Monday, January 24, 2022

Keputusan Pemenang Konsert Akhir Gegar Vaganza 8

 Keputusan Pemenang Konsert Akhir Gegar Vaganza 8 | Assalamualaikum...Akhirnya terjawab sudah siapa Juara Gegar Vaganza 8 tahun 2021 bersiaran langsung di Astro Ria. 


Gv8
Kredit Photo : Astro gempak


 Antara peserta yang berentap untuk bergelar Juara pada malam ni ialah Nikki Palikat, Suki Low, Aliff Aziz, Aweera, Adibah Nor, Azan Scan. 


Konser Akhir Gegar Vaganza 2021 telah berlangsung di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).Untuk undian malam ini masih lagi guna khimat penjurian pengkritik tetap Ramli MS, Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz serta juri jemputan mingguan iaitu Joe Figzow.


Keputusan Pemenang Konsert Akhir Gegar Vaganza 8 


Juara dinobatkan kepada Aliff Aziz yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 dan berserta trofi sumbangan astro. 


Untuk Naib Juara dinobatkan kepada Nikki Palikat yang membawa pulang wang tunai RM50,000 dan berserta trofi sumbangan astro. 


Untuk tempat yang ketiga dinobatkan kepada Suku Low yang membawa wang tunai RM30,000 dan beserta trofi sumbangan astro.


Tempat keempat dinobatkan milik Adibah Nor membawa pulang wang tunai RM20,000. 


Tempat kelima dinobatkan milik Azan Scan membawa wang tunai RM15,000 dan berserta trofi sumbangan astro. 


Tempat keenam dinobatkan milik Aweera membawa pulang wang tunai RM10,000 dan beserta trofi sumbangan astro, beliau juga memenangi Anugerah Betul-Betul Luar Biasa RM5000 dan Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak. 


Bagi Cik Ash untuk Gegar Vaganza 8 tahun memang dah nampak Juara milik Aliff Aziz tak pun Nikki, malam ni rezeki milik Aliff Aziz kalau ikut tengok dari segi persembahan mereka semuanya best, penalis GV8 yang layak pergi final pernah menduduki carta no 1. Agak susah juga nak teka siapa juara. 


Tahniah kepada semua pemenang, jumpa lagi nanti kalau masa ruang Cik Ash update dekat blog ni.

Saturday, January 22, 2022

Pencarian Bloglist Januari-Februari 2022 by Nazfea Solehah

 Pencarian Bloglist Januari-Februari 2022 by Nazfea Solehah | Assalamualaikum, terima kasih saudari Nazfea Solehah jemput Cik Ash ajak join segmen dekat blog. Hari ini baru peluang buka blog. Ambik peluang join segmen beliau ni. 


Segmen


Nampak syarat untuk join senang dan mudah, jom la memeriahkan segmen ni dapat juga kita ambik peluang untuk kenal rakan-rakan yang lain kan, dah lama tak join segmen ni tahun nak cuba juga luangkan masa. Hihihi. 


Mana la tahu ada rezeki tersenarai dalam list bloglist dekat blog Nazfea nanti. So kepada korang yang nak join boleh klik banner di atas ya. Tamat segmen ini akhir bulan Januari 2022. Ok la korang kalau korang nak join klik banner dekat atas tu ya. jumpa lagi nanti.

Wednesday, January 12, 2022

Isi Masa Lapang Main Masak-Masak Tanpa Iklan

 Isi Masa Lapang Main Masak-Masak Tanpa Iklan | Assalamualaikum...Hai korang semua Cik Ash ada nak berkongsi dengan korang satu website yang terbaik untuk kita mengisi masa lapang tambah website ni sangat sesuai untuk golongan perempuan sebab dalam website Culinary Schools.org ini banyak game memasak yang menarik untuk kita bermain, tambah sekarang kelas secara online masih ada diteruskan, mesti ada anak-anak kita yang boring boleh la kita ajak mereka bermain game memasak ini sambil belajar memasak hihihi, ini nampak bukan anak-anak yang bermain geng ibu-ibu pun join sekaki ni. 


Games online


Di website Culinary Schools.org mempunyai koleksi permainan dalam talian yang berkaitan dengan masakan, ianya terdapat 100 jenis permainan dalam talian untuk membantu membiasakan kanak-kanak dengan makanan, cara menjadi seorang petani, cara mengurus restoran dan kerjaya yang berkaitan dengan perhotelan. Apa yang menarik dekat sini kita tak perlu nak dowload dan install sebab ianya adalah secara percuma dan tanpa iklan, selalu kalau game kat phone mesti ada iklan menganggu mood waktu bermain juga. Lagi website ini menggunakan reka bentuk web HTML5 yang mesra mudah alih dan dektop.


Beza Main Masak-Masak Dulu Dan Sekarang


Kalau dulu mengimbau kenangan zaman kanak-kanak Cik Ash pernah bermain masak-masak dengan rakan-rakan sepermainan kita boleh rasai pengalaman memasak macam kita memasak dekat dapur tu, segala benda yang kita jumpa dijadikan bekas-bekas terpakai dijadikan untuk dimasak, ada tu siap kutip kayu-kayu nak dijadikan tempat dapur memasak, daun-daun dijadikan sebagai sayur, lagi best siap boleh buat pondok-pondok hahaha. 


