokok Sena

Zon 2
Zon 2 - Pendang, Yan & Kuala Muda

Zon 3
Zon 3 - Padang Terap & Sik 


Zon 4 - Baling 


Zon 5 - Kulim & Bandar Baru


Zon 6 - Langkawi



Zon 7
Zon 7 - Puncak Gunung Jerai


Di atas itu merupakan Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa bagi negeri Kedah untuk tengok negeri yang lain korang boleh rujuk di portal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Boleh klik di SINI untuk maklumat lanjut dan boleh download untuk simpanan korang. 


Monday, March 28, 2022

Drama 7 Hari Mencintaiku 3 Bersiaran 16 April 2022

 Drama 7 Hari Mencintaiku 3 | Assalamualaikum... berita baik pada peminat setia siri drama paling trending dari  siri 1 dan 2 ni, drama 7 Hari Mencintaiku 3 bakal bersiaran di kaca tv kurang pada 16 April 2022 ni. Jangan lupa tengok gandingan dua pelakon yang hebat Siti Saleha dan Shukri Yahaya dan ramai lagi. 





Baca Seterusnya πŸ‘‰Drama 7 Hari Mencintaiku Bakal Ada Siri 3 Pada Tahun Hadapan


Apa yang akan terjadi dalam drama 7 Hari Mencintaiku 3, kena tengok bila ditayangkan nanti di bulan Ramadhan nanti pada 16 April 2021.


Info Drama 7 Hari Mencintaiku 3


Slot :  Akasia TV3

Episod : 35 

Waktu Siaran : Isnin hingga Jumaat Jam 7.00 malam

Pengarah : Siti Rosmizah

Produksi : SR One Sdn Bhd


Antara pelakon yang terlibat menjayakan drama 7 Hari Mencintaiku adalah Shukri Yahaya sebagai Khuzairi, Siti Saleha sebagai Mia Adriana, Kazar Saisi sebagai Pak Samad, Liza Abdullah sebagai Mak Leha, Syazwan Zulkifly sebagai Helmi, Wan Sharmila sebagai Sofi, dan ramai lagi.


Bermula ditayangkan sepanjang bulan Ramadhan pada 16 April 2022 nanti. Apa yang akan berlaku dalam siri ke 3 ni, mesti banyak konflik lepas ni ramai la emak-emak yang emo tengok drama ni hahaha. 

Monday, March 21, 2022

Drama Pok Ya Cong Codei Memburu Siti

 Drama Pok Ya Cong Codei Memburu Siti | Assalamualaikum... Drama karya Sabri Yunus ini akan menemui penonton pada 21 Mac 2022. Drama ini pernah mendapat sambutan hangat telefilem Pok Ya Cong Codei yang mencetuskan fenomena pada tahun 2018 dalam sekuel Pok Ya Cong Codei, Siti di Hati. 



Untuk kali ini pengarah, Sabri Yunus menghasilkan dalam versi drama bersiri, dalam drama ini akan ada konflik yang berlaku antara Pok Ya dan orang di sekelilingnya.. Kalau tahu apa yang bakal terjadi dalam drama bersiri kena la tengok ya. 


Baca Juga πŸ‘‰ Resepi Singgang Terung Pokya Cong Codei


Masih mengekalkan pelakon yang sama dan pelakon hebat tanah air iaitu Wan Hanafi Su,Eman Manan, Farid Kamil, Angeline Tan dan ramai lagi. 


Info Drama Pok Ya Cong Codei Memburu Siti 


Tarikh Tayangan : 21 Mac 2022

Waktu Siaran : Isnin- Khamis, 11.00 malam

Rangkaian : Astro Ria

Skrip :Sabri Yunus

Produksi : Porcupine Sdn Bhd, Heritage Movie Sdn Bhd

Pelakon: Wan Hanafi Su, Sabri Yunus, Eman Manan, Farid Kamil, Angeline Tan, Saidi Sabri, Issey Fazlisham, Azizul Ammar, Shazia Rozaini.

Sunday, March 13, 2022

Dapat Voucher MCDONALD'S Hasil Jawab Survey Online

 Dapat Voucher MCDONALD'S Hasil Jawab Survey Online | Assalamualaikum..Hai hari ini ambik mood kembali update blog hihihi, bila start menulis ni kira mood kembali ok la ya.

Mcd voucher



Dah lama tak kongsi hasil jawab survey online dekat blog ni, antara koleksi hasil jawab survey online yang Cik Ash join yang boleh dipercayai boleh buat sampingan dapat duit dan voucher.



Buktinya hasil jawab survey online Rakuten Insight  ini Cik Ash dah pernah tebus voucher KFC pada tahun 2020. 




So apa tunggu lagi cepat-cepat la kurang daftar Jawab survey Rakuten Insight ni untuk menjawab survey dan kumpul-kumpul point dan boleh tebus voucher ataupun lain-lain lagi. Selalunya undangan survey daripada rakuten satu hari dengan nilai point dalam 50-150 point per survey. Survey tersebut selalunya pertanyaan secara umum sehingga ianya sangat mudah untuk kita jawab dalam masa 5 hingga 15 minit. 

Monday, March 7, 2022

Entri Terbaik Bulan November Dan December 2021

Entri Terbaik Bulan November Hingga December 2021 | Assalamualaikum... Hai kurang semua, hari ini baru berkesempatan untuk kongsi entri ini, lama sangat tak update blog last update bulan Januari aritu. Biasa la sejak laptop rosak screen nak update terhad la sikit guna handphone leceh sikit nak update kan. 


Entri nov


Ni pun usaha juga cuba update hihihi, taip berhenti sekejap pahtu sambung balik, akhirnya siap juga taip entri ini.Entri yang ramai view ari tu entri resepi yang dah lama Cik Ash kongsi, ada entri drama-drama dan lain-lain. 


Baca Artikel πŸ‘‰ Entri Terbaik Bukan Ogos Hingga Oktober 2021


Bulan November dan December aritu paling sikit yang Cik Ash pernah update hahaha, hanya 6 entri jer yang ada. Nampak tu dah berkurang dah update blog. Antara entri terbaik bulan November dan December 2021 aritu jom la baca dekat bawah.


Entri Terbaik Bulan November 2021 


Resepi Timun Tumis Air


Belajar Lukis Haiwan


Cendawan Eoki Goreng Celup Tepung


Jom Belajar Bahasa Thailand


Tonton Drama Perempuan Tanpa Dosa Episod 1 Hingga Episod 32 Full Episod 32


Sinopsi Mr London Ms Langkawi


Pelakon Kanak-Kanak Malaysia


Nasi Lemak Kelantan


Senarai Drama Korea Best Tahun 2000-2010


Resepi Jeruk Jambu Air


Entri Terbaik Bulan December 2021


Jom Belajar Bahasa Thailand


Cendawan Enoki Goreng Celup Tepung


Resepi Timun Tumis Air


Belajar Lukis Haiwan


Tonton Drama Perempuan Tanpa Dosa Episod 1 Hingga Episod 32 Full Episod


Tutorial Cara Nak Pendekkan Url Link


Resepi Jeruk Jambu Air


Asam Manis Orang Kelantan Panggil Tahi Musang


Wajah Terkini Pelakon Kanak-Kanak Kabhi Khushi Kabhi Gham


Senarai Drama Korea Best Tahun 2000-2010


Untuk kedua-dua entri November dan December 2021 kebanyakannya entri yang lama masih ada yang mencari, alhamdulillah walaupun tak update entri view masih ok ada yang singgah baca.