Tuesday, November 23, 2021

Diffenz Junior Bantu Sokong Tumbesaran Dan Perlindungan Tambahan Kepada Kanak-Kanak

Diffenz Junior Bantu Sokong Tumbesaran Dan Perlindungan Tambahan Kepada Kanak-Kanak | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pembaca, Setiap ibu bapa pasti pernah mengalami situasi betapa sukarnya memberi anak makan sajian berkhasiat. Tidak kurang juga ibu bapa yang berdepan perangai sesetengah anak yang begitu cerewet dalam memilih makanan yang dihidangkan kepada mereka.


Bukan itu saja, keengganan anak makan sayur atau buah selain kebergantungan terhadap makanan segera boleh menyebabkan kekurangan zat yang diperlukan untuk tumbesaran tubuh mereka. 


Ibu bapa mana yang tidak risau melihat anak berterusan dengan tabiat makan seumpama ini sekali gus mencetuskan dilema buat mereka yang mahu anak membesar dengan sihat dan nutrisi mencukupi.


Ibu Bapa Perlu Peka Dengan Perkembangan Fizikal Anak-Anak


kanak2


Ibu bapa perlu sentiasa peka dengan perkembangan fizikla anak masing-masing mengikut kesesuaian usia bagi mengelakkan proses tumbesaran terencat pada masa depan. Fasa tumbesaran kanak-kanak amat penting dan perlu diberi perhatian khusus oleh ibu bapa. Ini kerana apa saja yang diserap dan berlaku di sekeliling kita akan mempengaruhi kehidupan mereka pada masa akan datang. Dua elemen penting yang perlu diberi perhatian dalam zaman kanak-kanak adalah tumbesaran dan perkembangan mereka. 


Tumbesaran terbantut sering disalah anggap sebagai pendek secara semula jadi sedangkan hakikatnya kekurangan nutrisi atau masalah kesihatan boleh menjejaskan tumbesaran dan perkembangan anak.



Di luar pengetahuan sebilangan kita, kadar kebantutan dalam kalangan kanak-kanak negara ini berada 20.7 peratus iaitu tinggi daripada kadar 7.4 peratus di Tebing Barat dan Gaza yang dibelenggu konflik keganasan. 


Kanak-kanak di Malaysia juga berhadapan dengan peningkatan risiko obesiti akibat kurang aktif dan pengambilan makanan yang tidak sihat di rumah akibat pandemik Covid-19 yang melanda negara. Tiada lagi keterujaan dan kebebasan bermain, berlari dan bergerak aktif bersama kawan-kawan demi memenuhi tuntutan norma baharu. 


Dalam tempoh PKP, banyak masa anak-anak ini hanya dirumah dan kebanyakan mereka terlalu leka dengan gajet serta tidak aktif. Ada segeliintir ibu bapa juga hanya memberikan anak-anak ini dengan makanan ringan, fast food dan makan tidak seimbang kerana sibuk bekerja dan mengambil remeh tentang nutrisi dan pemakanan kanak-kanak. 


Keadaan ini menyebabkan daya ketahanan tubuh dan tumbesaran mereka terganggu Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), masalah kebantutan bukan semata-mata berkaitan masalah ketinggian, tetapi ia juga satu petanda kesihatan berpunca daripada malnutrisi (kekurangan nutrisi), jangkitan berulang kali dan kurang stimulasi psikososial. Dalam jangka masa pendek, kebantutan boleh meningkat risiko kematian dan (berpenyakit). Daya pertahanan tubuh yang kuat juga sangat penting dan salah satu caranya adalah dengan memastikan kita mendapat sumber vitamin dan mineral yang lengkap. 


Kanak-Kanak Perlukan Vitamin Dan Mineral Untuk Tumbesaran


Secara umumnya, perkaembangan fizikal kanak-kanak atau remaja yang normal biasanya mempunyai tahap kesihatan yang baik, manakala tumbesaran yang terbantut pula merupakan petanda kemungkinan besar kanak-kanak mengalami masalah kesihatan yang boleh menjejaskan perkembangan fizikal. 


Vitamin ditemui dalam kebanyakan makanan yang diambil setiap hari. Jadi, amat penting untuk ibu bapa menggalakkan makan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan dalam diet anak-anak. Pun begitu, agak sukar untuk tubuh mendapatkan keperluan mikronutrien,disebabkan kualiti makanan berkurangan kerana proses penanaman (racun perosak,baja), pembungkusan, pengangkutan, simpanan atau pecucian berlebihan bahan masakan. 