Bila dah masuk zaman sekarang dah tak perlu nak fikir kan cara memasak zaman dulu sebab semua dah canggih mengikut peredaran zaman moden semuanya di hujung jari nak main masak-masak secara online sekarang, segala jenis permainan yang boleh kita bermain dalam phone dan komputer. 


Jom Main Masak-masak Online Di Culinary Schools.org


Berbalik pada topik di atas, website Culinary Schools.org  boleh mengisi masa lapang anak-anak korang bermain masak-masak secara online sambil tu kita boleh belajar menjadi chef. 


Berikut di bawah ini game masak-masak yang terdapat di website ini :-




Nampak tu banyak kan koleksi game masak-masak yang korang boleh membuat pilihan nak kategori yang suka main dan tak perlu lagi susah nak cari satu-satu game. Semuanya sudah disediakan korang boleh bermain sehingga kepuasan.


Game Pilihan Cik Ash Di Culinary Schools.org 


Antara game yang sempat Cik Ash bermain dekat Culinary Schools.org ni, antara game kesukaan Cik Ash game jenis Simulation,Jigsaw Puzzle,Hidden Object dan banyak lagi yang kurang boleh tengok dekat sana mesti pening nak pilih nak main yang mana. Ini kalau Cik Ash sendiri yang start bermain game tak pasal-pasal satu kerja rumah banyak tertangguh sebabnya ralit main game. Antara game pilihan Cik Ash ialah :-


1.Coffee Shop 



Game ini nampak macam menarik Cik Ash dah cuba main, apa yang Cik Ash faham tentang game ini kita kena membantu Cafe Calypso menjana pendapatan dalam sebulan. Permainan ini kita kena isikan maklumat bahan, kerosakan bahan, menukar formula minuman, menguruskan harga minuman dan mengubah permintaan pengguna berdasar perubahan cuaca. Game jenis Simuation ni Cik Ash recommend.Kalau orang teringin nak rasai pengalaman bermain game Coffee Shop ni korang boleh jer klik >>> culinaryschools.org


2.Burger Maker



Game burger maker ni best juga main kita kena susun bahan mengikut senarai pesanan untuk burger yang dibuat mengikut tempahan yang sempurna dalam 10 hingga 15 saat. Lepas itu apabila dah siap semua bahan-bahan tu korang perlu klik butang 'hidang sekarang' di bawah burger untuk menghantarnya kepada pelanggan. Bahan-bahan mesti ditambah dari bawah ke atas untuk menyusunnya dalam susunan yang betul. Permainan ini cukup mudah sehingga pelajar gred dua atau tiga mungkin menyukainya, tetapi pelajar yang lebih tua mungkin mendapati permainan ini berulang.Kalau orang teringin nak memcuba bermain juga game ni korang boleh klik >>> culinaryschools.org


 3. Open Restoran 




Game yang ini Cik Ash cuba main game yang mencabar juga ni nak kena jadi pelayan restoran, kita kena buat semua kerja, pelanggan datang dekat restoran kita kena bawa duduk ditempat duduk yang sesuai, lepas tu kena bagi menu, kena ambik order,hantar makanan dan terima bayaran. Game ni kita kena cepat dan pantas sebab setiap sehari kena target percapaian jumlah wang yang kita dapat. Kalau orang teringin nak memcuba bermain juga game ni korang boleh klik >>> culinary schools.org.


4. Tap Supermarket 



Bagi korang suka game jenis macam Simuation ni, Cik Ash recommend game Tap Supermarket ni, game nya cukup simple dan senang nak main. Tambah game ni macam pernah main sebelum ni senang la bermain sampai ralit nak bagi sampai naik level baru tak sedar hahaha.Kalau orang teringin nak memcuba bermain juga game ni korang boleh klik >>> culinaryschools.org.


5. Farm Story 



Game ni seakan-akan game Candy Crush yang pernah korang main, game yang mudah di mana kita kena sambung sayur-sayuran boleh ditukar dengan sayur-sayuran bersebelahan di atas, bawah atau sisinya untuk menyambung 3 atau lebih berturut-turut. Di beri masa 2 minit untuk menyelesaikan misi ni. Kalau korang teringin nak cuba main game ni korang boleh klik >>> culinary schools.org


Sebenarnya banyak lagi game best boleh kita main dekat sini, Cik Ash kongsi 5 jenis game. 


