Bawa Kucing Cucuk Vaksin 2021 | Assalamualaikum...Hai korang semua, baru nak update pasal cucuk vaksin kucing dekat blog ni Cik Ash nak kongsi cerita dengan korang pasal kucing Cik Ash ni, dah sampai waktu untuk di vaksin, Dekat kad vaksin di tulis bulan 12, kena pergi bawa kucing cucuk vaksin pada 9 Disember 2021.
Kami pergi waktu pagi dalam jam 10 lebih gitu, tunggu driver kata on kita siap-siap masuk kucing dalam Carrie bag dia. Rutin tahunan mesti bawa kucing pergi cucuk vaksin di klinik swasta, sejak klinik veterinar kerajaan dah tak buat rawatan untuk vaksin dekat kulim ni.
Untuk vaksin di Klinik Haiwan Kulim untuk seekor kucing dicaj sebanyak RM40 seekor. Nasib baik masa dr chek kucing Cik Ash tak ada demam or sakit apa-apa. Cuma berat kucing tu turun sedikit. Biasa la kucing dah tua gigi bawah pun dah tak ada nak bagi makanan kering tak boleh sangat. Mintak doktor bagi ubat cacing dan ubat mata kena bayaran dalam RM55 semuanya. Last opperment kucing untuk tahun ni, doktor bagitahu Mekcik dah tak perlu vaksin sebab antibodi dia dah kuat lawan penyakit. Untuk rawatan biasa boleh pergi lagi nanti.
Ok la itu jer update malam ni nak cerita kisah kucing Jah hahaha, pasal kucing nak bagitaw dekat blog ada ke yang baca, simpan buat kenangan dekat blog hihihi.
This post have 2 komentar
Bagus bila boleh vaksin kucing ni kan
Replyrajin ekin checkup kucing, cik nor xter check up klu ada 10 ekor..haha
Replyash.rie8506@gmail.com
EmoticonEmoticon