Kanak-kanak memerlukan sebilangan besar vitamin dan mineral untuk tujuan tumbesaran dan perkembangan tubuh badan. Antara banyak vitamin dan mineral, sebahagian daripadanya dianggap sangat penting untuk merangsang tumbesaran kanak-kanak termasuklah Vitamin A, Vitamin B2, B3, B6 anda B12, kalsium and zat besi.

Pengenalan tentang Diffenz Junior oleh Dr Syid


Dr Syid Ayob Syid Mustafa AlQudri, doktor perubatan dan pakar formulasi yakin peranan makanan tambahan atau suplemen amat penting untuk membekalkan sumber-sumber nutrisi yang tidak cukup ini dengan lebih mudah dan cepat. Beliau percaya pengambilan suplemen tidak boleh dipandang remeh terutamanya dalam kalangan kanak-kanak.


Ada pendapat yang mengatakan cukup sekadar mengamalkan pemakanan yang seimbang dan semulajadi. Manakala sebarang pengambilan suplemen atau vitamin hanya akan menghasilkan air kencing, yyang mahal apabila ia dikumuhkan.


Namun begitu, pendapat ini mungkin benar jika dunia kita bebas daripada pencemaran; sentiasa mengamalkan pemakanan yang sihat; makanan yang diambil adalah segar dan bebas daripada pencemaran terpaksa seperti kandungan raksa daripada ikan dan kandungan racun serangga daripafa sayuran dan buahan; usia yang masih muda d mana semua fungsi sistem dan organ badan tip-top; memiliki sistem imun yang tiada cacat cela, termasuk penghasilan antisidan semulajadi yang tidak semakin menurun dengan usia; dan kita menjalani gaya hidup sihat yang optima tanpa stres.


Semua itu sebenarnya agak sukar untuk direalisasikan dalam kehidupn sebenar terutamanya di zaman moden ini yang terlalu banyak pendedahan diri terhadap makanan terproses (junkfood), pencemaran yang berleluasa, stres, kehidupan, pola hidup yang kurang aktif serta pelagai faktor lain yang sememangnya tidak menjayakan model kehidupan amalan gaya hidup sihat.


Diffenz Junior Bantu Membekalkan Nutrisi Tambahan Kepada Kanak-Kanak



Melalui revolusi dunia sanis, Eskayvie Diffenz Junior telah mengenengahkan 6 bahan utama iaitu Multivitamin & Mineral, Kolostrum, Cendawan Susu Harimau, Vitamin C, Vitamin D dan buah Camu-Camu. Gabungan bahan ini sudah tentu memudahkan para pengguna untuk mendapat kebaikan enam bahan dengan bukan hanya mudah tetapi mudah. 


Cuba bayangkan jika anda mengambil 6 jenis suplemen, pasti harganya akan mencecah RM400 dan ke atas, tetapi Eskayvie Diffenz Junior menyediakan anda pilihan yang lebih berpatutan dengan hanya RM60 bagi satu botol.


Cendawan Susu Harimau


Nutrisi daripada Cendawan Susu Harimau semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia kerana ia mengandungi khasiat yang boleh menyembuhkan masalah kesihatan berkaitan sistem pernafasan seperti batuk kronik, asma, resdung, demam dan selesema. 


Cendawan ini didapati hanya tumbuh di kawasan hutan tebal tertentu terutama Banjaran Titiwangsa dan mempunyai keunikan tersendiri sehingga menyebabkan usaha mencarinya menjadi sangat sukar. 


Ramai penyelidik yang membuat kajian mengenai kebaikan cendawan herba itu, mengakui ia tumbuh di bawah tanah dan hanya payungnya sahaja akan keluar ke permukaan bumi. Cendawan Susu Harimau dikatakan hampir pupus dan hanya boleh didapati di kawasan tertentu yang bersuhu lembab dan sejuk. 

Namun kini, demgan kemajuan sains dan teknologi, penghasilan Cendawan Susu Harimau telah dikultur dan dikomersialkan untuk memudahkan lebih ramai mendapat kebaikannya. Malah, kajian mendapati Cendawan Susu Harimau yang dikulturkan mempunyai kandungan nutrisi yang lebih tinggi berbanding yang tumbuh meliar. 