Permainan game yang ini sangat menyeronokkan :-


https://www.culinaryschools.org/kids-games/candy-fiesta/

https://www.culinaryschools.org/kids-games/merge-cakes/

https://www.culinaryschools.org/kids-games/fruit-snake/

https://www.culinaryschools.org/kids-games/airport-rush/

https://www.culinaryschools.org/kids-games/fruit-adventure/

https://www.culinaryschools.org/kids-games/milk-for-cat/

https://www.culinaryschools.org/kids-games/mahjong-solitaire/

https://www.culinaryschools.org/kids-games/onet-fruit-classic/

https://www.culinaryschools.org/kids-games/snakefalls/

https://www.culinaryschools.org/kids-games/plumber-soda/


Game bertemakan percutian pun ada dekat sini :- 


https://www.culinaryschools.org/kids-games/gingerman-rescue/

https://www.culinaryschools.org/kids-games/christmas-candy/

https://www.culinaryschools.org/kids-games/candy-cane-hit/


Untuk membantu orang ramai membiasakan diri dengan memasak di rumah dan hidup sihat, website ini turut melancarkan alat penukaran bahan seperti berikut :-


 https://www.culinaryschools.org/career-info/conversion/

 

Bersama beberapa alat kesihatan dan kecergasan :-


 https://www.culinaryschools.org/blog/weight-loss/

 https://www.culinaryschools.org/blog/body-fat-calculator/

 https://www.culinaryschools.org/blog/workout-calories/


Ok la itu jer pengkongsian Cik Ash mengenai website culinary schools.org yang menyediakan game masak-masak untuk anak-anak korang bermain waktu masa lapang , dapat menambah ilmu memasak, mengira, belajar menjadi juruwang, pelayan restoran dan banyak lagi. 


Sunday, January 9, 2022

Washing Machine Cleaner Famous

 Washing Machine Cleaner Famous | Assalamualaikum, selamat pagi semua, hari ini Cik Ash nak berkongsi satu benda yang bagus untuk mesin basuh korang yang dah lama tak cuci tu, Cik Ash punya mesin basuh last cuci pada tahun 2020 serbuk tu beli di kedai eco shop. Kali ini Cik Ash jumpa dekat mr diy pulak nak cuba yang ni. 




Cik Ash dah cuba produk Washing Machine Cleaner Famous ni dah  rendam semalaman ya Allah terkejut tengok banyak daki-daki sabun yang keluar hahaha. 


Serbuk macam sabun basuh 

Hasil semalaman rendam 


Baca Juga 👉 Magic Sponge Mrdiy


Cara nak guna ianya pun sangat mudah ikut jer arahan dekat botol tu. Mesin basuh dekat rumah ni manual nak bilas permulaan tu kena buat sendiri la ya. Ada button dekat mesin basuh putar sampai soak nanti mesin tu spin sendiri. Cik Ash biarkan semalaman juga mesin basuh dengan serbuk magic ni. Memang habis keluar daki-daki dekat mesin basuh tu pun dah pernah cuci sebelum ni. 


So kalau korang yang beli juga produk ni boleh jer cari dekat mrDIY. Tak pun beli online di shopee dan Lazada mesti ada lebih kurang produk cleaner mesin ni. Ok la jumpa lagi nanti kalau rajin Cik Ash kongsi entri baru.

Thursday, January 6, 2022

Selamat Tahun Baru 2022

 Selamat Tahun Baru 2022 | Assalamualaikum...selamat tahun baru buat semua rakan-rakan yang mengenali Cik Ash, masih tak terlambat lagi nak ucapkan kan, hari ini dah 6 hari kita berada di tahun 2022. Sekejap rasa dah 6 hari kita di tahun 2022 ni. 



Sekarang ni Cik Ash dah kurang menulis dekat blog bukan apa sebab laptop Cik Ash rosak screen nak menulis sekarang nak kena sambung dekat tv tu yang malas, nanti menganggu mak mentua nak tengok tv pulak, lagi pulak menulis ni nak kena ada mood kan, kalau ada job menulis artikel Cik Ash usahakan siapkan client nak walaupun susah gagahkan diri menulis guna telefon ni, mujur la handphone baru ni berfungsi dengan baik. 


Sepanjang tahun 2021 sebanyak 129 entri yang sempat Cik Ash kongsi dekat blog, nampak tu dah berkurang update, kalau mengikut tahun-tahun sebelum ni lebih lagi, harap tahun ni ada kelapangan nak menulis dekat blog ni. 


Semoga apa yang Cik Ash impikan tahun ini dimakbulkan dipermudahkannya nanti, sebenarnya kalau ikut permulaan tahun baru nak buat giveaway dekat blog tapi rasa tak boleh nak buat sebab ada masalah terpaksa la batalkan niat nak buat giveaway ni. Kalau ada blog-blog yang buat giveaway nanti Cik Ash Join, Insyaallah tahun ni rasa nak aktif balik Join giveaway, segmen tanda support blog rakan-rakan. Ingat lagi masa dulu-dulu aktif Join giveaway, ada rezeki menang sampaikan ada orang panggil Cik Ash ratu contest hahaha, 


Ok la korang itu jer nak bagitahu dekat blog, sambil-sambil buat kerja rumah sempat la menaip hihihi. Berhenti lepas tu sambung balik menaip. Taip dari pagi tadi  Masa ni baru publish hihihihi.