Multivitamin Dan Mineral



Berdasarkan Kajian Pemakanan Kanak-Kanak Malaysia (SEANUTS Malaysia), didapati bahawa secara purata kanak-kanak Malaysia berusia 1-6 tahun masing-masing hanya makan 0.91 dan 1.07 sajian buah dan sayur setiap hari. Ini kurang daripada separuh jumlah yang disyorkan oleh Garis Panduan Diet Malaysia untuk kanak-kanak dan Remaja (2013). 


Terdapat jurang yang jelas antara jumlah yang anak-anak kita makan dan jumlah yang mereka perlukan. Justeru, pengambilan multivitamin dan mineral yang terdiri daripada vitamin A, vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B3, vitamin B5, vitamin B6, vitamin B7, vitamin B9, vitamin B12, vitamin D3, kalsium, iodine, zat besi,magnesium, Fosforus, selenium dan zink sangat penting untuk memenuhi keperluan nutrisi yang diperlukan bagi tumbesaran terutamanya bagi kanak-kanak yang 'pick eater'.


Kolostrum 



Anak-anak dilahirkan dengan daya tahan yang rendah kerana sistem imun masih belum berkembang. Setiap kali jatuh sakit, badan akan membina antibodi terhadap kuman tersebut. Cara lebih efektif untuk menguatkan sistem imun dan antibodi kanak-kanak adalah dengan pengambilan kolostrum. 


Kolostrum atau turut dikenali cecair emas dikaji dapat meningkatkan sistem imun dan menyokong tumbesaran sihat di kalangan kanak-kanak. Kolostrum ialah susu pertama yang dihasilkan oleh ibu, sama ada manusia mahupun haiwan dalam beberapa hari pertama selepas melahirkan anak. Ia amat kaya dengan antibodi dan juga mengandungi pelbagai Faktor Pertumbuhan (Growth Factor). 



Di antara kandungan terpenting kolostrum adalah sejenis protein yang dinamakan Sekretori Imunoglobulin A (SlgA). Imunoglobulin adalah sejenis protein yang berfungsi sebagai antibodi di dalam badan manusia. Ia digunakan di dalam sistem pertahanan tubuh badan untuk mengenalpasti dan meneutralkan objek asing seperti bakteria dan virus. Para saintis terutamanya bakteria yang berasal dari sistem usus kanak-kanak. 


Ibu Bapa Perlu Bijak Memberikan Yang Terbaik Untuk Anakn-Anak

Sebagai ibu bapa, anda perlulah bijak dalam memberikan yang terbaik untuk anak-anak anda supaya mereka dapat membesar dalam keadaan yang sihat dan aktif terhindar daripada jangkitan kuman dan virus yang merbahaya. 



Bagaimana nak dapatkan Eskayavue Diffenz Junior? Anda boleh layari laman web dan medIa sosial Eskayavue dibawah untuk dapatkan lebih maklumat berkaitan Diffenz Junior dan cara pembelian. 


Website : https://diffenzjunior.com

FBPage:EskayvieMalaysia - https://www.facebook.com/eskayviemalaysia21official

Instagram : Eskayvie Malaysia - https://www.instagram.com/eskayviemalaysia/

Friday, November 19, 2021

Peluang Jana Income Bersama InvolveAsia

Peluang Jana Income Bersama InvolveAsia
  
Jom ambil Peluang Jana Pendapatan Bersama Involve Asia - Platform yang Cik Ash ingin ketengah ini  sangat sesuai dan terbaik untuk dikongsi bersama dengan anda semua la, tidak kira sama anda adalah seorang  blogger baru dan lama, semua boleh turut serta. Disini ekin sangat  berbesar hati ingin berkongsi satu yang bagus untuk  Jana Pendapatan Melalui Blog Bersama Involve Asia. 

Mesti ramai blogger yang tak  megenali InvolveAsia kan... ok ni ada sedikit info mengenai involveAsia ni sebelum memulakan program ni mesti kita kena taw dulu kan hihihi... dah taw mesti dah jatuh cinta nak cuba kan...hihihihi

InvolveAsia merupakan satu cara yang berkonsepkan E-Dagang di wujudkan untuk membantu, blogger yang berpengaruh atau tidak  dan para online influencer yang lain dalam menjana pendapatan melalui Program Affiliate dan ianya secara Online. Menghubungkan juga lebih kepada 80 kedai online terpilih di Malaysia antaranya Lazada, Zalora, Reebonz Trivago dan Lain-Lain


Peluang Jana Income Bersama InvolveAsia


Peluang Jana Income Bersama InvolveAsia

Jangan lepaskan peluang ni untuk peluang cerah untuk jana pendapatan dengan program ni Tak mengapa. Jom sertai program affiliate InvolveAsia dan berpeluang menjana pendapatan sampingan melalui komisen yang diberikan. 

Begitu ramai yang telah memcuba program affiliate ni semuanya datang dengan usaha kita untuk menjana pendapatan ini... nak dapat income secara percuma kan kena la rajin usaha kan...Hanya percuma saja daftar tak ada apa cas pun.. 

Jana Wang Income Online Anda Sekarang!

Jom Sertai program affiliate InvolveAsia dan jana pendapatan sehingga RM 2,000 setiap bulan! Hanya merujuk sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertai program affiliate InvolveAsia dan dapatkan RM 5 untuk setiap pemohon yang berjaya!Mahukah anda menjadi agen affiliate InvolveAsia dan menjana pendapatan tambahan? sesiapa saja boleh menyertai program ini.


Bagaimana Untuk Menjadi Rakan Affiliate InvolveAsia


Syarat untuk menjadi rakan affiliate adalah senang dan mudah. Anda boleh mulakan serta merta dengan mengikut langkah seperti berikut :- 


  • Daftar percuma sebagai affiliate InvolveAsia menerusi pautan ini - Daftar Program Affiliate InvolveAsia
  • Setelah medaftar sila Login ke akaun anda
  • Sila lihat paparan screen dashboard anda di screen tu, pergi ke sidebar, tengok bahagian Report-Referral Report.
  • Jangan lupa salin kod ayau URL anda yang disediakan sebagai contohnya - http://dashboard.shopstylers.com/signup/2665
  • Selepas itu share la URL affiliate anda itu di mana-mana media sosial yang anda ada contohnya blog,laman web, facebook, twitter dan lain-lain



  • Jangan tunggu lagi! Inilah peluang anda menambah pendapatan!jangan lengahkan masa anda ambik peluang keeemasan ini untuk join Program Affiliate InvolveAsia ini.. Jangan lupa kongsi ilmu bersama rakan-rakan anda yang lain. 
    Terima kasih.


    Thursday, November 18, 2021

    Ragam Mekcik Nampak Kotak Aduhaii

    Ragam Mekcik Nampak Kotak Aduhaii | Siapa dekat sini ada kucing, mesti kucing korang ada perangai pelik juga kan, macam kucing Cik Ash ni ada perangai pelik pantang nampak kotak ada jer la ragam dia. 

    Ragam Mekcik Nampak Kotak Aduhaii

    Cik Ash pernah beli tilam tidur dekat dia sampai kesudah tak nak tidur atas tu, kena paksa jer tu marah orang paksa dia. Nak tengok macam mana perangai dia kena paksa boleh tengok dekat entri Hadiah Untuk Kucing Kesayangan.

    Masa waktu kejadian Mekcik nak tidur dalam kotak dekat luar sana cuaca yang mendung dan hujan mungkin sebab sejuk la ni nak bermanja tidur dalam rumah hahaha, bukan tilam yang dicari kotak yang kecil ni juga di carinya. Dah la kotak tu segala benda alat-alat jahitan yang Cik Ash simpan, ada jarum bagai boleh pulak dia tidur hahaha. Jom la usha gambar mekcik dekat bawah ni hihihi. 









    Itu la gambar Mekcik tengok dari mula sampai akhir, syok la tu tidur dalam kotak kecil tu, muat pulak tu tidur, dah la gembok hahaha, aduhaiii mekcik ni macam-macam perangai la. Ok la korang itu Cik Ash nak update nak kongsikan ragam kucing kesayangan Cik Ash jer pun hihihi. Jumpa lagi nanti.

    Saturday, November 13, 2021

    Senarai Perserta Gegar Vaganza Musim 8 (GV8) 2021

     Senarai Perserta Gegar Vaganza Musim 8 (GV8) 2021 | Assalamualaikum...Hai korang semua. Siapa peminat Gegar Vaganza mesti tak sabar nak tahu siapakah peserta yang bakal bertanding merebut sebagai Juara pada tahun ni pada 21 November 2021 nanti. 


    Gv8


    Secara rasmi senarai bintang Gegar Vaganza Musim 8 (GV8) telah pun diumumkan pada 11 November 2021 di dalam sebuah sidang media khas daripada pihak Astro. Antara bintang yang bakal bertanding adalah seperti berikut yang pernah mewarnai dunia hiburan suatu masa dahulu.


    Senarai Peserta Gegar Vaganza Musim 8 


    Adibah Nor

    Bandi Amuk

    Suki

    Nikki

    Fazley Yaakob

    Aliff Aziz

    Aweera

    Ani Maiyuni

    Shidee

    Azan Scan

    Upiak Isil

    Saiful Apek & Yassin

    Nico


    Masih mengekalkan Nabil dan Jihan Muse selaku pengacara di Gegar Vaganza Musim 8. Tagline untuk tahun ni ' Bintang Kembali Menyengat'. Manakala untuk pemarkahan masih mengekalkan format asal penjurian yang diadili berdasarkan sistem permarkahan 100% oleh barisan juri profesional. Untuk juri tetap GV8 ialah Datuk Ramli MS , Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang dan juri jemputan setiap minggu. 


    Konsert pertama GV8 akan membuka tirai secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad jam 9.00 malam mulai 21 November 2021. 


    #gegarvaganza

    #GV8

    #astrowarna

    Sunday, November 7, 2021

    Belajar Lukis Haiwan

    Belajar Lukis

    Assalamualaikum.. Hai korang semua apa ekin harap semuanya sihat walafiat ya...

    Hari ini ekin ada share dengan korang semua tentang cara nak lukis haiwan dengan mudah.. cara lukis ekin dapat di faceboook..

    So ekin fikirkan cara mudah untuk ekin simpankan segala koleksi cara lukis ni dekat blog ni memudahkan ekin nak tengok bila-bila perlu nanti untuk kegunaan bila ada anak nanti.. hihihihihi..

    Korang nak tengok cara lukis haiwan ni jom la usha dekat bawah ni selamat belajar ya semua :-


    Gajah




    Panda





    Tikus




    Unta



    harimau


    beruang




    Arnab




    kucing 




    monyet




    biri-biri


    burung 



    ayam 



    anjing




    Ok itu saja yang ekin nak kongsikan dengan korang semua.. selamat belajar ya.. ekin dah siap belajar lukis hhahahah ada yang menjadi ada tak.. lama tak melukis ni tangan ni jadi keras... 

    Thursday, November 4, 2021

    Hello November 2021

     Hello November 2021| Assalamualaikum, Hai, selamat petang semua, entri pertama di bulan November 2021 ni, agak lama tak conteng-conteng dekat blog apabila penyakit M dah kunjung datang hihihi, sejak laptop rosak screen makin menjadi-jadi pulak tu, nak guna hp biasa tak boleh nak taip lama-lama mesti tertidur hahaha,  sekarang mood nak menulis tak berapa ada dah ni. 


    Nov


    Bulan ni mungkin agak kesibukan dengan urusan diluar klinik dan hospital,  pagi kelmarin pun sibuk dengan urusan vaksin Booster ibu mentua Cik Ash di klinik swasta berdekatan rumah ni,  setakat hari ini selepas vaksin alhamdulillah tak ada kesan sampingan yang teruk cuma lengoh-lengoh  dekat tempat cucuk tu. 


    Hari Isnin ni pada 9/11 ni pulak nak bawa ibu mentua jumpa pakar untuk rawatan susulan untuk Chek kesihatan, suami seorang jer anak lelaki tanggungjawab dia lebih la sikit nak urus ibu mentua yang uzur ni.


    Hari ini hari raya Deepavali  mesti ramai pergi bercuti , balik kampung, Cik Ash ucapkan selamat bercuti semoga dipermudahkan urusan buat korang semua. Pergi bercuti jangan lupa ya patuhi SOP kita masih hidup dengan keadaan covid-19 ni. Jaga kesihatan diri dan keluarga tersayang. 


    Tak masak special hari ini suami kena outstation biasa la kerja kilang kena ganti orang. Makan jer yang mana ada dekat rumah ni hihihi.